07 + Shame

3.5K 224 29
                                    

----

"Kau okay?" Chanyeol hanya mengangguk lemah apabila ditanya Baekhyun.

"Kau rehat lah dulu. Aku nak mandi jap." Ujar Baekhyun sambil mencapai tuala yang tersangkut di tempat penyidai.

"Mian..." Baekhyun pantas menoleh ke arah Chanyeol. Keningnya berkerut.

"Untuk apa?" Tanya Baekhyun.

"Untuk semuanya. Aku banyak susahkan kau. Aku.. tahu aku nampak lemah di mata kau. Aku cuma hm aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dah." Chanyeol mengeluh perlahan sedangkan Baekhyun hanya tersenyum tipis.

"Gwenchana. Aku okay je. Kau kan kawan aku." Sempat Baekhyun menggosok perlahan kepala Chanyeol sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air.

✵✵✵

Baekhyun keluar dari bilik air dengan dah siap berpakaian. Dia hanya mengenakan tshirt kelabu kosong dengan seluar pendek. Matanya terarah pada Chanyeol yang dah terlena di atas katil. Baekhyun tersenyum kecil.

Selesai menyidai tuala, dia terus naik ke atas katil. Lama dia merenung muka Chanyeol sebelum membaringkan tubuhnya membelakangi Chanyeol. Matanya cuba dipejam.

Terus terbeliak mata Baekhyun apabila Chanyeol melingkarkan(?) tangannya, memeluk tubuh Baekhyun. Jantung Baekhyun berdegup laju. Air liurnya ditelan kesat. Peristiwa dia dan Chanyeol berciuman malam tu seakan ulang tayang dalam fikirannya. Baekhyun cuba mengalihkan tangan sasa Chanyeol dari tubuhnya tapi Chanyeol malah mengeratkan pelukannya. Akhirnya Baekhyun mengalah. Dia cuba untuk tidur walaupun jantungnya saat itu berdegup laju.

'Kau tak penat ke wahai jantung..' Bisik Baekhyun  dalam hatinya.

✵✵✵

Baekhyun menatang dulang berisi sepiring roti yang telah disapu jem dan dua gelas susu. Breakfast dalam bilik diorang pagi ni. Hekk gedik jee.

Chanyeol masih menumpukan perhatian pada permainannya. Awal pagi lagi dia dah bermain benda alah tu. Disebabkan terlalu khusyuk bermain permainan video tersebut, Baekhyun membawa sarapan mereka ke bilik.

"Makan lah dulu, Chan." Baekhyun menegur Chanyeol yang leka bermain video games tu.

"Alaaa kejap lah. Dah masuk hard level ni," ujar Chanyeol. Matanya langsung tak beralih dari menatap skrin sederhana besar tu.

Baekhyun menggelengkan kepalanya perlahan. Sekeping roti dicapai lalu dia suakan dihadapan mulut Chanyeol. Tanpa berkata apa apa, Chanyeol menggigit sedikit roti tersebut.

"Yeayyy menang...!" Sorak Chanyeol riang. Remote control yang dipegangnya sudah terjatuh di sebelah kakinya. Roti yang masih ditangan Baekhyun dicapai lalu terus dibawa ke mulutnya.

Baekhyun hanya tersenyum dengan kerenah Chanyeol. Lega sedikit hatinya melihat Chanyeol begini. At least Chanyeol tak muram je.

Selesai menghabiskan dua keping roti, Chanyeol meneguk susu segar yang berada di gelas kaca. Dengan sekali teguk sahaja susu di dalam gelas tersebut tinggal separuh.

Chanyeol terkaku bila tiba-tiba ibu jari Baekhyun berada di hujung bibirnya.

"Aigoo minum susu pun comot. Macam budak kecik lah kau ni," Baekhyun menjilat ibu jarinya yang ada susu di tepi bibir Chanyeol tadi.

Chanyeol hanya merenung tingkah Baekhyun. Entah kenapa dia rasa lain macam. Tangan Baekhyun dipegang, membuatkan Baekhyun memandang mukanya. Chanyeol mendekatkan mukanya pada muka Baekhyun. Matanya tak berkelip merenung bibir Baekhyun yang lembap tu.

Mata Baekhyun terus bulat memandang muka Chanyeol yang semakin hampir dengan mukanya. Jantungnya usah dikata, berdegup laju tanpa henti. Baekhyun menelan air liur kesat. Baru sahaja bibir Chanyeol ingin menyentuh bibirnya, cepat-cepat Baekhyun menjarakkan dirinya.

Chanyeol seakan baru tersedar dengan perbuatannya. Dia memalingkan mukanya dari Baekhyun. Perasaan malu mula menerpa.

'Apa yang aku cuba buat ni?' Bisik Chanyeol dalam hati.

Chanyeol meraup mukanya sambil melepaskan keluhan perlahan. Dia bingkas berdiri. Telefon yang berada di sisi dicapai.

"Aku.. aku balik dulu." Chanyeol terus berlalu keluar dari bilik tanpa menoleh ke arah Baekhyun. Sumpah, memang dia tak tahu nak buat apa sekarang ni. Malu pada diri sendiri dan juga pada Baekhyun.

'Pabo! Kau lelaki, Baekhyun lelaki. Apa kau buat tadi, Chan?!' Marah Chanyeol dalam hati. Langkahnya dilajukan meninggalkan rumah Baekhyun.

✵✵✵

Lepas Chanyeol balik dari rumah Baekhyun tempoh hari, dia sedaya upaya mengelakkan diri dari bersua muka dengan Baekhyun. Bila Baekhyun menegurnya di sekolah pun, dia akan pura pura tak dengar.

Chanyeol masih malu dengan apa yang dia cuba buat tempoh hari. Dan pada masa yang sama, dia cuba untuk tidak melayani perasaan asing yang datang ke hatinya. Perasaan bila Baekhyun ada dekat dengannya.

"Chanyeol kaja, pergi kantin." Panggilan Sehun mematikan lamunan Chanyeol.

Chanyeol hanya mengikut bila Sehun memaut bahunya. Dalam perjalanan ke kantin, dia terserempak dengan Baekhyun dan kumpulannya.

Seperti selalu, Baekhyun akan menengur Sehun dan Chanyeol. Dan Chanyeol hanya buat tak tahu. Tapi kalini, Baekhyun tiba-tiba memegang tangan Chanyeol.

"Anyeong, Chan." Sapa Baekhyun.

Mahu atau tak dia terpaksa menoleh juga pada Baekhyun disebabkan tak nak Sehun fikir bukan-bukan.

"Eung, annyeong.." balas Chanyeol perlahan. Tak menunggu lama, Chanyeol segera menarik semula tangannya dari pegangan Baekhyun. Dia kembali meneruskan langkahnya bersama Sehun tanpa memandang ke arah Baekhyun.

Baekhyun hanya memerhati pemergian Chanyeol. Entah kenapa, tapi dia terasa bila Chanyeol abaikan dia macam ni.

TBC
-----------------------------------
Sorry kalau ada yang tak faham. Hmm ☹

❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔Where stories live. Discover now