Seperti yang kita tahu, Khamis ini merupakan tarikh keputusan SPM 2017 diumumkan.
Bagi sesiapa yang bakal mendapat keputusan yang cemerlang, saya ucapkan tahniah. Bagi sesiapa yang masih belum mencapai target, jangan risau. Percaya pada Allah. Allah mempunyai rancangan yang baik untuk kehidupan kita yang seterusnya😊
Ni nak habaq satu cerita diinspirasikan daripada cerita sebenar, namun tidak didedahkan nama yang sebenar. Namun, harap-harap menjadi pembakar semangat kepada adik-adik yang bakal mengahadapi SPM. Inilah al-kisahnya...
Mak cik A: Kamu pelajar aliran agama ya?
B: Taklah. Saya kelas aliran sains.
Mak cik A: Alhamdulillah. Baru form 4 la ni?
B: Ya😊
Mak cik A: PT3 kamu dapat berapa?
B: (ah sudah pulak mak cik ni). Err, 4A 6B je...
Mak cik A: Oh Baguslah. 😁 Anak makcik dapat biasa je. Dia dapat 9A😆
B: ...Kadang-kadang pernah ada rasa hikmah di sebaliknya. Kadang-kadang, kita mungkin tak dapat apa yang kita nak tetapi Allah tahu yang terbaik. Mungkin kita tak dapat markah sehebat orang lain tapi Allah masih izinkan kita untuk dapat yang kita nak. Contohnya macam si B. Walaupun dia hanya dapat 4A, dia bersyukur kerana Allah masih mengiizinkannya untuk memasuki aliran sains, walaupun bukan kelas yamg pertama. Bila dia turun kelas kedua, hidupnya tidak stress seperti dahulu. Dulu, dia terpaksa diselubungi ketakutan akibat rakannya yang menyebabkannya berasa mentalnya dibuli. Sampaikan, ada yang menjelingnya kerana mendapat keputusan yang agak rendah bagi murid kelas pertama. Namun, apabila dia berada di kelas kedua, dia berasa hatinya semakin tenang. Kegusaran hati juga tiada. Malah, keputusannya juga jauh lebih baik berbanding semasa berada di kelas pertama.
So, jangan cepat putus asa dan bersangka baiklah pada Allah. Ya, mungkin kita akan rasa sedih pada mulanya, tetapi jangan membiarkan kesedihan itu meragut kegembiraan kita. Ingatlah: Allah knows the best! 😊
YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝