Cinta lagi??

329 17 0
                                    

   Ada sampai suatu tahap, anda akan rasa pelik bahawa dugaan ini jarang berlaku pada anda tetapi akhirnya berlaku. Eh jap.. Betul ke ayat saya? Tak tahulah sama ada korang pernah jadi seperti ini atau tak.

   Mula-mula anda akan rasa dugaan yang anda dapat itu sentiasa lebih kurang sama. Tiba-tiba, datang pula dugaan yang anda rasa makin lama makin mencabar. Contohnya macam cerita di bawah ni:

    Semenjak menginjak remaja, aku rasa tiada keperluan pun untuk aku bercinta atau mempunyai perasaan terhadap sesiapa. Tetapi apabila umurku meningkat ke 16, tiba-tiba perasaan itu muncul. Sejujurnya,aku sudah cuba hilangkan perasaan itu tetapi ia muncul.

    Suatu hari, orang yang aku suka itu dapat tahu tentang perasaanku itu. Dia berkata kepadaku dengan ayat yang lembut tetapi tidak kasar.

" Wa'alaikumussalam, tak takpe aku faham apa yg kau lalui ni.Biaselah tu cabaran sebagai remaja untuk lawan nafsu hati.Tak salah pun kalau kau minat pada orang , tu semua fitrah yg Allah jadikan.Aku pun sebenarnya selalu minat perempuan perempuan yang baik,solehah,berpersonaliti tudung labuh.Kau tak bersalah walau sikit pun dalam hal ni.Aku cuma nak bagitahu yg kalau kau ade minat pada orang, just keep in mind first for this time,then in about after SPM cakaplah kat dia yg kau minat pada dia,OK ?"

Itulah yang dikatakannya kepadaku. Walaupun beberapa baris ayat sahaja, aku berasa sangat berdebar. Keesokannya, apabila memasuki kelas, aku berasa segan sahaja dan malu kerana rahsia sudah terbongkar.

   Nak dipendekkan cerita, dia semakin hari semakin segan apabila lalu di sebelahku. Aku pun tidak tahu mengapa. Tetapi semenjak akhir-akhir tahun 2016, aku berasa aku tidak patut menyimpan perasaan itu. Walaupun perasaan itu masih ada, aku pilih untuk fokus pada pelajaran dahulu. Dia juga kelihatan mahu fokus dulu. Persoalan tentang perasaan itu dibiarkan tiada jawapan dahulu. Jika Allah datangkannya untuk mengubah perangaiku menjadi lebih baik, maka ia tidak lebih daripada itu. Jika disebaliknya, wallahu a'lam.

   Tahun ini merupakan tahun terakhirku digelar sebagai pelajar sekolah. Aku dengan dia buat hal masing-masing seperti kami tidak pernah bercakap tentang hal itu. Masing-masing cuba menjadi normal sahaja. Bila lalu bersebelahan, aku tidaklah menunjukkan bahawa aku ini terlampau malu disebabkan perasaan itu. Bak kata ustazah aku, perempuan kena jual mahal. Janganlah tunjuk kita ini murah. Perkataan itulah sedikit sebanyak berjaya menyedarkan aku semula. Allahuakbar...

   Moga dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

Berubah Kerana AllahWhere stories live. Discover now