16 - Lunch

2.6K 196 9
                                    

----

Seperti yang dijanjikan Baekhyun menunggu Chanyeol kat pagar sekolah. Perutnya yang dah mula pedih diusap perlahan.

"Nah," kotak kecil susu strawberi diletakkan di tapak tangan Baekhyun.

"Eoh?" Berkerut dahi Baekhyun memandang Chanyeol.

"Minum lah susu tu dulu. Perut kau kosong kan? Tak pasal pasal kena gastrik," ujar Chanyeol.

"Emm nae.. Gomawo," Baekhyun terus mengoyakkan sedikit bahagian atas kotak susu tersebut. Dengan sekali teguk dia berjaya habiskan susu strawberi tu.

"Goodboy. Kaja," Chanyeol terus menarik Baekhyun meninggalkan kawasan sekolah.

Dari jauh Suho, DO dan Chen mengukir senyum melihat keletah Chanyeol dan Baekhyun. Yep, diorang dah tahu semuanya.

// Flashback //

Sengaja Suho, DO dengan Chen tunggu semua classmates diorang dah balik dulu. Masa tu Baekhyun tengah kemas meja dia.

Suho menolak Chen ke arah Baekhyun membuatkan lelaki itu hampir menghempap tubuh Baekhyun.

"Ya!" Chen menjeling geram.

"Oh? Chen-ah. Korang kenapa tak balik lagi?" Tanya Baekhyun.

"Baek, kitorang ada benda nak bincang ni." Chen cuba berlagak tenang.

"Okay.. pasal apa?" Baekhyun bersandar pada mejanya sambil memandang muka kawannya satu per satu.

"Baek kita dah lama kawan kan. Tolong jujur dengan kitorang. Kau... ada apa apa dengan Chanyeol ke?" Pertanyaan Suho membuatkan Baekhyun terkaku.

"A-aniya.." tergagap-gagap Baekhyun membalas.

"Jujur Baek.. kenapa kau takut sangat? Kitorang okay je kalau memang betul kau dengan dia." Ujar Chen pula.

Baekhyun mengeluh perlahan.

"Okey. Aku dengan Chan memang tengah couple sekarang.. aku memang tak berani nak bagitahu korang sebab aku tahu apa yang aku dengan Chan buat ni salah.." Baekhyun menundukkan mukanya.

"Tak, Baek.. Kau dengan Chan tak salah. Kita bukannya boleh pilih dengan siapa kita jatuh cinta kan? Cinta tu milik semua orang.." tutur DO. Chen tersenyum apabila ayatnya diulang semula.

"Jadi.. sebab ni ke kau dengan Suzy break?" Tanya Suho.

Baekhyun mengangguk lemah.

"Chan break dengan Nana sebab ni jugak?" Baekhyun melepaskan keluhan bila terdengar nama tu.

"Ani. Diorang ada sebab sendiri," Baekhyun tersenyum hambar.

"Ohh. Dahlah kau pergi lah jumpa Chan. Kau pun tengah lapar ni kan. Karang pengsan naya je Chan kena dukung kau balik," usik Chen sambil tergelak kecil.

"Haishh jinjja," Baekhyun memutarkan bebola matanya. Mukanya terasa bahang. Lepas ni makin sakanlah diorang mengusik dirinya dengan Chanyeol.

"Apa pun, thanks weh." Baekhyun memeluk Suho, Chen dan DO kejap sebelum berlalu ke pagar sekolah. Baekhyun menarik nafas kelegaan. Bibirnya mengukir segaris senyuman bila teringatkan kawan kawannya yang memahami keadaannya.

// End Flashback //

"Nak order apa?" Pertanyaan Chanyeol mematikan lamunan Baekhyun. Buku menu yang berada di hadapannya dicapai.

"Aku nak bibimbap dengan chiji (cheese) tteokbeoki," Baekhyun meletakkan semula buku menu di tepi meja.

"Aku nak jjangmyeon lah," Pelayan tu berlalu selepas mengambil pesanan.

Chanyeol menongkat dagu memandang ke arah Baekhyun. Matanya nakal merenung setiap inci muka comel Baekhyun membuatkan lelaki itu tersipu malu.

"Chan-ah," Baekhyun memandang muka Chanyeol sekilas sebelum pandangannya dihala ke arah lain.

"Hm?" Chanyeol menyahut perlahan. Mulutnya masih penuh dengan makanan.

"Suho, DO dengan Chen dah tahu pasal kita..."

"Jinjja?" Bulat mata Chanyeol memandang Baekhyun.

"Eung. Kau... tak marah kan?" Suara Baekhyun mula perlahan.

"Aniyaa. Buat apa aku nak marah? Kalau boleh aku nak semua orang tahu yang kau... milik aku," Chanyeol tersenyum nakal.

"Michin," Baekhyun mencebik lalu bibirnya perlahan lahan menguntum senyum.

----

"Sekolah kita tersenarai dalam aktiviti kem perdana antara daerah. Jadi saya harap ramai yang dapat sertai terutamanya pelajar tingkatan 5 dan 6."

Baekhyun, Suho dan Chen mengeluh perlahan. Malas betul diorang nak join kem kem bagai nii.

"Oh ya, tak perlulah korang semua risau. Saya dah pun buat pemilihan pelajar. Nanti tengok dekat papan kenyataan. Ok itu saje," usai berkata Tuan Lee bergegas turun dari pentas membuatkan makin kuat rungutan dan keluhan pelajar tingkatan 5 & 6.

"Aku harap sangat orang tua sorang tu tak pilih nama aku," keluh Baekhyun.

"Kalau nama kau ada, macam mana?" Chen tersenyum sinis.

"Aku takkan pergi," Selamba Baekhyun berjawab.

"Too bad. Nama kau ada, Baek. Kita berempat kena." Kertas putih yang bercetak ditayang di hadapan muka Baekhyun membuatkan mata Baekhyun membulat.

"Andwaeeeee!!" Baekhyun menjerit kuat menyebabkan hampir semua pelajar tingkatan 6 memandang ke arahnya.

"Paboya! Kau buat macam tu lagi, aku tak ngaku kau kawan aku." Suho meluku kepala Baekhyun geram.

"Weh aku tak nak...." rengek Baekhyun.

"Nak atau tak, kena pergi juga. Dah lah ni tahun terakhir kita." DO menepuk bahu Baekhyun perlahan.

"Pergi je lah, Baek. Laki kau pun terpilih jugak." Ujar Chen.

"Laki?" Dahi Baekhyun berkerut.

"Chanyeol lah, siapa lagi laki kau kan." Chen tayang sengihan nakalnya.

"Shettt." Baekhyun merenung Chen tajam. Tanpa sedar tangannya menumbuk perut Chen.

"Argh. Kau pahal doh?!"

"Weh! Sorry!"

"Sakit bodo!!"

"Sorrylah. Siapa suruh kenakan aku. Haa padan muka."

"Mencik lah!"

Chanyeol tergelak kecil melihat keletah Baekhyun dengan Chen. Memang dari tadi dia asyik perhatikan Baekhyun. Chanyeol menggeleng perlahan, tak sangka kuat jugak Baekhyun tumbuk perut Chen. ヽ('▽`)/

×××× 투비컨티뉴드 ××××

Sorry merepek .-.

❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔Where stories live. Discover now