24 - U R

2.2K 153 56
                                    

HAPPY BIRTHDAY KIM TAEHYUNG !! 💕

———

"Hyung, cuba teka harini hari apa?" Soal Taehyung semasa Baekhyun menyemak jawapan Taehyung di kertas contoh soalan.

"Your birthday?" Teka Baekhyun bersahaja tanpa memandang muka Taehyung.

"Eung!" Taehyung mengangguk laju.

Baekhyun terus mengangkat mukanya memandang Taehyung.

"Jinjjayo? Birthday Tae?" Tanya Baekhyun semula.

"Yup. 30 Disember. Harini lah." Jawab Taehyung.

//Jangan pelik ye. Dekat kolej bulan 12 macam ni diorang tak cuti pun .-.//

"Kenapa tak bagitahu, hyung? Kalau tak, boleh kita postpone dulu tutor harini." Ujar Baekhyun.

"Heeee.." Taehyung hanya pamer sengihan.

"Tae tak celebrate dengan family ke?"

"Nope. Family Tae selalu overseas. Tae sesorang je lah kat korea ni." Tutur Taehyung. Senyumannya mula pudar mengenangkan keluarganya.

"Jinjjayo? Aigooo. Dah lah, tutor harini sampai sini je."

"Wae?"

"Sebab hyung nak celebrate birthday Tae! Tae siaplah. Petang jap lagi pukul 5 jumpa hyung dekat taman. Hyung nak balik kejap." Baekhyun bingkas bangun. Handphone di sisi dicapai.

"Hyung serius ke ni?"

Taehyung memandang muka Baekhyun seakan tak percaya.

"Ada nampak muka hyung ni macam main-main ke?" Baekhyun menjongket kening sebelah.

"Ani. Heee gomawo hyung!" Taehyung bingkas bangun dan memeluk kejap tubuh Baekhyun.

"Uhm." Baekhyun mengusap lembut kepala Taehyung.

"Janji dengan Tae, hyung akan datang petang nanti. Nae?"

"Nae!" Jari kelingking Baekhyun dengan Taehyung bertaut sebelum Baekhyun berlalu pergi.

'Tae akan sentiasa tunggu hyung..'

———

Langkah Baekhyun terhenti di hadapan Chanyeol yang bersandar di dinding depan rumah Baekhyun.

"Dari mana?" Tanya Chanyeol.

"Dorm Taehyung."

"Oh." Chanyeol memang dah dapat mengagak jawapan Baekhyun.

"Nak masuk?" ajak Baekhyun sambil membuka kunci pagar rumahnya. Sejak dua menjak ni rumahnya sunyi sebab keluarganya selalu berulang-alik ke luar negara.

"Duduklah dulu. Aku bawakan air," Baekhyun berlalu ke dapur.

Baekhyun yang sedang membancuh air dipeluk oleh Chanyeol dari belakang. Pipi Baekhyun diciumnya. Ciumannya jatuh ke leher dan bahu Baekhyun.

Menyedarkan ciuman Chanyeol mula agresif, Baekhyun memusingkan badannya menghadap Chanyeol. Muka Chanyeol dipegang dengan kedua belah tapak tangannya.

"Chan-ah..."

"Uhm?"

"Not now," ujar Baekhyun menyebabkan Chanyeol melepaskan keluhan.

"Wae?" Chanyeol memandang tepat ke muka Baekhyun.

"Aku ada hal kejap lagi." Baekhyun memandang ke arah lain.

"Kat mana? Dengan siapa?" Tanya Chanyeol lagi.

❬BL❭ Another Love + Chanbaek ✔Where stories live. Discover now