Kalau awak ada rasa sedih ke, perasaan emo yang tak dapat dibendung, nasihat saya adalah dekatkanlah diri pada Allah. Bacalah al-Quran sekali dengan maknanya kerana ia sangat membantu untuk melegakan kekecewaan dalam diri awak. Kalau boleh, elaklah daripada dengar lagu yang terbawa-bawak diri awak mendalami lirik-lirik tu. Sebab saya bimbang jika ia membuatkan awak lagi berfikiran negatif. Contohnya, kalau sedih, elaklah daripada dengat lagu sedih sebab ia buat awak bertambah lagi sedih.
Saya nak share suatu story yang saya harap boleh dijadikan teladan untuk semua orang...
Aku bukak je instagram, aku tengok ada komikas di instagram mengupdate storynya satu persatu. Pada mulanya, kelihatan seperti dia rindu dirinya yang lama. Pergi ke storynya yang seterusnya, makin lama aku baca, makin aku syak dia sedih dan akhirnya, aku terbaca ccaptionya: Good bai world!
sambil berada di tempat tinggi. Aku mula kerisauan. Selepas itu dia tak update2 untuk beberapa jam. Aku baca biodata instagram, kelihatan dia antara orang yang menghadapi depression...Beberapa minit sebelum masuknya waktu solat zohor, kelihatan dia mengupdate story baharu. Kali ini, bukan dia yang update kan, tapi rakannya.
"Ni kawan Suki-chan. Dia dalam keadaan teruk. Tolong doakan dia ya."
Aku terkejut sekejap. Adakah Suki-chan cuba untuk membunuh diri? Adakah dia stress ketika belajar di Cairo? Apa yang aku boleh balas:
Aku: syafakallah.
Kawan dia: ameen. terima kasih! Dia tengah struggle sekarang. Tolong doakan dia ya.
Aku: Semoga dia cepat sembuh dan berada di bawah lindungan Allah. Aamiin.Ayat seterusnya, lambat sikit jawab, aku tak pasti itu kawannya atau dia sendiri, 'Tq sangat2! Amiin'. Lalu aku terlihat lagi storynya, kelihatan mungkin dia sudah sedar. Mungkin di hospital. Storynya terpapar lagu berlirikkan inggeris. Ayat yang aki ingat, lirik itu seperti dia menghadapi dengan pelbagai suara-suara yang merosakkan emosinya. Dan lirik terakhir itu adalah: I cry cuz i alive...
Berdasarkan cerita di atas, awak faham kan apa sebab saya tak syorkan lagu2 yang membawa perasaan ni? Mungkin kerana itu ada sesetengah pendapat yang mengharamkan hiburan seperti lagu dan seumpanya.
Saya mengaku, dulu pun, saya selalu dengar lagu2 cinta, lagu sedih, especially time sedih. Memang terlagi rasa emo. Kalau dengar lagu cinta, lagi rasa nak bercinta. Tapi Alhamdulillah, saya tak tahu kenapa, suatu hari sampai sekarang(mudah2an saya istiqamah), saya tak rasa nak dengar pun. Kalau bukak youtube, saya suka tengok video kucing, makanan dan sebagainya. Yang penting, saya rasa dah lama tak bukak lagu. Kalau bukak, saya suka dengar lagu Harris J tapi jarang sangat saya dengar.
Yang saya nak tekankan adalah ia semua berkaitan dengan hati kita. Sebenarnya, setiap hari hati kita kena cuci. Caranya: awak dengar ayat2 al-Quran. Awak baca al-Quran setiap hari. Tak kesahlah berapa page atau ayat awak baca, pastikan al-Quran jangan tinggal. Insha Allah, ia tak menghampakan.
Lagi satu, awak perlukan seseorsng untuk luahkan segalanya. Contohnya, saya suka luahkan dekat mak saya. Percayalah: bila awak luahkan segalanya, awak akan rasa okay daripada tak luahkan. Saya tengok, kebanyak orang yang cuba untuk membunuh diri adalah kerana faktor suka memendamkan apa yang dia hadapi.
Teringat pulak saya pada fahaman kristian yang pelik bernama Scientology. Banyak yang akhirnya berakhir dengan bunuh diri kerana kepercayaan mereka adalah mereka tak boleh luahkan apa2 pada sesiapa. Contohnya, kalau awak sedih, tak boleh bagitau sesiapa. Tak silap saya, mereka akan dipulau oleh orang yang berkefahaman begitu. Paling pelik adalah mereka tidak boleh dirawat oleh mana2 doktor kecuali doktor yang khas berkefahaman Scientology. Maka tak hairanlah kenapa ramai yang keluar daripada fahaman tersebut. Apa yang saya cuba anda perhatikan adalah bahawa sebenarnya kita tak dapat nak simpan perasaan kita lama2. Kita perlukan orang lain untuk diluahkan. Kalau tak nak jugak luahkan kat orang, saya sarankan satu lagi cara: awak bacalah nasihat atau kata2 dakwah dari page atau ig dakwah. Mungkin ia boleh membantu. Jangan lupa, zikir pun penting.
"Only in the remembrance of Allah can the heart find peace".
(13:28)
YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝