---
Deringan telefon mematikan lamunan Baekhyun. Handphonenya yang berada di kocek seluar dikeluarkan. Tertera nama Suzy di skrin telefonnya. Tanpa menunggu lama lantas Baekhyun menslide ke kanan.
"Hey.."
"Baekie ya. Petang ni free?"
"Erm.. free kot. Wae?"
"Jom dateu hehehe..."
"Gurae. Jumpa kat tempat biasa."
"Nae..."
Baekhyun mematikan panggilan. Suho yang berada di sebelah dipandang sekilas.
"Kau kenapa?" Tanya Suho yang perasan perubahan pada Baekhyun sejak akhir-akhir ni.
"Amugoto aniya," jawab Baekhyun bersahaja.
"Gurae.. maybe bukan sekarang kau nak cerita kan? Sokey. Cuma aku nak kau tahu, walau apa-apa pun aku akan ada kat sini sebagai kawan kau." Suho menepuk bahu Baekhyun perlahan.
"Nae.. gomawo," Baekhyun senyum tipis.
'Bukan aku taknak cerita. Tapi aku tak tahu dan aku sendiri sebenarnya tak faham dengan apa yang dah jadi sekarang ni..'
----
Baekhyun hanya diam petang tu. Dia bercakap pun bila perlu sahaja. Bila Suzy tanya sepatah, sepatah juga lah Baekhyun menjawab.
"Baek.. wae guraeyo?" Tanya Suzy. Jelas kelihatan riak kerisauan di mukanya.
"Aniya," Baekhyun menggeleng perlahan.
"Is everything okay? Kalau ada apa-apa yang ganggu fikiran Baek, Baek boleh share dengan Suzy mana tahu Suzy boleh tolong.." ujar Suzy lembut.
Baekhyun tersenyum nipis. Rambut Suzy dibelai perlahan.
"Baek gwenchana. Gomawo sebab ambil berat pasal Baek," ujar Baekhyun.
"Eung!" Suzy tersenyum suka bila Baekhyun bermain dengan rambutnya. Suzy merangkul lengan Baekhyun erat. Jujur, memang dia sayang sangat dengan Baekhyun. Tapi dia sedar, perasaan dia dengan perasaan Baekhyun tak sama.
---
Punggung dilabuhkan di anak tangga. Sengaja dia datang awal ke sekolah hari itu. Niatnya nak bersemuka dengan lelaki nan seorang tu.
Jam di pergelengan tangan dikerling beberapa kali. Tepat jam 7:15 orang yang ditunggu pun tiba.
"Chan-ah," panggil Baekhyun bila Chanyeol selamba sahaja berjalan melepasinya.
"Wae?" Tanya Chanyeol tanpa memandang Baekhyun.
"Boleh kita bercakap?" Tanya Baekhyun dengan harapan Chanyeol akan mempersetujui.
"Tak ada apa yang perlu kita cakapkan." Suara garau Chanyeol menerpa ke telinga Baekhyun membuatkan harapan setinggi gunung tadi berkecai. Chanyeol meneruskan langkahnya semula.
"Kau kenapa hah?" Pertanyaan Baekhyun membuatkan langkah Chanyeol terhenti sekali lagi. Chanyeol hanya diam, langsung tak memandang Baekhyun.
"Kau kenapa cuba jauhkan diri dari aku? Aku ada buat salah kat kau ke pun?" Tanya Baekhyun lagi. Kalini suaranya lebih mendatar tapi masih dikawal.
"Mian." Sepatah sahaja balasan dari Chanyeol. Lelaki itu kemudian kembali meneruskan langkah, meninggalkan Baekhyun sendirian di situ.
Baekhyun melepaskan keluhan kasar. Egonya seakan tercabar dengan perangai Chanyeol.
----
Mata Chanyeol membulat sebaik sahaja ternampak muka Baekhyun di hadapan biliknya. Air liurnya ditelan kesat.
Tanpa dijemput, Baekhyun melangkah masuk. Beg sekolahnya diletakkan di tepi katil. Badannya terus direbahkan di atas katil empuk milik Chanyeol. Badannya yang kecil itu melambung sedikit.
"Kau nak apa datang sini?" Tanya Chanyeol yang berdiri di tepi katil.
Baekhyun menongkat kepalanya menggunakan tangan. Wajah Chanyeol dipandang lama.
"Aku... nak jawapan.."
"Jawapan apa?"
Baekhyun tak menjawab. Dia bangun dari perbaringan dan duduk di birai katil. Dia menarik Chanyeol untuk duduk di hadapannya. Tangannya yang memegang tangan Chanyeol dipandang lama.
Perasan akan pandangan Baekhyun, Chanyeol segera menarik tangannya. Pandangannya diarah ke tempat lain.
"Chan, wae guraeyo? Aku ada buat salah kat kau ke sampai kau jadi macam ni?" Tanya Baekhyun lembut.
"Kau tahu? Aku dah mula rasa sunyi bila kau tak ada kat sisi aku. Hahaha lawak kan? Hm entahlah Chan, aku pun tak tahu kenapa dengan aku ni." Ujar Baekhyun dengan ketawa hambar.
"Mian..
Aku bukan sengaja tak nak layan kau. Tapi aku sebenarnya tengah cuba elak perasaan aneh yang mula ada dalam hati aku. Perasaan bila kau ada dengan aku.. aku tak nak salah tafsir perasaan ni. Sebab tu aku jauhkan diri dari kau. Mungkin ni jalan yang terbaik untuk aku faham betul-betul makna perasaan ni.." terang Chanyeol.
"Bila kita hampir nak bercium haritu aku jadi malu dengan diri sendiri. Aku tak sepatutnya buat macam tu tapi aku tak boleh kawal diri aku..." Chanyeol mengeluh perlahan.
Apa yang dikatakan Chanyeol membuatkan Baekhyun jauh berfikir. Entah kenapa, jauh di sudut hati dia dapat rasakan apa yang Chanyeol rasa.
"Chan-ah..." Baekhyun bersuara setelah lama berdiam.
Perlahan lahan Chanyeol mendongakkan mukanya, memandang Baekhyun.
"Kalau kita abaikan apa yang ada di sekeliling kita. Apa yang kau nak sekarang ni?" Tanya Baekhyun.
"Kalau kita abaikan apa yang ada di sekeliling kita dan kau tanya aku apa yang aku nak. Satu je jawapan aku, Baek.."
"Aku nak kau.." ujar Chanyeol.
Mata Chanyeol memandang tepat ke dalam anak mata Baekhyun. Perlahan lahan, wajah mereka didekatkan. Bibir Chanyeol mula menyentuh bibir Baekhyun.
Baekhyun memejamkan matanya. Jantungnya berdebar debar menerima ciuman Chanyeol. Tanpa sedar dia mula membalas ciuman Chanyeol.
Tangan Chanyeol mula membuka satu per satu butang kemeja sekolah Baekhyun. Chanyeol menolak Baekhyun baring. Dia kini berada di atas Baekhyun.
Pandangan mata diorang bertaut lagi. Jelas kelihatan dari mata Baekhyun yang dia merelakan semuanya. Chanyeol mendekati leher Baekhyun. Bibirnya mengucup kulit halus Baekhyun.
---------------- ×××× -----------------
YOU ARE READING
❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔
De Todo❛Boleh tolong aku tak? Tolong jadi boyfriend aku.❜ ↛ Park Chanyeol ❛Kau dah gila ke?!❜ ↛ Byun Baekhyun ××××××× Warning ❗❗❗ ╰ Boyxboy ╮ ╰ Light SM*T ╮ ╰ Include Mature Scene ╮ ××××××× Other OTP ; - SuLay - XiuChen - KaiSoo ...