Kenapa?

46 7 0
                                    

    Pernah, bila mana Allah bagi ujian pada kita, kita sampai satu tahap, tanya kenapa Allah bagi macam ni dekat kita. Kita asyik persoal dan persoalkan. Ketika itulah syaitan mudah nak hasut kita sebenarnya.

   Kalau boleh, janganlah duduk seorang diri sebab lagi kita duduk seorang diri, lagi emosi kita akan terganggu. Bila emosi terganggu, itulah yang membuatkan kau rasa nak putus asa, tertekan dan akhirnya depressi. Sedangkan, Al-Quran yang kau biarkan berhabuk tu, kitab tulah yang patut kau baca. Sebab apa? Sebab waktu tu, hati kau dah tenat. Tenat kerana terlali mengikut hasutan syaitan.

   Ada satu ayat, yang mana aku suka sangat ingat bila emosi aku terganggu, iaitu surah Al-Kahfi, ayat 7 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."

Sungguh, apa yang berlaku dalam hidup kita ni, semua Allah dah rancang dan perancangan Allah semua adalah baik-baik belaka. Kadang-kadang, memang kita tak faham apa yang Dia telah rancang untuk kita tapi akhirnya, Allah tetap akan tunjuk kepada kita suatu hari nanti.

   Jika ada yang tengah hati remuk, sabarkanlah hati. Ingatlah:

حسبي الله
"Cukup Allah bagiku"

Amalkanlah ayat ini, insha Allah dapat tenangkan hati.

Berubah Kerana AllahWhere stories live. Discover now