Pernah tak kau rasa bahawa dirimu yang dulu menghantui dirimu? Disebabkan perbuatanmu yang lalu menyebabkan orang tak berani membuat engkau sedih. Pada mulanya, kau rasa bahawa apa yang kau buat itu betul, tapi sebenarnya membuatkan mereka lagi jauh darimu. Secara tak sedar...dirimu yang bersalah! Mereka mungkin sudah memaafkan dirimu tapi luka di hati masih terkesan.
Kau beruntung sebab Allah masih bagi kamu rasa bersalah. Kau beruntung kerana dengan dirimu yang lalu membuatkan engkau cuba berubah.
Tak mengapa jika kamu sedih kerana mereka lagi menjauhimu walaupun kamu sudah berubah... Sabarlah, wahai diri... Percayalah pada Allah bahawa Dia akan menggantikan mereka dengan yang lebih baik. Mungkin ia menguatkan semangatmu untuk berubah. Usahlah sedih kerana mereka. Aku pernah dengar bahawa perihnya suatu pengharapan apabila berharap pada manusia. Tapi manisnya pengharapan apabila berharap kepada Allah.
Nangislah...nangislah hingga hatimu lega. Kelegaan itu membuatkan kau berasa selesa. Selepas ini, jangan pernah menangis kepada manusia tapi menangislah kerana Allah. :)
YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝