25 + Pain

2.2K 151 54
                                    

———

"Jom, hyung teman Tae balik dorm." ujar Baekhyun seraya mengatur langkah menuju ke dorm kolej.

"Hyung okey ke tak ni? Risaulah Tae tengok hyung..." Taehyung menggigit lembut bibir bawahnya.

"Hyung okey. Jomlah, dah lewat malam ni." Baekhyun memaut bahu Taehyung.

Keheningan menemani langkah diorang. Masing masing mengunci mulut. Sesekali Taehyung menoleh ke arah Baekhyun.

Bukannya dia tak tahu Baekhyun menahan sakit. Bahunya yang dicengkam pun sudah menunjukkan yang Baekhyun menahan sakit dan pedih semasa berjalan.

"Hyung tak nak masuk dulu ke?" tanya Taehyung untuk sekian kalinya.

"Takpe, hyung okay." balas Baekhyun.

Taehyung mengeluh perlahan. Muka Baekhyun makin pucat. Nafasnya pun seakan tak teratur.

"Hyung-ah.." Taehyung cuba memujuk.

"Tae.. Hyung-"

Belum sempat Baekhyun menghabiskan kata, tubuhnya rebah di atas lantai.

"Hyung!!"

Taehyung terus mendakap tubuh Baekhyun. Dia gagahkan diri memapah tubuh hyungnya itu ke katil. Perlahan lahan tubuh Baekhyun dibaringkan di atas katil sebelum Taehyung berlarian ke bilik air untuk membasahkan tuala kecil.

"Hyung memang degil," ujar Taehyung perlahan sambil mengelap muka Baekhyun.

Keluhan perlahan dilepaskan. Park Chanyeol. Sebaris nama itu meniti di bibirnya.

Dia pernah berkata pada Baekhyun, dia tak akan teragak-agak merampas Baekhyun dari Chanyeol andai dia dapat tahu Baekhyun terluka.

Dan sekarang, dia akan lakukan apa yant pernah dia katakan dulu.

———

"Oppa, petang ni tengok wayang jom? Cerita Andy Lau dengan Luhan berlakon dah keluar!" Seo Mi tersenyum riang bila teringatkan pelakon China kesayangannya itu.

"Jinjja? Em kenapa Seo Mi tak pergi tengok dengan kawan kawan Seo Mi je?" Chanyeol memandang Seo Mi sekilas sebelum matanya kembali terarah pada notis board di hadapannya.

"Seo Mi tak ada kawan yang boleh ajak hang out lah, oppa. Setakat kawan makan dekat cafe, pergi kelas sama sama tu ada lah." ujar Seo Mi lirih.

"Ohh yeke.."

"Oppa teman Seo Mi nae?" Seo Mi memegang tangan Chanyeol kejap.

"Uhm joha," Chanyeol tersenyum.

"Hyung," Taehyung mendekati Chanyeol dengan Seo Mi.

"Oh. Wae?" tanya Chanyeol malas. Sakit hatinya masih bersisa bila mengenangkan Baekhyun menghabiskan masanya dengan Taehyung.

Taehyung tersenyum sinis. Tangannya digenggam lalu sebuah penumbuk dihadiahkan di muka Chanyeol.

"Ya! Kau dah kenapa?!" Tengking Seo Mi seraya membantu Chanyeol bangun.

"Hyung ingat tak apa Tae pernah cakap masa dekat sekolah dulu? Tae tak akan teragak-agak ambil Baekhyun hyung dari hyung kalau hyung sakitkan hati dia." bisik Taehyung pada Chanyeol.

"Thanks hyung sebab bagi peluang Tae rampas dia dari tangan hyung." Taehyung tersenyum sinis seraya berlalu meninggalkan Chanyeol dan Seo Mi yang terkedu di situ.

"Oppa, apa maksud dia? Kenapa dia mention nama Baekhyun sunbae?" Tanya Seo Mi bertalu-talu.

"Aniya. Lupakan je. Gila agaknya budak tu." Chanyeol menyentuh perlahan hujung bibirnya yang luka.

Jauh di sudut hati dia takut. Takut sekiranya Baekhyun betul-betul jatuh ke tangan Taehyung.

———

Chanyeol yang baru keluar dari rumah terpandang Baekhyun yang baru tiba di hadapan rumahnya. Mata mereka bertaut untuk beberapa saat sebelum Baekhyun melarikan pandangannya.

Jelas terukir kekecewaan dari anak mata Baekhyun.

Chanyeol mengeluh perlahan. Langkahnya di atur mendekati Baekhyun.

"Baekhyun-ah..." Lembut suara Chanyeol memanggil nama Baekhyun.

Melihatkan Baekhyun hanya menundukkan mukanya, lantas tubuh lelaki itu ditarik ke pelukannya.

"Baekhyun-ah.. Aku tahu aku salah. Aku berkasar dengan kau. Aku tak dengar cakap kau. Aku... Sakiti kau..." tutur Chanyeol perlahan.

"Tolong maafkan aku." pinta Chanyeol.

Baekhyun menggigit perlahan bibir bawahnya. Dia cuba menahan tangisannya. Walaupun dia kecewa dengan Chanyeol tapi dia tak boleh nak marah Chanyeol.

"Baek.. Jebalyo.. Aku minta maaf sebab buat kau macam tu. Aku minta maaf." luah Chanyeol lagi.

"Chan-ah. Aku.. Tak pernah marahkan kau." tutur Baekhyun perlahan.

Chanyeol tersenyum nipis mendengar kata kata Baekhyun. Pelukannya dilepaskan. Tangannya masih setia memegang kedua belah bahu Baekhyun.

"Gomawo, Baekhyun-ah."

"Uhm." Baekhyun tersenyum melihat senyuman Chanyeol.

"Nak masuk?" pelawa Baekhyun.

"Aku-"

Belum sempat Chanyeol menghabiskan kata, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Chanyeol memberi isyarat pada Baekhyun yang dia perlu menjawab panggilan telefon itu kejap.

"Yeoboseyo?"

"Oppa.. Neo eodiya?"

"Ah.. Oppa on the way ni. Jumpa kat sana eh, Seo Mi. Jalgayo."

Baekhyun hanya memandang kosong muka Chanyeol bila nama Seo Mi di sebut.

"Sorry, Baek. Aku ada hal dengan Seo Mi kejap. Mianhae... Malam nanti aku teman kau eh?" ujar Chanyeol.

"Eung." Baekhyun hanya mengangguk dan tersenyum tipis. Dia terus berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke arah Chanyeol.

——— tbc ———

Yuhuuuu happy new year from Pandacoupss terlajak gebu 😂 Mohon maaf untuk semuanya. And maaf kalau author terlepas pandang a.k.a tak reply comment korang 〒▽〒 Will be slow update again.

❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔Where stories live. Discover now