Nak cakap diri ni kuat dalam menghadapi dugaan, tak jugak. Tapi bila mengeluh, pernah rasa bersalah sangat. Sebab Allah berikan kita ujian sebab Allah nak tengok sekuat mana kita dapat teguhkan iman kita. Tapi, kita selalu asyik complain,complain, complain.
Tapi tanpa sedar, dengan ujian yang Allah beri tulah yang membuatkan kita mengingatiNya selalu. Kita selalu sebut namaNya dalam setiap luahan kita kepadaNya. Allahu Akbar.
Dan paling membuatkan rasa bersalah pula pada diri adalah apabila Allah memberikan ujian itu, kita makin menjauh padaNya. Kita tahu bahawa kita rasa bersalah tapi tak usaha atau mungkin kurang usaha dalam meraih semula cinta Ar-Rahim.
Serious, dalam keadaan macam ni, kalam2 Allah jelah yang dapat membuatkan hati kita berasa amat tenang. Tatkala kamu mendengar sambil membaca tafsiran al-Quran itu, kau rasa bagaikan ia menusuk ke kalbumu. Kau berasa hati ini audah sarat dengan dosa, lagi2 apabila teramat leka dengan gajet. Bila kamu sedar kamu banyak melakukan aktiviti yang tak bermanfaat di gajet, kamu bukalah ceramah. Apa2 ceramah yang dapat menghidupkan hati yang telah lama ditinggalkan busuk kerana tidak ditarbiah selama beberapa bulan, atau mungkin lebih setahun. Insha Allah, ia menjadi pembakar semangat untuk kamu terus bangkit dalam penghijrahan diri.
Wahai hati, semoga terus tabah! :)
YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝