Bab 57

10.3K 265 0
                                    

Akmal hanya memandang Tengku Hatim yang sedang mengacau airnya.  Mamat ni.  Tadi bukan main sangat order cendol.  Cendol depan dia tu pun tak terusik lagi.
“Woi!” Akmal menepuk kuat meja di depan Tengku Hatim menyebabkan Tengku Hatim terkejut besar.
“Kau ni pehal? Nak bagi aku mati cepat ke apa?” marah Tengku Hatim.
“Aku nak bagi kau cepat sedar! Bro…cendol tu pun dah tak larat tau tengok muka bom kau tu.  Kalau dia boleh cakap, aku yakin dia akan cakap makan aku cepat! Tak larat tengok muka toya kau tu!” seloroh Akmal sambil menghirup kuah cendolnya.
“Tak seleralah bro…” katanya sambil bermain dengan kuah cendol.  Ada pulak dia main dengan kuah cendol tu?
“Apa yang tak seleranya? Bro, kau tahu tak kuah cendol tu memang menyelerakan kau tahu tak? Lebih-lebih lagi yang kaler hijau tu.  Memang menyerlah lah! Kalau kau tak nak, bagi akulah! Aku nampak cendol tu memanggil aku,” tangannya mula menarik mangkuk cendol Tengku Hatim.
Tengku Hatim menampar tangan Akmal yang ingin menarik mangkuk cendolnya.  Dia menarik kembali mangkuk cendolnya lalu makan cendol tersebut.
“Kau ni…aku tahulah kau crush kan si Adrina tu tahap 50 tapi kau tak bolehlah terus-terusan nak crush kan Adrina tu sebab dia dah jadi bini si Zahrif tu,” Akmal menyedut air teh aisnya.
“Aku tak boleh lupakan dialah…kau tahukan aku dah 3 tahun crush kan dia…”
Akmal menepuk dahinya.  Inilah masalah si Tengku Hatim! Terlampau setia sangat sampai macam ni jadinya.
“Tengku Hatim! Look.  Kau ada gaya kau tersendiri.  Aku faham perasaan kau tapi takkan selamanya kau nak mengharap Adrina?” gilalah mamat ni.
Maybe?” tuturan Tengku Hatim membuatkan Akmal naik darah.
“Hatim! Please lah move on.  Ini bukan Tengku Hatim yang aku kenal tau! You’re too different!”
“Ok…aku tahu aku salah tapi tak salahkan kalau aku tetap menunggu dia?”
Eiii! Aku rasa macam nak simbah je cendol ni dekat kepala si Hatim ni.  Bagi dia sedar sikit apa yang dia buat ni salah.
“Hatim.  Kau jangan jadi bodoh sangat boleh tak? Kalau kau berterusan macam ni, aku sure Adrina pun takkan suka dengan apa yang kau buat!” Akmal merengus kuat.  Entah kenapa perangai Hatim dah berubah.
“Akmal, kau tak tahu apa yang aku rasa.  Aku masih sayangkan dia tau.  Tak mungkin aku akan lupakan dia…”
“Hatim! Kau sayang dia ada batas! Sesama Islam it’s okay tapi kalau sebab lain dan kau ada angan-angan nak rampas dia dari Zahrif, I’m sorry man.  Aku kena out from your way.  Aku tak rasa yang aku akan bersekongkol dengan kau.  Kalau aku tahu kau nak buat macam tu, aku takkan mengaku kau ni kawan aku lagi,” kali ini Akmal memang nekad.
Aku faham first love yang datang ni memang susah nak dibuang dari hati tapi orang tu dah jadi isteri orang dan tak mungkin kita boleh rampas sesuka hati mengikut kehendak nafsu.

USAI menjamah makan malam, dia kembali ke bilik.  Tubuhnya dibaringkan di atas katil dan menyambung kembali bacaan novelnya.  Rasanya tak boleh hidup kalau tak baca novel.  Ceh!
Zahrif melangkah masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat Isyak.  Alang-alang waktu pun dah masuk, buat apa kita nak lengahkan masa kan? Baik solat awal-awal.  Kalau terjadi apa-apa nanti, taklah kalut dah.
Selepas mengaminkan doanya, dia melipat sejadah lalu diletakkan di penyidai.  Zahrif mengambil tempat di sebelah Adrina.
“Dahlah tu baca novel.  Tak nak ke balik?” soalnya sambil memegang kaki Adrina yang sejuk.
“Kau nak balik ke?” Adrina pula menyoal Zahrif sambil matanya masih tertancap pada isi-isi novel tersebut.
“Aku rasa aku nak spend time masa sikit dekat sini.  Kau tak nak ke spend time masa dengan abah?”
Pertanyaan Zahrif membuatkan Adrina hilang tumpuan membaca novelnya.  Novel dialih ke tepi sambil memandang wajah Zahrif.
“Entahlah…” aku tak ada jawapan untuk soalan dia tadi.
“Tak apalah.  Aku nak keluar kejap eh?” Zahrif menepuk perlahan kaki Adrina sebelum bangun menapak keluar dari bilik.
Dia mengambil tempat di sebelah Encik Maamar.  Sejak tadi, abah asyik tengok tv je.  Tak bosan ke? Sekarang ni tengok berita je.
Hmmm Zahrif.  Mana Ina?”
“Ada dalam bilik tu.  Baca novel…”
Encik Maamar menggeleng mendengar jawapan menantunya.  Perangai hantu novel tu masih tak mampu dibuang.  Ina…Ina…
“Ina dengan Zahrif macam mana? Ok?”
Zahrif menarik nafas dalam-dalam.  “Alhamdulillah abah…ok dah sekarang ni.”
“Tak ada dah sikap ganas dia tu?”
Zahrif tertawa kecil.  “Adalah sikit abah.  Kadang-kadang saya usik dia memang dia kick lah kan?”
Encik Maamar tersenyum kecil.  Mesti Ina dah banyak berubah.  Mesti Zahrif banyak membantu ubahkan Ina sekarang ni.
“Dia masak tak untuk Zahrif?”
“Dia masaklah jugak abah.  Setakat yang dia terdaya untuk masak jelah.  Alhamdulillah abah, masakan dia makin ada improvement.  Tak adalah terkurang ke terlebih garam.”
“Kalau kamu nak tahulah Zahrif, Ina tu orang yang paling pemalas nak masak tau? Dulu pernahlah ibu heret dia masuk dapur, tapi last-last dia dapat larikan diri jugak.  Punyalah tak nak masak kan?”
“Sampai macam tu? Hmmm…tapi sekarang dia nak lari pun tak bolehlah kan? Siapalah nak bagi suami ni makan kan kalau dia tak masak?” Encik Maamar ketawa kecil.
Adrina keluar dari bilik lalu mendapatkan ibunya yang sibuk menyediakan air teh.  Untuk abah dengan Zahriflah tu.
“Ibu…” dia mencapai biskut gula di dalam balang lalu mengunyahnya perlahan-lahan.
Hmmm…? Ina, ibu nak tanya.  Bila Ina nak bagi ibu dengan abah cucu?”
Serta-merta dia tersedak ketika menelan biskut tersebut.  Dia mencapai air kosong lalu diteguk rakus.  Wah! Ibu ni suka betullah mengeluarkan nuklear tanpa amaran.
“Ibu ni…bagilah signal ke apa dulu.  Ini tak.  Terus je race.  Manalah tak sedak orang ni!” Adrina tayang kerutan di wajahnya.
“Taklah…ibu nak pulak dapat cucu daripada Ina.”
“Ibu ni…agak-agaklah.  Kan ibu dah nak dapat cucu dari kak long.  Rileks arr!” dia kembali mengunyah biskut gula tersebut.
“Ibu bukannya apa Ina.  Kalau boleh, ibu nak jugak tengok kamu bahagia dengan Zahrif…”
“Ibu ni…” sebak aku mendengarnya. 
Insha-Allah ibu…kalau ada rezeki, Ina akan mengandungkan cucu untuk ibu.  Tak lama lagi ibu.  Alah! Aku memang tak sabar pun nak dapat baby sendiri.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now