05 + sticky note

3.7K 253 59
                                    

-------

Chanyeol membuka matanya perlahan. Kepala yang terasa berat menyukarkan dia untuk membuka mata sepenuhnya. Chanyeol memerhati sekeliling, dia bukan berada di biliknya.

Chanyeol memandang sebelahnya, Baekhyun masih lena berbantalkan lengannya. Patutlah lengan kirinya terasa kebas.

Chanyeol cuba bangun dan bersandar. Pergerakannya membuatkan Baekhyun terjaga. Baekhyun memandang Chanyeol dengan mata separuh terbuka.

"Chan? Kau dah bangun?" Baekhyun bingkas bangun dan bersila menghadap Chanyeol.

"Apa dah jadi...?" Tanya Chanyeol.

"Kau tak ingat ke? Semalam kau mabuk teruk tahu tak. Hmm baju kau.. aku buka baju kau sebab bau soju tu kuat sangat. Sorry." Terang Baekhyun.

Chanyeol hanya diam, cuba mengimbas memori semalam. Riak mukanya terus berubah bila teringatkan video tu.

"Kau okay?" Tanya Baekhyun.

Chanyeol masih diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

"Aku nak balik." Chanyeol bingkas bangun dari katil.

"Ouh okay. Jom aku hantar," ajak Baekhyun sambil mencapai baju Chanyeol yang tergantung di tempat penyidai(?).

"Aniya. Aku balik sendiri," tolak Chanyeol.

"Biar lah aku hantar. Bukannya jauh pun. Lagipun, kau okay ke? Nanti tetiba pengsan ke macam mana?" Baekhyun tampak risau.

Chanyeol menundukkan mukanya. "Aku okay. Baek, please. Aku... perlukan masa untuk semua ni."

Baekhyun mendekati Chanyeol. Bahu Chanyeol ditepuk perlahan.

"Eung. Take care," ucap Baekhyun.

Chanyeol mengangguk. Baju yang dihulurkan Baekhyun dia capai dan menyarungkannya ke badan. Langkah kaki di atur keluar dari bilik Baekhyun. Baekhyun mengikut dari belakang. Dia menghantar Chanyeol di hadapan pintu pagar rumahnya.

"Take care.. kalau ada apa apa call je aku ok? Aku akan ada dengan kau." Ujar Baekhyun dengan senyuman tipis.

Chanyeol tersenyum hambar lalu berpaling pergi. Langkah kakinya terasa perlahan. Fikirannya terbayang semua kenangan antara dia dengan Nana. Tanpa sedar air matanya bertakung lagi.

✵✵✵

Phone yang berada di genggaman Chanyeol pandang lama. Nak call ke tak nak eh? Call, tak nak, call, tak nak? Penat bermain tarik tali dengan hati akhirnya dia mengambil keputusan untuk call Nana.

Chanyeol menekap telefon di telinga, menunggu panggilan berjawab. Tak menunggu lama, panggilannya berjawab.

"Hello chan"

"Nana..."

"Nae?"

"Do.. you still love me?"

Chanyeol memejam matanya, cuba menguatkan diri untuk mendengar jawapan Nana.

"Of course i do love you.. so much.. Chan, gwenchanayo? Kenapa tanya Nana macam tu?"

"Eung.. nan gwenchana. Maybe Chan banyak sangat fikir kot."

"Chan fikir apa ni? Janganlah banyak sangat fikir nanti stress. Rehat ok?"

"Nae..."

Chanyeol mematikan panggilan telefon lalu merebahkan diri di atas katil. Keluhan berat dilepaskannya.

✵✵ Sekolah ✵✵

Baekhyun mendekati DO, Suho dan Chen. Masing masing tengah menghadap buku. Tch harap maklum dorang bukan study ok, diorang tiru jawapan homework yang cikgu bagi semalam dari buku Lay.

"Tak siap kerja lagi?" Tanya Baekhyun dengan kening sebelah dinaikkan.

"Well ini Chen okay," jawab Chen dengan lagaknya.

"Bila nak insaf? Tengok macam aku, homework semua dah siap tau..." Baekhyun tersengih bangga.

"Ha bak buku kau, aku nak tiru." Kata Suho.

"Blah.. memang tak lah aku nak bagi korang tiru. Aku penat penat buat korang senang senang je nak tiru," ujar Baekhyun membuatkan diorang semua menayang muka menyampah.

"Chanyeol! Meh la duduk sini," Baekhyun terus menoleh bila terdengar sebaris nama tersebut. Chanyeol dan Sehun duduk di kerusi batu tak jauh dari tempat Baekhyun dengan yang lain.

Muka Chanyeol nampak tak bermaya. Mata pun sembap semacam.

"Eh Chen, aku ambil satu sticky note kau tau," ujar Baekhyun lalu mengambil sekeping sticky note berwarna biru.

"Suho pinjam pen!" Pen hitam yang terbiar di atas meja di capai. Dia menulis sesuatu di sticky note tersebut.

Done! Tapi.. takkan nak bagi sticky note je kot? Baekhyun terdiam sekejap, memikirkan apa yang patut. Matanya terarah pada susu kotak berperisa strawberry yang berada di hadapan DO.

"DO, air kotak tu kau punya ke?" Tanya Baekhyun.

"Eung," DO mengangguk tanpa memandang Baekhyun.

"Bagi aku boleh? Aku bayar," kata Baekhyun membuatkan DO mengangkat muka memandang muka Baekhyun dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Kau dah kenapa? Ambik je lah macam tak biasa pula ambik barang aku." Kata DO. Sempat lagi tu dia perli Baekhyun. Siapa lah yang ajar ni --"

"Heee yalah. Thanks!" Baekhyun tayang sengihan, dia buat tak tahu je dengan perlian DO. Baekhyun lantas melekat sticky note tadi pada air kotak tu.

Baekhyun berjalan mendekati Chanyeol dan Sehun. Makin dekat dengan diorang makin nervous pulak Baekhyun.

"Hui baek," sapa Sehun.

"Eh Hun, cuba kau tengok budak tu," Kata Baekhyun sambil menunjuk ke belakang.

Sebaik sahaja Sehun menoleh, Baekhyun  segera meletakkan air kotak tu pada tangan Chanyeol.

"Bye Sehun!" Baekhyun tepuk bahu Sehun lalu cepat cepat meninggalkan tempat tersebut.

"Weh budak mana? Tak ada siapa pun kat sana. Haih Baekhyun ni tipu aku lah ni," bebel Sehun perlahan.

Chanyeol memandang air kotak yang diberikan Baekhyun tadi. Dia membaca sticky note yang tertampal di atasnya. Tanpa sedar Chanyeol menguntum senyum sama seperti yang tertulis di sticky note tu.

"Stay strong, Chan-ah. Keep smile!"

✎ To be continued...
----------------------------------------------------

Part ni pendek dan bosan.....

❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔Where stories live. Discover now