Bab 4

18.6K 423 1
                                    

Waktu persekolah sudah tamat.  Naura buntu macam mana nak bawak Adrina balik.  Adrina dahlah datang naik motor.  Macam mana eh?
Kalau aku call ayah dia, lepas tu aku bawak motor balik.  Sebab aku tengok kalau keadaan Adrina macam ni nak naik motor, memang taklah! Ini cari mati gayanya.
Dia turun ke public phone lalu menghubungi nombor ayah Adrina.  Tak lama kemudian, panggilan bersambung.
“Assalamualaikum pak cik…”
“Pak cik…boleh tak pak cik datang sekolah sekarang? Adrina demam.”
“Ye pak cik.  Baiklah…terima kasih.” gagang telefon diletak kembali ke tempat asalnya.
Ketika dia kembali ke kelas, Zahrif baru melangkah keluar dari kelas.
“Macam mana dia nak balik?” tanya Zahrif.
“Kejap lagi bapak dia datang.”
“Motor dia?”
“Aku bawak balik.  Tapi, aku tak tahu rumah dia.”
“Nak aku tunjuk rumah dia?” Zahrif mempelawa bantuan.
“Kau tahu ke?”
“Tahu…” jawab Zahrif selamba.  Naura cuma mengangguk.  Dah alang-alang kan?
“Adrina…jom turun bawah? Tunggu ayah kau?” Adrina dengan matanya yang terasa berat gagahkan juga untuk celik. 
“Jom?” Adrina cuma mengangguk.  Begnya digalas oleh Naura.  Naura memimpinnya sehingga ke bawah.  Takut Adrina jatuh tergolek.
Zahrif mengikut dari belakang.  Ketika mereka tiba di bawah, kereta ayah Adrina sudah pun parking di kawasan sekolah.  Naura membawa Adrina ke kereta.
“Macam mana dia boleh demam?” tanya Encik Maamar.
“Saya pun tak tahu pak cik.  Bila saya naik kelas lepas rehat, dia dah mula demam.”
Encik Maamar hanya menggeleng.  Anak aku ni payah nak demam.  Ini tiba-tiba pulak demam.  Macam-macam.
“Motor dia saya bawak balik ya pak cik?” minta Naura.  Kenalah mintak izin dulu.
“Tak apa ke?”
“Tak apa pak cik.”
“Baiklah.” Naura menuju ke motor Adrina apabila mendapat keizinan ayah Adrina.
Zahrif turut ke tempat parkir motor.  Ayah Adrina dah pecut meninggalkan kawasan sekolah.
“Jom!” ajak Zahrif.  Naura mengikut Zahrif dari belakang.  Ada yang memandang mereka pelik.  Ingat nak pergi dating lah tu!
Belok di satu simpang, mereka tiba di rumah Adrina.  Walaupun rumah hanya setingkat, tapi masih nampak cantik apabila kawasan rumahnya dihiasi dengan pokok-pokok bunga yang ditanam.
Motor Adrina diparkirkan di garaj.  Kunci diserahkan kepada ayah Adrina.
“Terima kasihlah Naura.  Tu siapa?” soalan Encik Maamar lebih kepada Zahrif yang tercegat dengan motornya di gate rumah Adrina.
“Itu kawan kami pak cik.  Zahrif…”
“Oh…” Encik Maamar hanya tersenyum kepada Zahrif.  Zahrif turut membalas senyuman Encik Maamar.
“Pak cik…saya balik dulu ya?”
“Baiklah.  Terima kasih sebab tolong Adrina.”
“Tak apa pak cik…” Naura berjalan ke arah Zahrif.  “Aku balik dulu!”
“Kau nak balik jalan kaki ke?” Naura melihat Zahrif pelik.
“Kenapa? Aku standard lah!”
Emmm..sure kau boleh?”
“Boleh je!”
“Tak apa kalau macam tu.  Aku balik dulu!” Zahrif menunggang motornya pulang ke rumah.
Naura berjalan kaki hingga ke rumahnya.  Untung jugak ada jalan shortcut.  Tak adalah penat sangat aku jalan.

ADRINA membuka matanya perlahan-lahan.  Dia memandang sekeliling.  Kepalanya terasa berat.  Dia perhati dirinya.  Masih dengan pakaian sekolah.  Ada sesuatu di dahinya.
Kain kecil yang diletakkan di dahinya.  Nak kurangkan panas akulah kot? Pintu biliknya dibuka.  Puan Salihah datang ke arahnya dengan semangkuk bubur dan segelas air kosong.  Aku sure air tu mesti dah bercampur dengan ubat demam yang dah terlarut dalam air.
“Ina makan eh? Dari petang tadi tak makan…” ujar Puan Salihah lalu menyerahkan mangkuk bubur kepadanya.
“Tak nak ibu.  Tak ada selera.” serius tekaknya tak boleh nak terima apa-apa makanan pun.
“Makan sikit je ok? Lepas tu, minum air ubat ni.” Puan Salihah cuba memujuk.
Demi menjaga hati ibunya, Adrina memaksa dirinya untuk makan bubur.  Anak tekaknya mampu menerima 2 sudu bubur sahaja.  Dia tak mampu nak telan lagi.  Rasa pahit.
Puan Salihah menyerahkan air kosong yang telah dicampurkan dengan ubat kepada Adrina.
Adrina meneguknya sehingga habis. 
“Pergi mandi.  Busuk!” usik Puan Salihah.  Adrina cuma tersenyum lalu bangun mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik air.
Pancuran air dibuka lalu mengena tubuhnya.  Burhhh…sejuknya!!! Boleh menggigil 3 hari 3 malam macam ni.
Selepas mandi dan menunaikan solat Isyak, dia merebahkan badannya ke atas katil.  Serentak itu telefonnya berbunyi.  Amboi! Siapa pulak yang call aku malam-malam ni?
Unknown number? Sapa pulak ni? Haish…kerap sangat aihh nombor yang aku tak kenal call aku.
Nak jawab ke tak? Mata aku dah layu ni? Wuargh…dia menguap besar.  Argh! Malaslah nak jawab! Lagi bagus kalau aku tidur.  Best pun best! Akhirnya dia terlena tak sedar diri.  Sampai ke esoklah jawabnya.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now