---
"Baek, jom pergi makan? Laparlah.." rengek Suzy sambil memaut lengan Baekhyun.
Baekhyun tersenyum melihat keletah Suzy yang pada pandangannya agak comel. "Makan jee kerjanya. Gemuk nanti baru tahu,"
"Biarlah. Kenapa? Baek dah tak nak sayang Suzy ke kalau Suzy gemuk?"
"Haah," selamba sahaja Baekhyun menjawab sebelum menjerit kesakitan bila tangan kecil Suzy mencubit lengannya.
"Baek ni!" Rajuk Suzy sambil memuncung.
"Heeee ala Baek gurau je lah. Jom, Baek belanja beef steak nak?." Baekhyun menarik Suzy berjalan dengannya. Sambil tu diorang bergurau senda.
Petang tu Baekhyun habiskan masa berdua dengan Suzy. Sebenarnya, Baekhyun dengan Suzy bukan pasangan couple macam orang lain. Baekhyun sendiri tak tahu bila dia dengan Suzy official couple. Tahu tahu je, diorang dah bersama.
✵✵✵
Baekhyun berjalan kaki balik ke rumah. Matanya terpandang susuk tubuh seseorang di gelanggang bola keranjang. Langkah kakinya diatur menghampiri orang tersebut.
"Hoi chan!" Sapa Baekhyun.
"Oh hi Baek," balas Chanyeol ringkas.
Baekhyun melabuh duduk di sebelah Chanyeol. "Kau kenapa duduk kat sini sorang sorang?"
"Saje," jawab Chanyeol sepatah.
"Wae? Ada masalah ke? Share share je lah. Macam tak biasa pulak," Baekhyun tayang sengih. Baekhyun dengan Chanyeol dah kawan sejak form 1. Nak kata rapat tu tak sangat, tapi dulu diorang selalu main video games sama sama.
"Hmm Baek, boleh tolong tak?"
"Tolong apa?"
"Tolong jadi boyfriend aku," terus bulat mata Baekhyun dengar permintaan Chanyeol.
"Hoihh. Kau dah gila ke?" Baekhyun bingkas berdiri. Naik meremang bulu romanya.
"Weh baek, chill lah. Aku tak gay," ujar Chanyeol.
"Dah tu apa?"
Chanyeol berdiri di hadapan Baekhyun. Dia mengeluh perlahan.
"Macam ni, appa aku suruh aku kahwin dengan anak kawan dia. Aku tak minatlah kahwin kahwin paksa ni. Sebab tu aku minta tolong kau jadi boyfriend aku. Aku nak biar kawan appa aku tu tahu aku gay, nanti tak adalah dia setuju kalau appa aku nak kahwinkan aku dengan anak dia." Terang Chanyeol.
"Tapi kenapa mesti aku?" Baekhyun mengeluh perlahan.
"Siapa suruh kau datang sini? Aku tengah serabut fikir pasal ni and then kau pulak datang." Chanyeol tayang sengihan.
"Tch.." Baekhyun memutarkan biji matanya.
"Tolong aku je. Bukannya betul betul pun. Lagipun, aku kan ada Nana." Kata Chanyeol.
Lama Baekhyun diam sebelum mengangguk setuju.
"Wait. Apa yang aku dapat kalau tolong kau?" Tanya Baekhyun sambil mengangkat kening sebelah.
"Ceh.. nak upah juga. Ok fine... kau minta je apa pun, aku akan bagi."
"Serius ni? Janji?" Sengihan Baekhyun melebar.
"Eung!" Jari kelingking Baekhyun dengan Chanyeol bertaut.
"Tapi sampai bila aku kena jadi boyfriend tipu kau ni?"
"Sampai kau lupa yang kau tipu..." Chanyeol senyum.
"Yah!" Baekhyun segera menjarakkan diri dari Chanyeol. Biar betul budak capang ni -.-
"Weh rilek la aku gurau je." Ujar Chanyeol sambil ketawa.
"Ey dah lah malas layan kau. Seram aku. Dah lah aku cau dulu. Apa apa roger," Baekhyun berlalu meninggalkan Chanyeol di gelanggang bola keranjang.
Gila betul.. Baekhyun menggelengkan kepala perlahan. Dan tanpa sedar.. bibirnya menguntum senyum..
✎ To Be Continued....
----------------------------------------------------
Anyway this is my first yaoi fanfic. I dont read any of yaoi fanfic bfore so kalau storyline ff ni hampir sama dengan ff lain maybe kebetulan je. 🐰
YOU ARE READING
❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔
Random❛Boleh tolong aku tak? Tolong jadi boyfriend aku.❜ ↛ Park Chanyeol ❛Kau dah gila ke?!❜ ↛ Byun Baekhyun ××××××× Warning ❗❗❗ ╰ Boyxboy ╮ ╰ Light SM*T ╮ ╰ Include Mature Scene ╮ ××××××× Other OTP ; - SuLay - XiuChen - KaiSoo ...