Tak tahulah kenapa tapi bila makin meningkat usia, rasa macam banyak sangat ujian yang dapat. Tak tahu kenapa rasa macam banyak kali persoalkan tentang ujian tersebut. Padahal, bukannya kita tak tahu yang Dia duga kita sebab Dia sayangkan kita.
Memang rasa hati ini amat remuk, berkecai. Selalu membandingkan orang lain. Selalu berfikiran negatif. Bila cerita dekat orang, takut orang tengok kita macam attention seeker, suka nak cari perhatian. In the end, tu yang tanggung seorang diri.
Tapi......bila fikir balik, Allah dah banyak bagi rezeki dekat kita. Sungguh, setiap pelangi muncul selepas turunnya hujan. Jangan fikir apa stereotype orang di luar sana. Cari semangat, bukannya duduk dalam kegelapan.

YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝