Bab 64

10.6K 252 0
                                    

Dia membaca mesej tersebut dengan perasaan yang bercampur baur.  Kenapa Hatim boleh bercakap macam ni sekali? Ya Allah…kenapalah hati dia tu langsung tak boleh terima yang aku ni dah jadi isteri orang dah pun?

Tengku Hatim:
-Saya nak cakap yang saya memang cintakan awak Adrina.  Dari zaman kita sekolah lagi.  Tapi, bila saya dapat tahu yang awak dah kahwin dengan Zahrif, saya tak boleh terima.
-Jujur saya katakan Adrina yang sampai hari ni saya masih cintakan awak.  Saya tak boleh lupakan awak Adrina.  Tak kisahlah kalau di mata awak saya ni gila ke apa tapi saya memang tak boleh lupakan awak.

Sah! Dia memang dah mereng! Kenapa Hatim jadi macam ni.   Yang aku tak fahamnya, apa yang ada sangat dekat diri aku ni sampai dia naik gila punya suka dekat aku?
Apa yang mengejutkan Adrina apabila tiba-tiba sahaja Zahrif merampas telefonnya dari pegangan.  Naik cuak Adrina dibuatnya.  Mampus!
“Apa maksud ni?” bibirnya dikertap menahan rasa geram yang tiba di hati.
“Zahrif…kau jangan salah faham.”
“Apa?! Hey! Kau tahu tak mamat ni memang melampau betul! Dia kacau kau? Dia ni memang betullah!” telefon Adrina dibaling kasar ke atas katil.  Nasib baik bukan lantai.
“Zahrif! Dahlah! Jangan nak buat macam dulu lagi.  Jaga sama.  Jangan nak ikutkan hati kau tu je…” dia takut Zahrif akan jadi macam dulu lagi.
“Kau tahu tak dia kacau kau! Dia kacau isteri aku! Yang aku tak boleh terima bila dia cakap dia masih cintakan kau dan tak dapat terima yang aku dah kahwin dengan kau! Bangang betullah!” kali ini memang dia marah betul dengan Tengku Hatim.
“Aku tak nak kau chat lagi dengan dia! Kali ni memang aku tak benarkan! Kau faham tak?!” jerkah Zahrif betul-betul di hadapan Zahrif.
Tanpa Adrina sedar, ada air mata mengalir dari tubir matanya.  Zahrif marah seolah-olah dirinya pula yang salah besar.  Seolah-olah aku yang layan Hatim dan berikan Hatim harapan.
Memandang air mata Adrina yang mengalir, dia rasa bersalah pula.  Kasar sangat ke aku cakap tadi? Sampai Adrina boleh mengalirkan air mata pulak.
“Adrina…aku mintak maaf kalau kau terasa dengan apa yang aku cakap tadi?”
“Kenapa kau nak marah aku macam tu pulak? Aku tak tahu apa-apa kau tau tak?! Tak fair lah kalau kau marahkan aku sorang je!”
Tangan Adrina cuba dicapai namun dengan pantas Adrina melarikan dirinya.  Jauh sedikit dari Zahrif.
“Aku penatlah Zahrif! Aku penat dengan tuduhan melulu kau ni.  Apa? Kau nampak aku ni macam attract Hatim ke hah?! Kau pun kena guna otak jugak! Bukan kepala lutut!”
“Ok, aku mintak maaf.  Aku tahu aku salah.  Aku betul-betul mintak maaf.  Aku tak boleh nak kawal.  Aku tak bolehlah bila Hatim cakap dekat kau macam tu.  Aku…aku…”
“Dahlah.  Apa yang aku mintak kau jangan nak cepat melenting sangat.  Kau ingat aku ni sejenis yang melayan ke hah? Aku letih tau tak?!” fikir dia sorang je yang nak sakit hati, habis tu aku? Tak dikira pulak macam mana hati aku ni sakit?

KAKINYA laju melangkah ke arah Tengku Hatim yang sedak duduk di sebuah pondok berdekatan dengan pantai tersebut.
“Kau ni memang cari pasal eh Hatim?!” terus diterjahnya tanpa memberi salam. 
“Kau ni dah kenapa datang sini marah-marah?” soal Tengku Hatim bingung bila tiba-tiba dirinya disergah sebegitu rupa.  Sapa yang tak terkejut?
“Kau jangan nak buat-buat bodohlah Hatim! Aku tahu semalam kau chat dengan Adrina kan?!”
Soalan daripada Zahrif membuatkan lidah Tengku Hatim terkelu.  Adrina bagi baca ke?
Wait…macam mana kau tahu yang aku chat Adrina semalam?”
“Kau tak perlu tahulah aku tahu mana yang kau chat dengan bini aku semalam! Tapi, kau ni memang melampau! Kau tahu tak dia tu bini aku?! Bini aku yang selama ni kau kacau!”
“Zahrif, aku rasa tak perlu kot kau marah-marah macam ni.  Lagipun, chat je kot?”
Chat je kot? Hey! Aku bacalah apa yang kau hantar dekat bini aku! Saya masih cintakan awaklah kesemuanya! Itu apa?!” mukanya mula merah padam bila terkenangkan chat yang dihantar semalam kepada isterinya.
“Ok, ok.  I know it’s my mistake.  Kau jangan salah faham.  Aku…” percakapan Tengku Hatim dipotong oleh Zahrif.
“Apa?! Hey! Aku tak sangkalah yang kau akan berperangai macam ni! Kau ni Tengku Hatim! Kau ni ada maruah dan berkedudukan di tahap yang tinggi! Takkan benda macam ni pun kau tak boleh nak fikir hah?! Kau tak rasa ke perbuatan kau ni boleh menjatuhkan martabat keluarga kau?!” keras sahaja suaranya kali ini.
“Zahrif.  Aku tahu kau tengah marah sekarang ni.  Aku…”
“Tahu pun aku marah! Yang kau masih nak kacau bini aku tu dah kenapa?! Apa dah tak ada ke perempuan dalam dunia ni sampaikan kau nak rembat bini aku?!”
“Ok Zahrif! Aku jujur dengan kau yang sebenarnya aku memang cintakan Adrina! Sangat-sangat! Dari zaman sekolah lagi.  Tapi, aku tak boleh terima bila aku dapat tahu yang kau dah kahwin dengan Adrina!”
Naik berasap hatinya bila mendengar pengakuan dari Tengku Hatim secara live.  Sakit hati aku weyh!
“Kurang ajar kau!” hampir sahaja dia bagi penumbuk namun dengan pantas Azfar datang menghalang perbuatan Zahrif.
“Zahrif! Dahlah! Jangan nak buat kecoh dekat sini.  Ini tempat public kot? Settle dengan cara elok-elok lah?”
Ayat Azfar membuat Zahrif lagi berasap.  “Nak cakap elok-elok apa dengan mamat ni?! Buat semak!” Zahrif pantas beredar pergi.
“Zahrif?” sapaan Encik Saiful Zahri langsung tak diendahkannya.  Puan Zuhaira dan Encik Saiful Zahri saling berpandangan antara satu sama lain.
“Dah kenapa anak kita tu?” soal Encik Saiful Zahri sambil memandang anaknya yang berjalan pergi.
“Adalah tu tak kena dengan angin dia…” Puan Zuhaira turut pelik dengan perangai anaknya.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now