Bab 29

11.3K 324 0
                                    

“Mak nak masak apa ni?” soal Adrina sambil memandang bahan-bahan yang yang dikeluarkan oleh Puan Zuhaira.  Macam banyak je dia nak masak?
“Mak nak masak sambal udang petai dengan ayam goreng madu.  Sedap kan?” Puan Zuhaira sibuk membuang kulit-kulit udang tersebut.
“Sedap mak tapi Ina tak boleh makan seafoodAllergic.  Nasib baik mak nak buat ayam goreng madu tu.  Adalah jugak benda yang Ina boleh makan…” katanya sambil ketawa.
“Lah…Ina tak boleh makan udang ke? Sorry lah Ina.  Mak tak tahu.  Tapi, nasib baik mak teringat jugak nak buat ayam goreng madu.”
“Tak apa mak…nak Ina tolong?”
“Ina boleh tak tolong potong petai-petai tu?” Adrina memandang petai yang elok tersusun.
“Boleh!” alah, kacang je ni! Aku selalu tolong ibu buat waktu dia masak sambal petai dengan ikan bilis.
Adrina mula memotong petai tersebut dengan hati-hati.  Kang kalau aku gelojoh, tak pasal-pasal tangan aku ni kena ‘makan’ dengan pisau ni.
“Mak!” terjahan mengejut Zahrif membuatkan Adrina terlecet dan tangannya terkena pisau.
Auch!” Adrina mengibaskan tangannya.  Luka mula mengalir banyak.
“Kau kenapa?” Zahrif memandang jari Adrina.  “Luka lah weyh!”
“Kau punya pasallah! Dah terjah macam tu kenapa?!” marah Adrina.  Aduh…sakit weyh jari aku ni.
Zahrif membawa jari Adrina ke mulutnya.  Entah apa yang dia hisap dan gigit kemudian dia meluahkannya.
“Kau buat apa?” Adrina menarik jarinya kembali.
“Baklah jari tu…” Zahrif mengambil jari Adrina dan buat macam tadi.  Entah…kalau ikut aku cara tu macam nak buang bisa tapi kalau Zahrif ni? Ada yang aku dengar cara nak buat darah cepat berhenti mengalir.
Kemudian, jarinya dibawa ke sinki dan air dibuka.  Ketika air singgah di jarinya, terasa pedih pada jarinya.
Sssttt….sakit!” Zahrif membasuh jari Adrina lembut.
Puan Zuhaira dan Encik Saiful Zahri tersenyum melihat Zahrif dan Adrina.  Care betul si Zahrif ni.
First aid-kit dibawa keluar dan satu plaster dibawa keluar dan diletakkan di jari Adrina yang terluka.
Adrina pula pelik melihat Zahrif yang tiba-tiba prihatin sangat.  Dah kenapa dia ni nak prihatin sangat dengan aku? Bukan ke selalunya lantak kaulah? Oh…aku lupa dia buat-buat prihatin sebab ada mak dan ayah.  Aku faham.
Thanks…” ucap Adrina bila jarinya sudah ditampal dengan plaster.  Dia menjauhkan diri daripada Zahrif.  Aku tengok mak dan ayah dah sengih lain macam dah tu.
Adrina kembali memotong petai yang tergendala akibat sergahan mengejut Zahrif tadi sampai aku tehiris jari aku.
“Kau buat apa?” dia memandang Adrina yang sedang memotong petai.
“Aku tengah cincang otak kau.  Tak nampak?”
“Eleh! Sakit-sakit pun nak marah aku pulak.  Siap cincang otak aku pulak.  Tak bertauliah!” Zahrif mencebik sambil bersandar pada kabinet.
“Kau buat apa dekat sini? Kau tak nampak ke mak dan ayah dah sengih lain macam? Pergi sanalah!” Adrina menolak tubuh Zahrif supaya tidak mengganggunya di dapur.
“Apa salahnya menemankan isteri yang tercinta ni kan?!” saja perkataan tercinta ditekan.  Kononnya nak kata aku dengan dia ni sweet lah eh?
“Kau ni dah kenapa?! Buatnya mak dan ayah ingat kita ni dah berbaik macam mana? Lepas tu…”
“Nak suruh kita ni bagi diorang cucu?” potong Zahrif.
Macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.
“Habis tu, kau nak tunjuk yang kita ni macam anjing dan kucing? Kau ni pun kenalah act sikit.  Pasal cucu tu, apa salahnya? Tak baik menghampakan harapan orang tua…” nak dekat ayat last tu, suara dia lembut lain macam.
Adrina mencubit perut Zahrif.  Gatal erkk?? Kurang asam betullah dia ni.  “Kau jangan nak buat tak senonoh dekat sini eh? Aku cucuk kang!” dia menyuakan pisau ke arah Zahrif.
“Berdosa…” Zahrif mengenyitkan matanya lalu beredar keluar dari dapur.
“Dah kenapa?” Zahrif lain macam betullah hari ni.  Ni nak main kenyit-kenyit mata pulak.  Geli pulak aku!

SELEPAS mak dan ayah balik, Adrina sibukkan diri membasuh pinggan di dapur.  Terbaiklah! Hari ni pakat kembung perut sebab makan banyak.  Insha-Allah, kalau masuk sikit lagi, pecah terus perut.
Zahrif menghampiri Adrina yang sedang membasuh pinggan.  Nasib baik aku dah suruh Adrina masukkan semua barang dia ke dalam biliknya.  Seperti yang aku jangkakan, mak memang check bilik.    Agaknya kalau tadi tak pindahkan barang, memang kena basuhlah.
“Tak habis lagi ke basuh pinggan?”
Mamat ni tak boleh ke duduk jauh-jauh ha? Semak betullah.  Dahlah dekat meja makan tadi dok cerita pasal cucu.  Adrina tidak membalas.  Baik diam.
“Kau ingat tak apa yang dibincangkan dekat meja makan?” sudah! Dia mula nak ungkit pulak!
“Kau tak rasa ke kita patut tunaikan apa yang dipinta oleh mak dan ayah?”
Adrina buat bodoh dengan kata-kata Zahrif.  Mamat ni sengaja nak seramkan aku malam-malam ni.
“Kau dengar tak?” Adrina mendengus geram.
“Kau ni dah kenapa sebenarnya? Kau ingat tak yang kita ni kahwin bukannya atas dasar suka sama suka.” Adrina berlalu keluar dari dapur.
Namun, tangannya pantas direntap dan dia kembali menghadap Zahrif.
Zahrif memandang mata Adrina.  Entah kenapa malam ni aku tak boleh kawal.  Kenapa dengan aku ni? Kau dah jatuh sayang dekat Adrina ke Zahrif?
No! Kau baru je seminggu kahwin dengan dia dan mustahil kau dah jatuh sayang dekat dia.  Takkan secepat ini?
“Kau ni dah kenapa?!” Adrina merentap kembali tangannya.  “Kau dah gila ke Zahrif?”
“Adrina…aku…aku…”
Look.  Kalau pasal permintaan mak dan ayah, tunggu sampai aku ready dan sampai aku betul-betul sayangkan kau.  Aku tahu kau pun nak usik aku sebenarnya? Dahlah.  Aku nak masuk bilik…” Adrina pantas berlalu menuju ke biliknya.
Selepas mengunci pintu bilik, dia bersandar pada pintu.  Kenapa dengan Zahrif? Kenapa dia jadi macam tadi? Betulkah tekaan aku yang dia menyayangi aku? Ataupun hanya sekadar nafsu yang hadir pada waktu itu?

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now