Jangan biarkan hatimu dimamah cinta ajnabi yang belum tentu akan menjadi pasanganmu yang halal di masa yang akan datang kerana keperitannya amat dirasai. Kepedihan itu terasa kerana terbina dari sebuah pengharapan yang berakhir yang tipu semata-mata.
Jika engkau mempunyai perasaan suka yang dipendam ke dalam hatimu, maka jangan terlalu melayankan perasaan itu. Sedar tak sedar, jika kamu terlalu melayankan perasaan itu, sebenarnya syaitan lagi gembira kerana 'dia' telah membuatkan kamu makin lupa pada Allah. Manakan tidaknya, kamu asyik memikirkannya 24 jam. Tidur pun tak lena. Sedar tak sedar, ia mendorongkan kamu ke zina hati.
Jika kamu baru putus cinta dengan pasanganmu yang belum halal, kamu patutnya bersyukur kerana Allah nak elakkan dirimu daripada perkara yang diharamkan. Dengan perasaan sedihmu itu membuatkan kepercayaanmu pada Allah makin teguh kerana hanya kepada Allah tempat kamu bergantung harap. Hanya kepada Allah tempat kamu luahkan.
Bersyukur dan bersyukurlah kerana Allah menyelamatkan kamu daripada gejala itu kerana kamu terlalu bernilai untuk dimiliki dengan harga yang murah. Mana mungkin harta yang bernilai boleh dimiliki dengan orang yang sembarangan. Ya, kamulah muslimah. Sifatmu yang pemalu membuatkan engkau lebih terpesona. Sifat kamu yang bersederhana membuatkan orang lebih hormat padamu. Pakaianmu yang mengikut syar'ie membuatkan ajnabi lebih rela menundukkan pandangan. Kamu adalah muslimah yang power. :D

YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝