Kadang-kadang pernah terfikir," Sampai bila aku asyik buat dosa sama? Sampai bila??" Barang kali terasa risau jika ia berlarutan.
Bak kata orang, "Rasa bersalah apabila buat dosa itu lebih baik daripada tak rasa apa-apa langsung."
Saya masih teringat kata-kata ini yang membuat saya tajdid niat perubahan saya:
Manusia ini memang pendosa. So, cara nak bersihkam diri kita ini adalah dengan cara sentiasa perbaharui taubat kita.
Ya, dengan kata lain, setiap hari la perbaharui taubat kita. Taubat ni bukan bermakna selepas itu kita ulangi perkara yang sama. No! Kalau boleh, kita cuba sedaya upaya supaya jangan ulanginya.
Selain itu juga, cara untuk kita muhasabah diri kita adalah dengan mengingati dosa kita yang lalu. Dengan cara itu, ia akan buat kita rasa bersalah untuk melakukannya semula. Lagi satu, pentingnya istighfar. Percayalah, apabila anda istighfar banyak-banyak, anda akan nampak perubahannya.
Teringat pula kisah terdahulu yang mana seorang pemuda ini suka sangat beristighfar. Selepas itu, seseorang tanya kenapa dia asyik beristighfar. Katanya, doanya selalu termakbul tetapi satu je belum makbul, iaitu dia ingin berjumpa dengan sekian- sekian. Allahu Akbar, rupanya orang yang menanyakan kepadanya itulah orang yang ingin dijumpainya.
Semoga dapat memberi pengajaran buat kita semua.
YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝