Bila orang sudah banyak melukakan hati kita, kadang kala hati kita berasa berat sekali untuk memaafkan mereka. Ada sampai satu tahap tu, tidak mahu bertegur langsung antara satu sama lain. Masing-masing pertahankan diri, ataupun boleh dikatakan 'ego'. Apa salahnya kalau kita minta maaf. ☺
"Eh kenapa pulak? Dia yang salah, dia lah yang kena minta maaf! Saya penat tau. Asyik-asyik kena kita je yang minta maaf!" Ya, saya tau yang korang rasa penat tapi percayalah, walaupun bukan salah korang atau sebaliknya, at least bila dah minta maaf, hati rasa lega dan tenang.
Nak minta maaf bukannya susah tetapi disebabkan masing-masing ada ego sendiri, masing-masing menyalahkan orang lain. Kita mungkin rasa dia dah banyak sakitkan hati kita tetapi adakah kita tahu bahawa mungkin kita telah banyak sakitkan hati dia? Mungkin kita rasa kita tak pernah sakitkan dia tetapi who knows,right?
Jadi,belajarlah untuk meminta maaf ataupun memaafkan orang lain. Jika masih berat hati, cuba korang ingat tentang Rasulullah s.a.w.. Baginda sering dicaci dan dihina, bahkan ada yang ingin membunuh baginda. Tetapi apa yang baginda buat? Adakah baginda simpan dendam? No! Tidak sama sekali! Baginda masih maafkan mereka dan baginda masih melayan mereka dengan baik. Betapa mulianya akhlak baginda.
Mudah-mudahan kita sama-sama berusaha menjadi yang lebih baik.
YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝