Bab 1

32.9K 610 1
                                    

Kelas 5 Khadijah.

Suasana dalam kelas tersebut bising dengan riuh-rendah gelak tawa pelajar di dalam kelasnya. Alah, diorang bukan heran sangat pun dengan kata-kata cikgu.  Dah nama pun dok kelas belakang.
Kalau sekalipun mereka buat baik, cikgu tak akan pandang.  Cikgu hanya memandang kelas yang hadapan je.  Separa hadapan kerling je.  Hmmm
Ustaz Khairuddin melangkah masuk ke dalam kelas.  Sekarang waktu pembelajaran Pendidikan Syariah Islam.  Memang best.  Sebab apa? Sebab Ustaz Khairuddin ni dia bukannya hipokrit macam ustaz lain.
Ustaz Khairuddin ni kalau dia nak kata, dia kata je.  Lagi satu dia ni pandai buat lawak.  Sebab tulah bila masa dia ajar, kami tak pernah jemu.  Ustaz Khairuddin dan Ustazah Janna jadi cikgu yang paling kami suka.
Ustazah Jannah ajar dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah.  Dia tak pernah hipokrit jugak.  Dia memahami kelas kami.  Cikgu yang lain tu pandai mengata je.  Malah, ada yang doakan keburukan untuk kelas kami.  Sakit hati kan?
Turn to page wasiat.” tengok? Ada pulak Ustaz Khairuddin cakap macam tu?
“Hari ni kita belajar pasal wasiat.  Ustaz rasa dekat sini semuanya kaya-kaya kot kan? Mesti tau pasai wasiat!”
“Eh! Mana ada ustaz!” sahut satu kelas.
“Kalau macam tu, kamu semua tak boleh nak rembat duitlah jawabnya!” satu kelas ketawa.  Ada ja dia nak kata.
“Baiklah…wasiat dari segi pengertian…” dan bla…bla…bla
Sambil dengar Ustaz Khairuddin mengajar, sambil tu kami buat nota.  Walaupun duduk di kelas last, tapi kami rajin buat nota ok! Jangan pandang rendah.
Kring!!! loceng berbunyi tanda waktu rehat dan waktu Ustaz Khairuddin dah pun habis.  Semuanya menyimpan buku nota dan kertas latihan yang diberikan oleh Ustaz Khairuddin.
“Syukran ya Ustaz!” ucap ketua kelas.
“Syukran ya Ustaz!” satu kelas mula melangkah keluar ke kantin bila Ustaz Khairuddin mula berarak keluar dari kelas.
Adrina, Naura dan Nani menuju ke kantin.  Mereka mengambil makanan.  Selepas membayar harga makanan dan minuman, Adrina mengambil tempat di meja kosong.
Naura menghampirinya bersama Nani.  Ketika makan, Adrina perasan yang ada seseorang menghendapnya dari hujung blok sekolah dengan geng.  Sapa lagi kalau bukan Tengku Hatim?
Masalah betullah mamat ni.  Sikit-sikit nak mengendap aku! Tak ada kerja lain ke? Kenyang sangat ke kalau mengendap aku?
Weyh Adrina! Kau pandang apa?” soal Naura apabila Adrina masih belum menyentuh makanannya.
“Tak ada apa-apalah.” Adrina mula makan.  Kalau aku tak makan, Naura akan tanya aku macam-macam.
Di sana pula,
“Hatim! Kau gilalah nak mengendap macam ni.  Jomlah pergi makan!” suara Azim.
“Yelah! Perut aku pun dah lapar!” Akmal pula bersuara.
“Yelah!” Hatim berjalan beriringan bersama Azim dan Akmal ke kantin.
Adrina menarik nafas lega bila Hatim dah blah dengan Azim dan Akmal.  Gila betul jantan ni.  Ini kalau pengawas perempuan nampak, memang habislah.  Bukan aku tak tahu, pengawas perempuan sekarang ni dah jadi penyibuk.
Penyibuk tak bertauliah.  Nak tunjukkan tahap disiplin dioranglah konon walhal diorang pun sama je macam budak biasa.  Ada jugak yang kapel! Berlagak baik konon.  Ceh!
“Aku nampak Tengku Hatim tadi dekat hujung blok tu.  Dia dok tengok area sini.  Entah sapa yang dia cari.” tudia! Kan aku dah cakap? Baru je aku kata.  Alah, walhal yang kata tu sebenarnya suka dekat Tengku Hatim.  Macamlah aku tak tahu.
Bila Tengku Hatim lalu, mata tu kembang je.  Yelah! Tengku Hatim kan tinggi, ada pangkat Tengku.  Muka boleh tahan lawa.  Tapi, aku tak heran pun dengan semua tu.  Buat apa? Bukan boleh bawak mati pun.
“Apasal diorang kira cakap pasal Hatim je ni?” soal Nani.  Dia turut tak senang bila pengawas asyik mention pasal Hatim.  Sebab apa? Sebab Hatim kan ada hati dekat Adrina.
“Kau tak takut ke Adrina?” soal Naura pula.
Adrina mengerutkan dahinya.  “Kenapa pulak aku nak takut?”
“Yalah! Kan ada yang tahu si Tengku Hatim tu crush kan kau.  Tak takut ke kalau diorang pi cakap dekat cikgu disiplin?”
“Buat apa aku nak takut? Aku dengan Tengku Hatim tu mana ada special relationship pun.” Adrina meneguk air sirapnya.
Aku ni dahlah comot, tak cantik langsung.  Chubby! Mungkin nak capai tahap obesiti kot.  Eh! Taklah!
Loceng sekolah berbunyi tanda waktu rehat sudah pun habis.  Adrina, Naura dan Nani terus menuju ke kelas.  Adrina duduk di tempat duduknya.
Zahrif datang menghampirinya.  Pelik! Sebab Zahrif ni agak yang pemalu tapi boleh datang ke tempat perempuan?
“Nah…” see? Muka Zahrif dah merah.  Memang dia akan cepat blushing.
“Sapa bagi?”
“Hatim!”
Ergh! Hatim? Dia ni kan!! Geram pulak aku.  Zahrif kembali ke tempatnya.
Adrina membuka lipatan surat lalu membaca isi kandungannya.

Assalamualaikum…
       Sorry kalau surat ni buat kau rasa terganggu.         Tapi aku ada benda nak cakap dengan kau.  Aku       nak cakap dekat kau yang aku sebenarnya sukakan      kau walaupun aku tahu yang kau takkan balas apa      yang aku rasa.  Tapi, aku harap satu hari nanti kau     balas perasaan aku.

Eiii! Ayat! Memang tak boleh blah! Alamatnya? Adrina mengoyakkan kertas tersebut ke cebisan kecil.  Lalu kertas itu dibuang ke dalam tong sampah.  Malas aku nak layan cinta monyet macam ni.
“Surat apa tu weyh?” soal Naura ingin tahu.
“Tak ada apalah.” malas aku nak jawab.  Aku tak nak benda ni berlarutan.  Lagipun dalam kelas ni ada yang mulut besar kalah tasik. Sikit-sikit report! Huh!

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now