26 - Fireworks

2.2K 142 40
                                    

———

Chanyeol berhenti di hadapan pagar rumahnya. Baru sahaja dia hendak menolak pagar, matanya terarah pada tingkap bilik Baekhyun.

Dia dah janji nak teman Baekhyun, kan?

Langkahnya terus di atur menuju ke rumah sebelah; rumah Baekhyun. Pintu rumah yang tidak dikunci ditolak lalu dia tutup semula. Tangga didaki dan bilik Baekhyun ditujunya.

Segaris senyuman terukir di mukanya bila terpandangkan Baekhyun yang sudah lena sambil memeluk bantal berbentuk macarons.

Chanyeol melurutkan baju dan seluar jeans dari tubuhnya. Kini dia hanya berboxer. Dia terus naik ke atas katil dan merebahkan diri di sebelah Baekhyun. Comforter ditarik hingga ke paras dada.

"Chan-ah?" halus suara Baekhyun menyebut namanya. Tangannya bergerak mencari Chanyeol.

"Yes, babe? I'm here.." Chanyeol mendekatkan tubuhnya ke Baekhyun.

Terus je Baekhyun memeluk Chanyeol. Kepalanya disandar ke dada bidang Chanyeol.

Chanyeol tersenyum. Tangannya membelai rambut coklat kehitaman Baekhyun.

"Good night my baekhyun-ah. Sweet dreams, i love you." kucupan hangat dihadiahkan di dahi Baekhyun.

"Uhm. Jalja. Nadoya saranghae.." ucap Baekhyun perlahan. Pelukannya di eratkan lagi.

———

Bunyi bising di bawah mengganggu lena Chanyeol. Tangannya diraba ke sebelah tapi Baekhyun dah tiada. Chanyeol bingkas bangun memakai pakaiannya lalu bergegas ke ruang tamu.

"Byun Baekhyun, kamu tu lelaki!!" Lantang suara Encik Byun membuatkan langkah Chanyeol terhenti. Jantungnya berdegup laju bila dapat mentafsir keadaan sebenar.

"Baek tahulah, appa."

"And then? Kamu tahu kamu tu lelaki dan dia pun lelaki. Kenapa kamu masih nak macam ni? Dah berapa lama kamu jadi macam ni? Dah berapa lama kamu tipu kami semua?!"

"Baek tak tahu.. Baek memang dah sayangkan Chanyeol. Dan hati Baek dah tertutup untuk perempuan..." tutur Baekhyun perlahan.

"Anak tak guna!!" Pipi Baekhyun ditamparnya.

"Aku tak mengaku kau anak aku!! Lantak kau lah nak buat apa lepas ni. Aku taknak ambil peduli dah!!" selesai berkata, Encik Byun terus berlalu keluar dari rumah.

"Yeobo..!" Puan Byun terduduk di sofa. Airmatanya mula mengalir di pipinya.

"Omma, Baek minta maaf kalau Baek dah kecewakan omma dengan appa." Baekhyun berlutut di hadapan ibunya.

"Aniya. Walau apa pun, Baekhyun tetap anak omma." Puan Byun menarik Baekhyun ke pelukannya.

"Kamu biarkan je lah dulu appa kamu tu, Baekhyun. Nanti dia dah sejuk, omma akan cuba cakap dengan appa. Nae? Buat masa sekarang ni, kamu jaga diri elok-elok kat korea. Jaga rumah ni." Rambut Baekhyun dibelai lembut.

"Omma pergi dulu," Pipi Baekhyun yang ditampar tadi dikucup lembut sebelum dia berlalu pergi bersama suaminya, meninggalkan Baekhyun keseorangan di ruang tamu.

Baekhyun bersandar di sofa. Bibir bawahnya digigit perlahan, cuba menahan esakkan. Dia tahu apa yang dia buat selama ni salah. Tapi hatinya dah terlanjur sayangkan Chanyeol.

"Omma, appa, mianhae.." Akhirnya tangisannya pecah juga. Esakan kecil mula kedengaran memenuhi ruang tamu sederhana besar itu.

Chanyeol yang daritadi memerhati dari tangga terus terduduk. Hatinya pedih melihat Baekhyun begitu.

Sebegitu sayangnya Baekhyun pada dirinya sampaikan sanggup bergaduh dengan keluarga sendiri.

——— #(kalau rasa nak dengar lagu Lay - Relax pun boleh)

Langkah kaki diatur mendekati Baekhyun yang termenung di balkoni bilik. Terus sahaja tubuh kecil itu dipeluk dari belakang.

"Are you okay?" tanya Chanyeol prihatin.

Sedarinya dari siang tadi Baekhyun hanya mendiamkan diri. Nak makan pun dia tak lalu sangat. Risau juga Chanyeol tengok Baekhyun macam ni.

"Siapa je yang okey kalau ayah sendiri cakap macam tu?" tutur Baekhyun lemah. Matanya mula berkaca semula.

"Mianhae.. Disebabkan aku, kau dengan keluarga kau bergaduh."

"Aniya. Bukan salah kau, Chan. Aku memang betul sayangkan kau."

Chanyeol mengucup pipi Baekhyun sebelum menyandarkan kepalanya di bahu lelaki itu.

"I love you too. Kau tahu aku akan sentiasa ada dengan kau kan? Janganlah risau sangat." tutur Chanyeol.

Baekhyun hanya mengangguk. Segaris senyuman mula terukir di bibirnya. Jauh di sudut hati dia berharap kata-kata Chanyeol bukan sekadar ucapan kosong.

Bunyi dentuman di langit menyentak lamunan Baekhyun. Matanya terpandangkan letupan bunga api yang menghiasi langit malam.

Butang home iphonenya ditekan, terpapar jam 00:00 bersamaan dengan tarikh 1 Januari di skrin telefonnya. Aplikasi camera ditujunya, Baekhyun mula merakam detik detik tahun baru.

 Aplikasi camera ditujunya, Baekhyun mula merakam detik detik tahun baru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Neomu yeppota," Chanyeol mengeratkan lagi pelukannya.

"Eung." Baekhyun hanya tersenyum.

"Thank you for everything we had done together, Baekhyun-ah. I love you so much." bisik Chanyeol di tepi telinga Baekhyun membuatkan senyuman Baekhyun kian mekar.

Baekhyun menoleh sipi. Belum sempat dia membuka mulut, bibirnya terus dicium Chanyeol. Baekhyun tersenyum dalam ciumannya. Tangannya yang memegang telefon menekan kamera depan, video yang tadinya merakam bunga api beralih merakam ciuman hangat diorang.

Chanyeol tersenyum bila tautan bibir diorang dileraikan. Tubuh Baekhyun ditarik ke pelukannya. Perasaan gembiranya tak dapat digambarkan dengan kata kata.

————— ×××× —————

THE END (?)

Hmm i don't think so. Konflik diorang tak selesai lagi sebenarnya ㅋㅋㅋ

❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔Where stories live. Discover now