---
Chanyeol menyiram air ke motor vespa kesayangannya sambil bernyanyi perlahan. Span yang berada di dalam baldi di capai lalu dia mula menggosok motor vespanya.
Tengah syok mandikan kesayangan, matanya tiba tiba terarah pada Baekhyun yang berjogging. Entah kenapa tapi matanya nakal menilik badan Baekhyun yang berpeluh.
"Baekhyun!" Panggil Chanyeol.
Baekhyun menoleh lalu menguntum senyum. Dan Chanyeol.. bagai terkaku di situ. Jantungnya tiba tiba berdegup laju. Dah kenapa pulak ni?
Baekhyun menghampiri Chanyeol. Dia membongkok sambil mengelap peluh.
"Kau buat apa tu?" Tanya Baekhyun.
"Tengah gali kubur," selamba Chanyeol menjawab.
"Tch..." Chanyeol tersengih bila Baekhyun memutarkan bebola matanya.
"Tengah mandikan kesayangan ni ha. Apesal? Nak aku mandikan kau juga ke?" Tanya Chanyeol dengan kening sebelah dinaikkan.
"Michin," kata Baekhyun sepatah.
Chanyeol tersenyum nakal. Getah paip di capai lalu Chanyeol halakan pada Baekhyun.
"Woi woi kau nak buat apa ha?"
"Mandikan kesayangan lah,"
"Kesayangan kau kat sana," ujar Baekhyun.
"Eh bukan ke kau boyfriend aku?" Chanyeol tayang sengihan.
"Pabo! Boyfriend tipu je kot." Kata Baekhyun.
Chanyeol masih dengan sengihan. Tangannya dah bersedia nak menekan pili air.
"Fake boyfriend pun tetap boyfriend kan?" Serentak dengan tu dia menekan pili air dan menyiram Baekhyun. Terjerit jerit Baekhyun cuba mengelak.
"Yah neo!" Baekhyun cuba merampas getah paip dari Chanyeol tapi Chanyeol terlebih dahulu melarikannya.
"Siap kau kalau aku dapat kau nanti," ujar Baekhyun geram.
Chanyeol hanya ketawa mendengar ugutan Baekhyun. Ceit dia tak takut langsung!
Mata Baekhyun terarah pada baldi berisi air sabun. Baekhyun tersenyum kemenangan.
"Kemenangan tetap berpihak pada Byun Baekhyun," Baekhyun mengangkat baldi tu lalu menyimbah ke arah Chanyeol. Habis basah Chanyeol dengan air sabun.
"Eh eh budak pendek ni," Chanyeol menangkap tangan Baekhyun. Dia cuba nak meluku kepala Baekhyun tapi Baekhyun mengelak. Dengan lantai yang licin, akhirnya dia dengan Baekhyun jatuh dengan keadaan Baekhyun di atasnya.
Masa seakan terhenti bila mata diorang bertaut. Jantung masing masing berdegup laju. Kenapa.. perasaan ni hadir...
☈ Baekhyun POV ☈
Mata Chanyeol bulat.. hidung dia.. bibir dia.. baru aku sedar yang Chanyeol ada muka yang perfect. Haish apa aku merepek ni. Kenapa jantung aku tiba tiba berdegup ni.
"Ehem ehem..." sapa satu suara menyedarkan kami berdua. Aku dengan Chanyeol cepat cepat berdiri.
"Mandi sabun korang yek," tegur Yoora, noona Chanyeol.
Aku nampak Chanyeol tayang sengih pada kakaknya. Aku pula, masih keliru dengan perasaan sendiri.
"Dah dah pergi kemas lantai ni. Lepas tu masuk dalam pergi mandi, tukar baju." Ujar Yoora lalu melangkah masuk ke rumah.
Aku dan Chanyeol berpandangan dan berbalas senyum. Tiba tiba keadaan jadi awkward.
✵✵✵
☈ Chanyeol POV ☈
Baekhyun keluar dari bilik air dengan hanya memakai seluar pendek. Dia berdiri di hadapan aku sambil mengeringkan rambutnya. Aku menelan air liur kesat. Mata aku nakal merenung badannya yang tak tertutup. Abs dia... fuuuh hot sia.
"Usha apa duh?" Tanya Baekhyun membuatkan aku tersedar.
"Err -takde apelah. Meh sini aku keringkan rambut kau," aku berdiri di hadapannya.
"Tak payahlah aku boleh buat sendiri," elaknya.
Namun tangan aku lebih cepat merampas tuala dari tangannya. Aku menolak Baekhyun duduk di birai katil. Aku berdiri di hadapannya lalu mula bermain dengan rambutnya. Entah kenapa, bibir aku menguntum senyum.
"Chan," lembut suara Baekhyun memanggil namaku.
"Wae?" Tanyaku.
"Kau.. dengan Nana dah berapa lama couple eh?" Tanyanya.
"Dah nak dekat setahun." Jawabku. Aku mencapai sikat di tepi katil lalu aku menyikat rambut Baekhyun.
"Nana ada adik or abang tak?" Aku mengerutkan dahi mendengar soalannya.
Aku mengambil duduk di sebelah Baekhyun. Sempat aku memandang mukanya sekilas.
"Setahu aku Nana anak tunggal. Kenapa tanya? Jangan cakap kau...."
"Aku apa?" Potong Baekhyun.
"Kau nak tackle adik or abang dia? Fuuh Baek,"
Aku tersengih nakal sebelum mengaduh sakit dek kerana kepalaku diluku oleh Baekhyun.
"Kau nak mati ke? Hish aku bukan gay lah," ujar Baekhyun geram.
Aku masih tersengih sambil tanganku mengusap belakang kepala.
"Mana lah tahu kan. Dah kau tanya macam tu," kata ku.
Baekhyun berdecit perlahan. "Hm ok lah weh aku gerak dulu. Homework banyak lagi tak siap."
"Haa okey," aku bingkas berdiri lalu menghantar Baekhyun di depan pintu.
"Jumpa esok!" Ucapku dan Baekhyun hanya mengangguk.
Sempat juga aku dan Baekhyun berbalas senyum sebelum tubuhnya hilang dari pandanganku. Kenapa dengan jantung aku ni?
Kenapa jantung aku berdegup laju bila Baekhyun ada?
Perasaan apa yang aku tengah rasa sekarang ni?
Tch.. tak ada apa lah tu. Takkan lah aku dah jadi gay kot. Aku kan ada Nana.
✎ To Be Continued...
_________________________________
Hi, i'm back.Anyway just nak ingatkan korang, dalam fanfic ni akan ada scene yang agak tak sesuai dibaca. Kalau rasa geli geliman, meluat or senang kata tak boleh hadap scene boyxboy, korang boleh tinggalkan ff ni secepat mungkin 😂 orang yang open minded je boleh baca fanfic ni ok? :))
YOU ARE READING
❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔
Разное❛Boleh tolong aku tak? Tolong jadi boyfriend aku.❜ ↛ Park Chanyeol ❛Kau dah gila ke?!❜ ↛ Byun Baekhyun ××××××× Warning ❗❗❗ ╰ Boyxboy ╮ ╰ Light SM*T ╮ ╰ Include Mature Scene ╮ ××××××× Other OTP ; - SuLay - XiuChen - KaiSoo ...