Bab 23

11K 319 2
                                    

Adrina nak naik terlopong bila melihat rumah baharu mereka.  Begitu juga Zahrif.  Biar betul ini rumah kami? Ke ayah salah bawak?
“Ayah…ini ke…?”
“Kenapa? Kamu tak percaya?”
“Tapi ayah…besarnya rumah ni! Yang nak duduk hanya Zahrif dengan Adrina je…” gila bapak punya besar.  Ini atuk dinosaur boleh duduk.
“Anggap je ni hadiah ayah.  Bukan selalu ayah nak bagi hadiah dekat Zahrif kan? Jadi, ayah nak Zahrif jaga hadiah papa ni, boleh?”
“Insha-Allah ayah…”
Mereka semua turun dari kereta dan memandang sekeliling tersebut.  Aikk? Bila masa motor aku dengan motor Adrina dah diletakkan di sini?
Adrina pun turut pelik bila melihat motornya dah ada di garaj rumah besar ni.  Sapa yang angkut mai letak dekat sini? Ajaib betul!
Apabila pintu rumah dibuka, orang pertama yang terlopong semestinya akulah! Aku nikan macam kekampungan.  Rasa jakun tengok rumah besar ni.  Rumah ni boleh kalah rumah aku.  Satu ruang tamu ni boleh kata besar rumah akulah. 
Jenuhlah macam ni.  Nak bersih segala habuk…aduh mak!! Macam mana ni?! Weyh! Besar gedabak dah ni.
“Ina? Kenapa ni? Macam takut je?” soal Puan Zuhaira bila melihat riak tidak senang terlukis di wajah Adrina.
“Hah? Errr…tak ada apa mak.  Cuma, jakunlah sikit tengok rumah besar ni.  Satu ruang tamu ni boleh katakan besar rumah Ina ni mak.”
Puan Zuhaira ketawa mendengar kata-kata Adrina.  “Ina kena biasakan diri.”
“Tapi mak.  Kalau rumah kecik pun tak apa.  Tak biasalah dengan rumah besar gedabak ni.” Adrina menggaru kepalanya.  Gatal lain macam.
“Ayah…sebesar alam rumah ni ayah.  Dua kali ganda besar daripada rumah kita…”
“Ini hadiah untuk kamu Zahrif.  Nanti bagilah ayah cucu ramai-ramai.  Nanti, bila cucu ayah ramai, tak adalah nak berebut bilik.  Ye tak?” sengaja nak usik.  Encik Saiful Zahri ketawa.
“Ayah! Tak lawaklah! Baru form 5 kot? Lagipun, Zahrif dengan Adrina kan kahwin paksa? Mana mungkin Zahrif dengan Adrina nak bagi ayah cucu?”
Encik Saiful Zahri menepuk bahu anaknya perlahan.  “Zahrif…memang kamu berdua kahwin secara paksa.  Ayah dan mak pun berlaku benda yang sama tapi kami berdua bahagia je? Benda ni tak mustahil kan untuk jadi dekat kamu berdua?”
“Ayah…Adrina tu keras kepala ayah!”
“Kamu dengan dia sama je! Semuanya pakat nak cari gaduh kan? Tambah-tambah lagi kamu.  Alah! Macam ayah tak tahu? Kamu ni memang asli dari kecik suka cari pasal.”
“Dahlah ayah.  Tak naklah cakap pasal ni.  Kalau Adrina dengar ni, mahunya dia piat telinga kita ni tau ayah?”
“Telinga kamu dulu lerr!” Encik Saiful Zahri ketawa kecil lalu berlalu pergi.
Ayah ni! Ada saja modal dia nak kenakan aku.  Haish…ini kalaulah kata Adrina dengar apa yang aku dengan ayah cakapkan, mampus aku kena ceramah!
Zahrif menuju ke bilik di atas.  Dia membuka master bedroom.  Boleh tahan besar.  Ada bilik mandi macam dalam bilik aku.  Dekat sini ada 6 bilik.  3 bilik air tak termasuk dengan bilik air dalam bilik.
Adrina menghampiri Zahrif.  “Ini bilik kau ke?”
“Kau nak bilik ni ke?” soal Zahrif kembali.
Adrina melihat suasana bilik tersebut.  Isy! Macam tak sesuai je dengan aku?
Errr…kau jelah duduk! Tak best bilik besar-besar! Tak apalah.  Aku ambik bilik sebelah jelah.”
“Serius kau tak nak?”
Emmm…tak nak!”
Pelik! Kalau aku tengok dalam drama, selalunya minah kampung macam mana pun, dia tetap nak master bedroom.  Tapi, Adrina? Tak.
Alah kau ni Zahrif! Layan sangat drama! Itu drama.  Ini kisah realiti.
“Hah…ini bilik korang!” kata Puan Zuhaira tiba-tiba.
“Hah?! Ni?” Adrina dan Zahrif sama-sama tunjuk ke arah master bedroom.
“Yelah…sebilik kan?”
Kau pandang aku, aku pandang kau.  Sama-sama tak sudi! Memang taklah!
Errr…yelah mak! Bilik kita orang!” dia memandang Adrina.  Buat isyarat ini hanya sementara.
“Mak dan ayah balik dulu.  Nanti kalau ada apa-apa call ok? Lagi satu! Jangan asyik nak bergaduh je macam anjing dan kucing.  Faham tak Zahrif?”
“Zahrif je?”
“Habis tu? Kamu je tukang cari masalah!” Zahrif buat muka tak puas hati.  Asyik aku je yang kena?
“Yelah mak!” Zahrif mencium tangan mak dan ayahnya.  Begitu juga Adrina.
“Ingat Zahrif apa pesan ayah tadi!” Zahrif cuma mengangguk kecil.
Pesan ayah? Apa yang ayah pesan dekat Zahrif? Hesy.  Bahaya kalau pesanan orang tua-tua ni.  Kalau bukan pesanan jangan gaduh, maknanya? Itu aku tak nak! Cucu! Memang tak arr!
Selepas semuanya pulang, Adrina mula menaikkan barang-barangnya masuk ke dalam bilik bersebelahan bilik master bedroom manakala Zahrif sudah semestinyalah master bedroom kan?
Adrina turun ke dapur.  Nak tengok barang-barang dapur.  Selalunya tak adalah tapi bila dia bukak, nah! Semuanya ada.  Ayam, daging…ergh! Melengkapilah! Tak payah beli langsung.  Milo, gula, garam, kicap semuanya dah ada.  Gilalah! Ini mesti kerja maklah ni.
“Kau tengok apa?”
“Aku tengok barang-barang dapur ni hah! Ini bukan fully furnished je tapi memang fully ingredients semua ni.”
“Mak punya kerjalah ni!” Zahrif memandang sekeliling.  Kuali, pinggan mangkuk, cawan.  Fuh! Lengkap.
Tiba-tiba pulak Adrina nak tahu apa yang dipesan oleh ayah.  “Weyh…aku nak tahu.  Apa yang ayah pesan tadi?”
Timbul idea nakal di fikiran Zahrif.  Dia ketawa kecil.  Seram je bunyinya?
“Kau nak tahu apa yang ayah pesan?” Adrina buat muka apa?
“Ayah pesan cucu…” bisiknya menggoda di telinga Zahrif.
Pantas Adrina menampar muka Zahrif.  Taklah kuat sangat.  “Eiii!!!” Adrina pantas lari menuju ke biliknya lalu pintu ditutup dan dikunci.
Itulah padahnya kalau kau terlebih nak tahu sangat! Tak pasal-pasal kena je tadi.  Cari padah betullah!

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now