06 - The Truth

3.6K 257 69
                                    

-----

Baekhyun duduk termenung di rooftop. Harini dia tak ada mood nak pergi makan. Dia tengah risau, tentang Chanyeol dan Nana. Dia sendiri tak faham kenapa Nana sanggup buat Chanyeol macam tu.

Baekhyun tersedar dari lamunan bila terasa bahunya di tepuk. Dia menoleh ke sebelah, Chanyeol memandang mukanya dengan pandangan kosong.

"Oh, Chan.. wae?" Tanya Baekhyun.

Chanyeol melabuh duduk di sebelah Baekhyun. Lama Chanyeol memandang muka Baekhyun sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain. Chanyeol mengeluh perlahan.

"Aku... dah bersedia nak tahu pasal... Nana.." ujar Chanyeol membuatkan Baekhyun kaget (terkejut).

"Kau serius ke ni, Chan?"

"Eung.." Chanyeol mengangguk perlahan.

Baekhyun memandang Chanyeol yang menundukkan mukanya. Tangan Chanyeol, Baekhyun pegang kejap.

"Aku tahu kau boleh.. be strong, Chan."Baekhyun cuba menyalurkan semangat pada Chanyeol.

Chanyeol hanya mengangguk dan tersenyum tipis. Chanyeol tekad, nak selesaikan semua ni secepat mungkin.

✵✵✵

Malam tu, Baekhyun datang ke rumah Chanyeol seperti yang dijanjikan.

"Yes aku menang!" Sorak Chanyeol riang. Sempat lagi diorang main video games.

"Kkaebsong... dah ni games kau, memang lah kau yang menang." Cebik Baekhyun.

Chanyeol ketawa kecil. Namun tawanya tak lama.

"Baek.. pasal Nana.. hmm bukan ada satu video je kan?" Tanya Chanyeol.

"Eung.." Baekhyun mengangguk perlahan.

"Aku nak tengok boleh?" Tanya Chanyeol lagi.

"Kau serius ke ni?" Tanya Baekhyun semula. Bukan apa, Baekhyun tak nak Chanyeol bertambah sakit hati.

"Serius la." Kata Chanyeol.

Baekhyun mencapai handphonenya yang berada di sisi. Dia mula mendail nombor seseorang.

"Kai-ah. Ingat tak video yang kau bagi aku tu? Kau ada simpan lagi tak video selain dari tu?"

"Kau nak tengok lagi ke? Hahaha. Semua video tu aku dah copy dalam CD. Nak aku bagi kat kau sekarang ke?"

"Eung boleh jugak,"

Kai menyarung selipar di kakinya. Baru sahaja dia membuka pintu bilik apartmentnya, matanya terarah pada Jimin yang baru tiba bersama seorang perempuan.

"Weh aku rasa kau tak perlukan CD ni. Kau boleh tengok sendiri live show kat apartment aku. Baik kau datang cepat."

Baekhyun menelan air liur kesat. Muka Chanyeol yang menunggu jawapan dipandang lama. Otteoke?

✵✵✵

Jimin melabuh duduk di birai katil bersebelahan dengan Nana. Jimin merenung Nana dengan senyuman nakal. Dia tak sangka semudah ni dia boleh tarik Nana masuk bilik.

Nana menoleh ke arah Jimin. Dia membalas senyuman Jimin. Tangan Jimin dicapai lalu dia bermain dengan tangan Jimin. Jari telunjuknya menari nari di kulit gebu Jimin.

Pertemuan Jimin dengan Nana bermula di lift. Masa tu, hanya ada diorang berdua dalam lift. Lift yang mulanya elok tiba tiba tersekat. Diorang terkurung di dalam lift. Dalam kecemasan yang macam tu sempat lagi diorang berkenalan. Perempuan comel dan seksi macam Nana, lelaki mana yang tak nak. Kan?

❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔Where stories live. Discover now