Ujian Mematangkan Hidup

32 0 0
                                    

Aku sedar bahawa aku telah makin jauh dari penulisan dakwah. Bukan kerana tidak mahu menulis lagi, tetapi kerana masih banyak perkara yang perlu aku perbaiki.

Jujur, dengan emosi yang selalu terganggu membuatkan kadang² rasa tak layak untuk berdakwah.

Namun, Alhamdulillah. Tatkala aku asyik mengeluh akan ujian ini, sebenarnya Allah nak tunjukkan pelbagai pengajaran hidup yang berguna dalam hidupku.

Umur menginjak dewasa.
Alhamdulillah, ujian itu sebenarnya mematangkan pemikiranku. Ujian itu juga sebenarnya membuatkanku makin ingin memperbaiki diri. Walaupun banyak lagi kekurangan, tapi aku percaya, selagi aku percaya pada Allah, ianya tak mustahil.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kini baru aku mengerti mengapa orang terdahulu, apabila ditanya tentang memori apa yang indah, mereka berkata ianya merupakan ujian yang Allah berikan kepada mereka. 😊

Allah beri ujian kerana Allah ingin memberitahu bahawa di dunia ini, bukan semuanya senang. Di dunia ini, tak semua yang kita rancang itu akan mengikut kemahuan kita. Namun, Allah lebih mengetahui segalanya. Dia hadirkan ujian sebagai hadiah untuk kita sentiasa mengagumi kekuasaanNya. 😊😊😊

Semoga Allah izinkan aku berada dalam penulisan dakwah lagi. Semoga aku terus kuat dan kuat lagi. 😊

Berubah Kerana AllahWhere stories live. Discover now