Selfie, jangan bunuh hidup aku!

189 14 0
                                    

   Ya, saya juga merupakan antara orang yang suka selfie pada waktu dahulu. Dulu, asal selfie je, mesti jadikan sebagai profile picture. Rasa cantik, terus upload. Lepas tu, bila crush like, happy je. Padahal orang tu anggap kita member biasa je. Tambahan pulak, saya tak privatekan fb saya pada waktu tu.

   Pada suatu hari, ada orang yang saya hanya sekadar kenal sahaja di fb, tiba-tiba dia menghantar satu gambar kepadaku. Rupa-rupanya, dia save gambar saya! Malangnya, orang itu lelaki! Semenjak daripada situ, saya mula untuk kurangkan upload gambar selfie saya. Saya privatekan fb saya. Tambahan pula, ketika itu saya dalam proses hijrah. Saya delete semua gambar selfie saya. Yang tinggal hanya 1 ketoi je. Tu pon saya tak delete sebab saya tutup muka saya ala-ala niqab( moga dipermudahkan untuk saya berniqab suatu hari nanti 😊). Alhamdulillah, hati berasa lapamg sedikit.

   Namun, kadang-kadang, nafsu untuk nak upload gambar selfie tu datang. 😣 Saya ragu-ragu untuk meletakkannya sebagai profile picture. Dan akhirnya, saya end up dengan letak gambar kartun je. Saya malu dan rasa takut jika ada orang yang save gambar saya.

   Memang ada yang mengatakan boleh upload gambar dengan syarat mestilah menutup aurat dan muka kita tidak melebihi ibu jari kita. Maknanya, memang kecil la muka kita. Namun, saya sarankan untuk para muslimah, janganlah galak upload foto sendiri.

   Niat nak berubah dah betul. Nak tingkatkan rasa malu sebagai seorang muslimah itu dah betul, tetapi adakah dengan mengupload gambar kita sendiri itu adalah betul? Itulah persoalan yang selalu saya tanya pada diri saya.

   Kadang-kadang, kita terlepas pandang tentang perkara ini. Kita terlupa bahawa ada mata yang memandang kita. Siapakah itu? Iaitu sang ajnabi. "Wah cantiknya hang ni" "Bergetar tulang rusuk I ni" Kita sebagai seorang muslimah, bantulah mereka menjaga pandangan mereka. Ingatlah bahawa nafsu yang utama cuma satu, iaitu perempuan.

   Sehebat mana pun dia, sebaik mana pun dia, namun mereka tidak dapat lari daripada perkara ini.

   Kalau nak upload, fikir dulu:

Apa tujuan aku upload? Adakah ia mempunyai unsur tabarruj? Adakah gambar kita nampak seperti menggodakan?

Buatlah refleksi dahulu.

#pesanan_untukku_jua

Berubah Kerana AllahWhere stories live. Discover now