Pernah ada suatu ketika, kamu rasa hati kamu tenang dan sejuk sekali. Sedar tak sedar, senyuman mula melirit di bibir. Kamu peluk sejadah sepuas hati. Muncul pula perkataan di bibir:
Ya Allah. Izinkan aku mempunyai perasaan ini untuk jangka masa lama. Izinkan aku untuk menyayangiMu. Jauhilah aku daripada sebarang jenis maksiat pun.Tiba-tiba, seorang ajnabi menghantar suatu mesej pada kamu. Ajnabi itulah yang menyukaimu dan kamu juga menyukainya. Masing-masing mengetahui isi hati tersebut tetapi tidak berniat pun untuk couple. Barangkali sudah berniat untuk menjadikannya teman hidup suatu hari nanti.
Kamu sudah insaf daripada berchat dengan bukan mahram, tiba-tiba dia muncul. Kamu keliru, kamu sedih. Kamu teragak-agak untuk membalasnya. Akhirnya, dengan sewenang-wenangnya kamu menghantar mesej kepadanya dengan laju. Pada mulanya, kamu hanya membalas dengan pendek. Lama-kelamaan kamu mula melayaninya.
2 ke 3 hari berlarutan perkara ini. Selepas itu, kamu berasa amat bersalah pada Allah. Kamu nangis di bilik berseorangan. Kamu mengadu pada Allah:
Ya Allah! Ampuni aku, ya Allah. Aku rasa bersalah terhadapMu. Aku malu kerana aku melakukan dosa terhadapMu. Aku ingin menyayangiMu lebih daripada segala-galanya tetapi hatiku teringat akan si ajnabi itu. Ya Allah! Aku sedih, ya Allah. Aku takut jika aku jauh dariMu. Ya Allah, ampunilah aku!
Kamu merintih tak henti-henti. Kamu berasa amat kecewa kerana hatimu sudah diusik oleh cinta ajnabi. Kamu berasakan bahawa hatimu mulai kotor. Memanglah orang kata mempunyai perasaan terhadap ajnabi itu adalah lumrah sebagai manusia. Tetapi, kamu berasa cintamu kepada Allah pun belum sempurna lagi. Kamu berasa sedih sangat. Semangatmu untuk berubah mulai mendung.
Selepas itu, kamu kembali bertaubat dan melakukan perkara yang sama pula di suatu hari yang lain pula. Sampai suatu masa, ketika kamu sudah bertaubat dan asyik mendoakan perkara yang sama, kamu terfikir:
Ya Allah, aku rasa bersalah yang teramat. Aku tidak tahu bagaimana hendak mengadu kepadamu. Setiap kali aku mendoakan perkara yang sama, aku rasa hendak memohon ampun lebih lagi. Tetapi aku tidak tahu bagaimana harus aku katakan kepadaMu, ya Allah. Ya Allah, janganlah pesongkan hatiku sesudah engkau memberikan hidayah kepadaku. Aku ingin merasa nikmat cinta terhadapMu.Beruntunglah bahawa Allah masih berikan kesedaran kepadamu dengan cara memberikan ujian ini kepadamu. Jangan pernah menganggapnya sebagai halangan. Boleh jadi yang Allah berikan ujian yang sama berkali-kali kepadamu agar kamu sedia menghadapi ujian yang seterusnya yang dalam bentuk yang sama. Jadi, apabila kamu menghadapinya nanti, kamu menjadi insan yang lebih kuat lagi. Anggaplah ujian ini merupakan tanda Allah sayang kepadamu. Allah nak kamu lebih dekat dengan Dia lagi. Dia nak kamu sentiasa menyebut namaNya. Ingatlah:
Jangan pernah bersangka buruk kepada Allah kerana Dialah yang memberikan rezeki kepadamu. Dialah yang memberikan kamu nikmat. Dialah yang menyebabkan kamu masih hidup pada hari seterusnya. Dialah Ar Rahman dan Ar Rahim.
YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝