❝Chanyeol❞
Aku dan Baekhyun, masing masing diam membisu sementara menunggu teksi. Baekhyun ralit memerhati kereta lalu lalang. Aku pula duduk bersandar di kerusi batu.
"Kau sebenarnya tak tahu macam mana nak bagitahu aku kan?" Aku perasan Baekhyun tampak terkejut bila dengar aku cakap macam tu.
"Apa kau merepek ni?" Dalih Baekhyun.
"Aku dah tahu, Baek..."
× Flashback
Sebaik sahaja tubuh Baekhyun hilang dari pandangan, handphonenya tiba tiba bergetar menandakan ada mesej masuk. Aku tengok ada mesej dari Kai, dia hantar video. Phone yang tak ada keylock memudahkan aku untuk membuka conversation Kai dengan Baekhyun.
"Baek, aku jumpa video ni. Tapi kalini dengan orang lain.."
Aku menekan video yang baru di send. Mulanya aku tersenyum nakal bila tahu tu video porn. Tapi bila nampak seseorang yang sangat aku kenal ada dalam video tu, perasaan lain pula yang timbul.
"Ah oppa.. jangan lah rekod,"
"Kejap la chagi. Oppa nak rekod kenangan manis kita ni,"
"Oppa ni.."
"Oppa mula nae?"
"Eung..."
Aku terus menekan butang home. Jantung aku berdegup laju. Darah panas terasa mengalir di seluruh badan aku. Sungguh, aku tak sangka orang yang ada dalam video tu... Nana... Girlfriend aku.
× End Flashback
"Kau bukan saje saje taknak bagitahu aku kan, Baek?" Tanya aku dengan suara perlahan.
"Chan.. aku.. aku cuba nak bagitahu kau tapi aku tak boleh. Aku takut kau kecewa. Aku tak sampai hati nak tengok kau down.. aku... risaukan kau," ujar Baekhyun sambil menunduk.
Lama aku diam bila dengar dia cakap macam tu. Keluhan aku lepaskan perlahan. "Baek, teman aku minum soju?"
"Chan!" Baekhyun cuba halang aku.
"Teman aku nae?" Aku memandang anak mata Baekhyun dengan senyuman hambar. Tunggu masa je airmata aku ni nak jatuh.
"Eung.." Baekhyun mengangguk perlahan. Aku bangun dan menarik tangan Baekhyun menuju ke kedai soju.
"Ahjumma, soju 5 botol." Kata aku sebaik sahaja tiba di kedai tersebut. Baekhyun hanya mengikut aku mengambil duduk di meja yang jauh sedikit dari orang ramai.
Sebaik sahaja Ahjumma tadi meletakkan 5 botol soju, aku terus mengambil sebotol soju dan meneguknya tanpa henti.
"Yah, Chan. Slow slow la.." tegur Baekhyun namun aku tak mengendahkannya.
Dengan sekali teguk je soju tu dah tinggal separuh. Aku meneguknya buat kali kedua dan botol soju tu dah jadi kosong.
"Chan..." Baekhyun panggil nama aku tapi aku tak menyahut.
Aku menundukkan muka aku. Setitis demi setitis airmata mula mengalir di pipi aku. Sakit.. sakit sangat bila tahu orang yang aku sayang, yang aku percaya, khianat aku macam ni.
Tak nak kusutkan kepala fikir semua tu aku mencapai botol soju yang kedua. Tanpa fikir apa apa aku terus meneguknya sampai habis. Aku tak fikir apa dah, apa nak jadi lepas ni jadi lah.
❝Baekhyun❞
Aku tak sanggup tengok Chanyeol macam ni tapi aku tahu aku tak boleh buat apa apa. Akhirnya aku hanya biarkan Chanyeol minum sambil menangis.
Entah kenapa, hati aku yang sakit tengok dia macam ni.
Jam dah menunjukkan pukul 1 pagi. Chanyeol yang terlentok di meja lepas habiskan soju yang ke 4 aku pandang sayu. Sambil tu mulut Chanyeol tak henti henti memarahi dirinya sendiri.
"Chan, bangun lah. Balik jom?" Aku gerakkan bahu dia perlahan.
"Shireo..!" Chanyeol menepis tangan aku.
"Kau ni dah mabuk teruk tahu tak. Dah jom balik. Aku dah call teksi pun," Aku bingkas memapah Chanyeol berdiri.
"Jangan gerak lah. Kau tu dah lah tinggi," bebel aku sorang sorang bila Chanyeol asyik meronta. Sebaik sahaja keluar dari kedai, teksi dah pun ada di hadapan kedai. Aku terus membawa Chanyeol masuk ke dalam teksi.
Aku melepaskan keluhan perlahan. Lama aku tenung muka Chanyeol yang terlentok di bahu aku. Pandangan mata aku terarah pada pegangan tangan aku dengan Chanyeol. Erat jari jemari aku terselit di antara jari jemarinya. Aku tersenyum seorang diri.
Tiba di rumah, aku memapah Chanyeol naik ke bilik aku. Aku mencampak badan dia ke atas katil lalu aku turut sama merebahkan diri. Penat juga papah yoda ni. Habis sakit bahu aku.
Bau soju yang kuat menyesakkan hidung aku. Aku mendekati Chanyeol lalu membuka baju yang dia pakai. Aku berlari ke bilik air untuk membasahkan tuala. Aku mengelap badan Chanyeol. Sesekali aku menatap muka Chanyeol yang tampak lena.
"Chan... mianhae.." ucap aku walaupun aku tahu Chanyeol takkan dengar.
Baru je aku nak bangun tiba tiba tangan aku ditarik oleh Chanyeol. Aku terjatuh di sebelahnya.
"Apa ni Chan? Eyy blah laa," aku cuba nak bangun tapi Chanyeol lebih cepat memeluk aku.
Terus kaku aku dibuatnya. Jantung aku jangan cakap, memang dup dap dup dap tahap apa pun aku tak tahu lah.
Perasan ni... hadir lagi...
Aku sendiri tak tahu maksud perasaan ni. Aku.. suka Chanyeol ke?
Aku merenung setiap inci muka Chanyeol yang lena tu. Mata aku terarah pada bibir dia. Jarak antara aku dengan Chanyeol sikit je. Aku dapat rasa hembusan nafasnya di muka aku. Aku meneguk air liur kesat. Bibir dia.. aku teringin nak rasa bibir dia..
Aku memejam mata. Tanpa sedar bibir aku dengan bibirnya dah bertemu. Aku dapat rasa Chanyeol mengeratkan pelukannya. Dan.. dia membalas ciuman itu. Makin lama dia makin mendalamkan ciumannya.
Aku terus menjarakkan muka aku dari Chanyeol. Dada aku turun naik mencari nafas. Chanyeol pula masih memejamkan mata, seakan tiada apa yang berlaku.
Aku memusingkan badan membelakanginya walaupun susah disebabkan pelukannya yang erat. Akhirnya, aku terlena dalam pelukan Chanyeol.
✎ To be continued...
----------------------------------------------------
YOU ARE READING
❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔
Random❛Boleh tolong aku tak? Tolong jadi boyfriend aku.❜ ↛ Park Chanyeol ❛Kau dah gila ke?!❜ ↛ Byun Baekhyun ××××××× Warning ❗❗❗ ╰ Boyxboy ╮ ╰ Light SM*T ╮ ╰ Include Mature Scene ╮ ××××××× Other OTP ; - SuLay - XiuChen - KaiSoo ...