———
Botol soju diteguk beberapa kali. Tak tunggu lama, botol soju tu dah kosong. Baekhyun mengambil sebotol lagi soju dan diteguknya dengan rakus.
"Woooo lek lah, Baek. Tak lari mana pun soju tu." tegur Xiumin tapi Baekhyun mengendahkannya.
Chanyeol hanya memerhati tingkah Baekhyun. Niat di hati memang dia nak halang Baekhyun dari terus mabuk tapi entah kenapa niatnya seakan terhalang.
"Aigeee, Baekhyun-ah." Lay menggeleng perlahan. Suho di sebelah hanya tersenyum.
Makin dibiarkan, makin banyak soju di minum Baekhyun. Chanyeol mengetap gigi menahan perasaan.
"Y-ya. Geumanhae.." Chanyeol merampas botol soju dari tangan Baekhyun.
"Jalhaesseo, Chan-ah." Chen tersenyum suka.
"Aish bwoyaa, bagi lah." Baekhyun cuba mengambil semula botol sojunya tapi Chanyeol lebih cepat mengelak.
Chen bingkas bangun dan memberi isyarat pada yang lain untuk tinggalkan Chanyeol dengan Baekhyun berdua.
"Baekhyun-ah, geumanhae." Chanyeol memegang kedua belah lengan Baekhyun membuatkan Baekhyun sedikit tersentak.
"Chan-ah..."
"Hmm?"
"Kenapa kau buat aku macam ni?" mata Baekhyun mula bergenang.
Pertanyaan Baekhyun membuatkan Chanyeol terdiam. Pegangan tangan dilepaskan perlahan dan Baekhyun terus menundukkan mukanya. Badannya mula menggeletar menahan esakkan.
"Aku sayang kau tahu tak. Sayang sangat sangat. Kenapa kau tinggalkan aku? Mana janji kau, Chan? Kau tahu tak hampir tiap malam aku menangis ingat kau? Tak pernah seminit pun aku tak fikir pasal kau. Kau tahu tak.." Luah Baekhyun.
"Kalau tak sayang aku, jujur Chan. Jangan buat aku tertunggu tunggu macam ni." Esak Baekhyun.
Chanyeol menggigit bibir bawahnya perlahan. Setitis airmata mengalir di pipinya. Terus dia tarik tubuh Baekhyun ke dalam pelukannya.
"Maafkan aku, Baek. Aku tahu aku salah. Maafkan aku." tutur Chanyeol sambil mengeratkan pelukannya.
"Sumpah aku cakap, aku tak pernah berhenti sayangkan kau. Dari dulu sampai sekarang perasaan aku pada kau masih sama. Aku sayang dan aku dah cintakan kau, Baek."
"Jadi, tolong.. Maafkan semua kesalahan aku..nae?" tutur Chanyeol perlahan.
"Aku dah lama maafkan kau, Chan. Sebab kau orang yang paling aku sayang dalam dunia ni selepas omma appa aku.." ujar Baekhyun dalam pelukan Chanyeol.
Chanyeol mengangguk perlahan bersama senyuman.
Sumpah, dia lega sangat bila dah berterus terang dengan Baekhyun.
---
"Yeah berjaya!!" Suho dan Chen bersorak dari atas.
#SuChenDitected
#LayPasrah
#XiuminBerserah"Kan aku dah kata everything gonna be alright with my plan," Dengan lagaknya Chen memuji diri sendiri.
"Acah. Aku yang buat plan ni okay." Suho menjeling.
"Kesah ke? Hohoho," Chen tersenyum sinis. Matanya bertaut dengan Xiumin.
"Dah lah aku nak tidur. Korang berdua jangan bising sangat ok." Chen berlalu menghampiri Xiumin.
"Ek eleh cakap orang, entah entah dia yang bising. Kan Lay kan?"
Lay hanya mengiyakan kata kata Suho.
Muka Chen mula merona merah diusik begitu.
———
Yeayyy Chanbaek is back!! 😘 sorry lah kalau tak best sangat chap kalini ._.
Vote & Comment ✔
Silent Readers , Spy , Copycat , mohon pupus .
YOU ARE READING
❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔
Random❛Boleh tolong aku tak? Tolong jadi boyfriend aku.❜ ↛ Park Chanyeol ❛Kau dah gila ke?!❜ ↛ Byun Baekhyun ××××××× Warning ❗❗❗ ╰ Boyxboy ╮ ╰ Light SM*T ╮ ╰ Include Mature Scene ╮ ××××××× Other OTP ; - SuLay - XiuChen - KaiSoo ...