Bab 12

13.1K 370 0
                                    

Adrina terjaga apabila terdengar bunyi alarm.  Eiii! Henset siapa yang bingit pagi-pagi ni! Aku nak lena pun tak senang! Adrina mencapai henset yang ada di meja kecil sebelah katil.  Ini henset Zahrif. 
Dia mematikan alarm tersebut lalu meletak kembali henset.  Dia beralih ke tepi.  Matanya segera terbeliak bila wajah Zahrif dekat sangat dengan dia.  Secara automatik jugak dia tertolak Zahrif hingga jatuh katil.
Zahrif mengerang kesakitan.  Mak doii! Dia ni mengigau ke apa sampai tolak aku segala? Mimpi WWE ke apa? Dia bangun dengan susah payah sambil mengurut pinggangnya yang rasa dah macam nak tercabut.
“Kau dah kenapa siot oiii? Mimpi gusti ke apa?” soal Zahrif dengan kerutan di wajahnya.
Alamak! Macam mana kau boleh lupa yang Zahrif ni suami kau? Aduhai! Nyanyuk betullah kau ni!
Sorry! Aku terkejutlah!” dia buat muka tak bersalah.
“Eleh! Terkejut.  Entah-entah kau mimpi aku cium kau?”
Erk! Euuu! Subuh-subuh ni dah blues eh? “Kau nak kena tendang sekali lagi?”
“Tak baik tendang suami.  Tapi, thanks jugaklah sebab tolak aku tadi.  Dapat jugak aku sembahyang Subuh.  Kau?”
Errr…aku? Isy! Malu aih nak cakap dekat dia! Takkan semua benda dia nak kena tau kot?
“Hoi! Aku tanya!”
Pagi-pagi dah hoi kan aku.  Haish.  “Errr…” seganlah!
“Apa err… err…??? Oh! Kau tak sembahyang Subuh eh? Dasar pemalas!”
Amboi! Senangnya dia buat assumption dekat aku.  “Aku period lah!” perkataan period disebut perlahan.  Esok last.
“Hah?” aduh dia ni! Pagi-pagi memang dia ni sejenis yang pekak badak eh? Takkan yang tu pun dia tak dengar?
Period!” jeritnya lantang. 
Zahrif menggaru kepalanya.  “Cakaplah awal-awal! Ini tak…period…” sengaja dia kenakan Adrina kembali.  Perkataan period disebut perlahan macam Adrina tadi.
“Semak arrr dia ni!” Adrina kembali sambung tidur.  Layan dia ni aku yang mengantuk lebih!
Tiba-tiba dia teringatkan Naura.  Aku report teruslah dekat Naura yang esok aku tak datang.
Dia mendail nombor Naura.  Panggilan pertama tak berjawab.  Dia cuba untuk kali kedua.  Panggilan bersambung.
Weyh Naura! Aku tak datang tau sekolah hari ni.”
“Kau ok tak Ina?” Naura dan geng-geng Zahrif je yang tahu pasal perkahwinan aku dengan Zahrif yang tiba-tiba tu.
“Aku ok.  Kau jangan risau eh?”
“Mahunya aku tak risau! Bila aku datang balik, tengok kau dah kena bebel dengan Ustaz Rahim.  Lepas tu, ibu dan abah kau dengan orang tua Zahrif pun ada.”
“Tak apa…aku boleh handle.  Tolong cakap dekat Akmal tau yang aku tak datang!”
“Ok…take care ok? Apa-apa kau cakap je dekat aku.”
“Ok…thanks Naura.  Oh ya, aku dengan Zahrif tak datang hari ni.”
“Ok!” talian diputuskan.  Adrina mengeluh.
Zahrif yang baru selesai mengaminkan doa menghampiri Adrina.  “Kau call sapa?”
“Lah…kau tak dengar ke aku sebut nama sapa tadi?” mustahil dia tak dengar.
“Aku khusyuk! Bukan macam kau!” eleh! Berlagak.  Sepak kang?
“Aku call Naura suruh dia cakap dekat Akmal yang kita tak datang hari ni.”
“Macam mana kau boleh ada dekat situ malam tu?” balik-balik soalan yang sama.  Ke dia ni sejenis yang bipolar?
“Kau tak faham bahasa ke? Nak aku speaking ke apa? Kan aku dah cakap yang aku cari kunci motor! Faham tak?!” berapa kali aku nak kena explain ni? 
“Kau pun satu! Dah pahal masa jatuh tu pi peluk aku segala?!” marah Adrina lagi. 
“Aku tak sengajalah bongok! Kau ingat aku hengen sangat nak peluk kau?”
“Aku tak kata pun! Dahlah, aku nak sambung tidur.” Adrina membaringkan kembali badannya.  Tidur lagi best!
Weyh!” alah dia ni.  Kacau arr!
“Apa?”
“Temanlah aku…”
“Teman apa?”
“Teman sembang!”
“Aku ngantuklah! Pagi karang arrr!” aku dok tengah mengantuk dengan penatnya.  Nak ajak bual.
Zahrif tanpa banyak tanya membaringkan badannya di sebelah Adrina.  Adrina mengesot ke tepi sedikit.  Tak selesa berdekatan dengan Zahrif.

SELEPAS melilit tudungnya, Adrina keluar dari bilik.  Zahrif? Hmmm…dok keroh lagi.  Bukan main Subuh tadi ajak aku sembang bagai.  La ni, hmmm dia yang dok lena lagi.
Adrina menuju ke dapur.  Agaknya apa yang ibu masak pagi ni? Dia menghampiri ahli keluarganya yang sedang menikmati sarapan pagi di meja makan.
“Wah! Sedapnya!” ada mi goreng.
“Abah…kejap lagi abah jadi tak keluar?” soal Adrina.  Namun, Encik Maamar hanya buat tak tahu.
“Abah?” Encik Maamar bangun berlalu pergi dari meja makan. 
Akibatnya? Adrina terasa dengan abahnya.  Kenapa abah tiba-tiba nak jauh dari aku? Apa? Sebab kes semalam? Nampaknya abah tak memahami dia.  Aku ingatkan ibu yang tak memahami aku tapi rupanya abah! Mulalah hati ni nak menangis.
“Dahlah…makan.” ujar Puan Salihah sekaligus menyerahkan pinggan berisi mi goreng kepada Adrina.
“Tak apalah ibu.  Tak lapar…” Adrina bangun menuju ke biliknya.
Dia menutup pintu perlahan.  Kalau aku tutup kuat-kuat, kang Zahrif kena heart attack pulak.  Dia duduk di kerusi meja solek.  Tanpa dipinta, air matanya mengalir di pipi.
Esak tangisnya kedengaran.  Walaupun esak tangisnya hanya perlahan tapi mampu menyedarkan Zahrif dari lenanya.  Zahrif mengesat matanya.  Dah pukul berapa ni? Dia mencapai jam loceng mickey mouse.  Dah 10.30 pagi?
Dia memandang ke arah Adrina.  Kenapa dia menangis? Pelik! Adrina bukannya seorang yang suka menangis sangat.
Weyh, kau kenapa menangis?” Adrina memandang Zahrif dari pantulan cermin.  Bila masa dia bangun.
Pantas Adrina mengelap air matanya.  Argh! Seksa betullah air mata ni.  Kalau dalam tu memang pink, air mata ni takkan berhenti mengalir.
Zahrif bangun lalu menghampiri Adrina.  “Kau dah kenapa menangis?” ini kali pertama Adrina menangis di hadapannya.
“Tak ada apa-apalah!”
“Bohong! Kau ni kalau menangis, mesti ada yang tak kena kan?” Adrina menggeleng lagi.
“Cakaplah.  Jangan bagi aku paksa kau!” Zahrif mula mengugut.
“Abah aku…”
“Abah? Kenapa dengan abah?”
“Dia marahkan aku.  Dia tak cakap dengan aku.  Bila aku cakap dengan dia, dia terus pergi.”
“Abah? Kenapa semalam ok?” Adrina menekup mukanya.  Cuba untuk tidak menangis lagi.
“Dahlah! Mungkin abah pun ada terasa dekat mana-mana tu.  Jangan risaulah.  Aku yakin abah tak marahkan kau pun.  Dia cuma terganggu dengan apa yang dah jadi.” Zahrif cuba memujuk Adrina.
Adrina menyeka air matanya lalu bangun dan beredar keluar dari bilik.  Aku tak selesa dekat dengan Zahrif.  Entah kenapa.
Amboi minah ni.  Menangis lepas tu blah macam tu je?
Adrina mengambil angin di luar.  Amalina sedang menyiram pokok manakala anak-anak kak longnya bermain dengan seronok.  Main aci ligan.
“Adrina!” ada seorang wanita yang agak berusia memanggilnya.
“Mak Cik Diah?” dah kenapa mak cik gossip ni panggil aku? Dia menghampiri Mak Cik Diah.
“Ada apa mak cik?”
“Kenapa semalam kamu terburu-buru sangat kahwin dengan lelaki tu?” aku dah agak soalan ni jugak yang dia akan tanya!

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now