Bab 69

13.3K 286 0
                                    

Miss?” ada seseorang menegur dirinya.  Sara pantas menyeka air mata yang mengalir di pipinya.  Dia menoleh.
Mamat ni lagi? Dekat mana-mana pun aku mesti jumpa dia ke?
You again and again?” soal Sara sambil menatap wajah putih bersih tersebut.
Yes.  It’s me and me again.  So, may I sit next to you?” pinta lelaki tersebut.  Sara cuma mengangguk.
It’s about a long time I’m not see you.  Where were you going?”
Amboi mamat ni! Dia mengintip aku ke apa?
I’m back to Malaysia to get my SPM result.  Then, I come here back.”
Oh…well about what happen to you, I’m so sorry.”
It’s okay.  Things gonna happen to me.  So, just take it easy.” aku bersyukur yang aku keguguran waktu tu.  Kalau aku simpan pun, itu anak abang aku sendiri.
You’re not angry to me?”
Nope…”
Peaceful on me.  So, can we be friends?”
Mamat ni memang tak ada kawan ke sampai aku pun dia nak buat kawan? Punyalah bersepah macam keturunan dia ni tapi aku yang Islam ni jugak yang dia nak buat kawan? Pelik!
So?” lelaki itu bertanya.
Kalau aku jual mahal, dikatakan aku ni sombong pulak.
“Ok…”
So, what is your name?”
“Sara.  How about you?”
My name is Adam James.  Just call me Adam.  I am Muslim.”
Muslim? Biar betoi? Kenapa cara dia ni macam mat salleh je? Nama pun Adam James.  Mat salleh lah tu!
You are Muslim? Since when?”
Since I had born into this world?”
Sejak lahir? Oh…maknanya mak ayah dia memang Islam lah kan? Mesti salah seorang tu masuk Islam.
Oh…I see.”

SUDAH seminggu Adrina sedar dari kritikalnya.  Bila doktor mengesahkan yang Adrina dah melepasi tahap kritikal, semuanya bersyukur.  Tambah-tambah lagi Zahrif.  Memang syukur tak terkata.
Namun, rasa seronok Zahrif hanya sebentar sahaja sebelum Adrina hanya buat bodoh dengan dirinya.  Setiap patah yang ditanyanya, satu pun tak berjawab.  Soalannya hilang bersama angin.
Mungkin Adrina masih marah dengan dirinya.  Mungkin kerana kejadian yang tidak sengaja hari tu.  Tapi apakan daya? Semuanya berlaku dalam sekelip mata.
Adrina cuba menyepi bila Zahrif cuba bercakap dengannya.  Sakit hati dengan Zahrif! Mana boleh aku tak sakit hati! Dia dah buatkan anak aku mati dalam sekelip mata sahaja.  Aku baru sahaja nak rasa bahagia dengan kehadiran anak aku.  Tapi, semuanya musnah bila Zahrif tolak aku!
Aku tahu aku mengandung sebab aku tak datang period.  Aku test guna pregnancy test dan hasilnya positif! Aku ingatkan lepas ambik result, aku nak buat surprise untuk Zahrif.  Tapi, semua tu hanya angan-angan aku!
Zahrif melebihi Sara dari aku.  Buktinya? Dia tolak aku bila Sara cuba mendapatkan aku.  Kenapa dia harus tolak aku? Dia sepatutnya tolak Sara dan bukannya aku!
“Ina…” panggil Zahrif lalu memegang tangan Adrina.
Adrina pantas menarik tangannya kembali.  Rasa marah masih menggunung dalam hatinya.
“Kau jangan macam ni.  Kejadian tu sumpah aku tak sengaja.  Aku tak sengaja tertolak kau.”
Sudahlah dengan alasan bodoh tu! Aku tak nak dengar alasan bodoh dia tu lagi! Aku benci!
“Adrina…” dia cuba memujuk namun hampa.
“Kau tahukan aku sayangkan kau?”
Sayangkan aku? Huh! Tak ada maknanya kau sayang aku kalau kau tolak aku waktu tu! Sayanglah sangat!
“Jangan macam ni please?” semuanya dipandang sepi oleh Adrina.  Langsung tak endahkan dengan kata-kata Zahrif.
“Kau janganlah macam ni Adrina.  Aku terseksa tahu tak? Aku rindu nak dengar suara kau.  Please?”
Semua tu bohong ja! Semua tu tipu belaka!
“Kalau betullah kau sayangkan aku, kau takkan tolak aku waktu tu!” ujarnya sedikit emosi bila terkenangkan apa yang dah jadi dulu.
“Aku tak sengaja tertolak kau waktu tu.  Sara mula agresif dan dalam masa yang sama aku cuba untuk lindung kau.”
Adrina tersenyum sinis.  “Lindunglah sangat? Lindung apa kalau kau tolak aku?!”
“Aku tak tolak kau! Aku tak sengaja!”
Adrina mencebik menyampah.  Yalah tu tak sengaja! Kalau dah sukakan si Sara tu, cakap jelah!
“Adrina…jangan buat aku macam ni?” dia merayu lagi.
“Kau sukakan Sara kan?” tiba-tiba pertanyaan itu terpacul keluar dari mulut Adrina.
“Apa yang kau cakap ni?” kerutan di dahinya jelas terserlah.  Bingung dengan apa yang dikatakan oleh Adrina.
“Kau tak payah nak berpura-puralah! Masakan kau tolak aku kalau kau tak cintakan Sara kan?!” walaupun hatinya sakit menuturkan itu, tapi dia cuba menahan hatinya.
“Apa yang kau merepek ni Adrina? Aku ni ikhlas cintakan kau Adrina! Bukannya Sara! Aku tak cintakan Sara langsung.  Aku cintakan kau je!” dia cuba meyakinkan Adrina.
Jangan cakap kepercayaan Adrina dah hilang pada dirinya.
Adrina ketawa buat-buat walaupun hatinya dah bengkak.  “Dahlah Zahrif! Berhenti berlakon macam tak ada apa-apa.  Kalau kau sukakan Sara, kau cakap je dekat aku.  Aku boleh tandatangan borang poligami bila-bila je.”
“Kau jangan nak merepek!” nada Zahrif naik tinggi membuatkan Adrina terkedu.  Diam seribu bahasa.  Tahu pun takut?
“Kau dengar sini Adrina Zahra! Kalau aku cakap yang aku cintakan kau, aku akan cintakan kau sampai akhir hayat aku! Aku tak main-main! Jangan sesekali pernah persoalkan kesetiaan aku!”
Kata-kata Zahrif mengayat hatinya.  Sedikit-sebanyak hatinya tersentuh namun dek kerana peristiwa yang asyik bermain di benaknya, egonya kembali terletak pada carta nombor satu.
“Dahlah Zahrif! Aku penat dengan permainan kau!”
“Permainan apa?” kali ni dia pulak yang blur.  Aku ada buat ciptaan mainan ke?
“Dahlah.  Aku nak tidur…” Adrina mengiring membelakangi Zahrif.  Tanpa dia sedar, air matanya jatuh.  Masih terasa dengan kepergian anaknya.  Ibu mana yang seronok bila anaknya pergi macam tu je?
Zahrif pula mengeluh dengan sikap degil Adrina yang setinggi gunung! Gunung Everest pun kalah! Macam manalah aku nak pujuk dia ni?

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now