Bab 56

10.5K 248 0
                                    

Penat berjalan-jalan di sekitar kawasan London, Sara mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.  Malaslah nak berjalan-jalan sekarang ni.  Aku rasa letihlah pulak.
Sampai di depan rumah, kunci dibawa keluar dan pintu dibuka.  Dia melangkah masuk ke dalam rumah.  Pintu rumah dikunci.  Krukk…perutnya berbunyi tanda lapar.  Amboi! Perut ni lapar lagi?
Hmmm…aku nak makan apa eh? Sara melangkah menuju ke dapur.  Sampai di dapur, dia ternampak sticky note yang terlekat kemas pada peti ais.  Surat apa pulak ni?
Sara,
    Mama dengan papa tak sure kami akan     balik pukul berapa.  So, mama dah siapkan    makanan untuk Sara.  Mama dah perapkan    ayam.  Jadi, Sara perlu goreng jelah ayam tu.   Nasi mama dah masak.  Jangan tunggu mama   dan papa ok? Love you.
Mama.

Hmmm…nampaknya mama dan papa akan balik lambat lagi hari ni.  As usual lah kan? Sara membuka peti ais lalu mencapai bekas ayam.  Dibiarkan ayam menjadi lembut dahulu.  Kalau aku goreng sekarang, alamatnya melecurlah kulit aku ni.
Selepas memastikan ayam tersebut bukan dalam keadaan beku lagi, dia mula menggoreng ayam tersebut.  Setakat goreng ayam ni apalah sangat kan?
Selepas selesai menggoreng ayam, dia mencedok nasi lalu membawa bersama ayam yang telah digoreng tersebut dan makan dengan penuh berselera.

ADRINA keluar dari bilik bersama Zahrif.  Zahrif menggenggam tangan Adrina bagi menghilangkan rasa gemuruh di hati Adrina.  Dia tahu Adrina sekarang mesti takut hendak berhadapan dengan abah.
Mata Encik Maamar tertancap pada anaknya yang sedang berjalan bersama Zahrif menuju ke arah mereka.  Wajah yang dirinduinya sejak dahulu lagi.  Semuanya kerana kesilapannya.
“Abah…” ujarnya perlaha-lahan.
“Kenapa balik?” soal Encik Maamar tegas. 
Adrina terasa di situ.  Nampaknya, abah memang tak perlukan aku rupanya.  Aku ingatkan dengan kehadiran kek tu, hati dia lembutlah sikit.
“Kenapa baru balik sekarang? Bukan sebelum dulu lagi?” Adrina mengangkat muka bila abahnya berkata begitu.
Emmm…abah dah tak marahkan Ina lagi?” soalnya takut-takut.
“Mestilah abah marah! Dahah tak balik jenguk kami selama 8 bulan!” Zahrif pula tersenyum mendengar kata-kata abahnya.
Sorry abah…” wajahnya ditundukkan.
“Dahlah…tak payah nak fikir sangat.  Jom makan? Tak sabar nak makan kek pilihan Ina ni kan?” ujar Encik Maamar mengambil hati anaknya.
Adrina tersenyum kecil.  Namun, dia terasa bahunya dikuis.  Dia melihat Thaqif di sebelah.  Mamat ni nak cari gaduhlah tu?
“Anak kesayanglah tu…” kan? Dia ni memang suka cari pasal.
“Eleh! Jeles!” balas Adrina sambil buat mata julingnya. Tajam.
Semuanya menikmati makanan yang telah disediakan oleh Puan Salihah.  Sedapnya memang hingga menjilat jarilah kan?

TENGKU Hatim menilik gambar Adrina di telefonnya.  Rindunya dia nak menatap wajah tersebut.  Namun, sayang semuanya dah lenyap.  Adrina dah pun jadi milik kepada Zahrif.
Aku tahu tak berguna pun aku berharap pada Adrina.  Adrina dah jadi milik sah Zahrif.  Dan mungkin mereka berdua dah saling mencintai sekarang.  Aku tahu Adrina dan Zahrif disatukan dalam keadaan yang tidak rela.
Tapi, tak mustahilkan perasaan cinta tu hadir dalam senyap-senyap walaupun kedua-duanya saling membenci? Aku crush kan dia dah nak dekat 3 tahun tapi perasaan aku langsung tak dibalas.  Aku tahu Adrina bukannya sejenis yang suka couple ataupun berkawan rapat sangat dengan lelaki.
Ralit dia memerhatikan gambar Adrina sampailah ada yang menelefonnya.  Nama Akmal tertera di skrin.  Dia menjawab panggilan tersebut.
Hello?” suaranya penuh tidak bersemangat.
Hello bro.  Kenapa ni suara lemah lain macam je ni? Demam ke?” soal Akmal di talian.
“Tak adalah.  Aku rasa macam tak ada semangat…”
Akmal mendengus di talian.  “Ini mesti pasal Adrina lagi kan?”
“Lebih kuranglah…”
Bro! Wake up! Kau kena terima hakikat kot yang Adrina tu dah jadi milik Zahrif.  Fakta kot! Come onlah! Banyak lagi perempuan yang boleh kau buat bini.”
But no same as her bro…”
Kata-kata Tengku Hatim menguatkan lagi dengusan Akmal di talian.  Apa kebengap sangat kawan aku ni?
“Apa yang tak samanya? Woman? Semuanya sama.  Jantina sama cuma mungkin attitude tak sama.  Kau nak attitude macam mana Hatim?”
“Entahlah…”
Bro…kau tahu tak berdosa tau mengharapkan isteri orang.  Wake up bro.  Kau kena move on your life.  Tak bolehlah nak mengharapkan Adrina je.  Kalau dengar dek Zahrif ni, tak ke kau kena rimbuk free je?”
“Yelah…ok.  Dahlah.  Janganlah leter.  Bosanlah aku dengar leteran kau ni…”
“Kalau kau bosan, jom ikut aku keluar.  Kita makan cendol ke apa.  Jom!”
“Tak ada mood…malas.”
“Tengku Hatim! Please! Jangan nak ikutkan sangat perangai malas kau tu.  Siap sekarang! Aku ambik kau! Cepat! 15 minutes from now.  Kalau kau tak siap jugak, aku tak kira.  Aku akan heret kau la tu jugak!”
“Ok fine!” Tengku Hatim memutuskan talian lalu bangun dari katil dengan perasaan malas.  Kalau boleh, aku nak terperap je dalam bilik.  Tak nak keluar ke mana pun.

PUAN DIAH membuka pintu bila loceng rumah berbunyi. Siapa yang datang ni? Dia memerhati gerangan yang berada di luar pagar.  Dia tersenyum ke arah Akmal yang melambaikan tangan ke arahnya.
Dia menekan punat gate di belakang pintu rumah.  Gate terbuka dengan sendirinya.  Akmal melangkah masuk ke dalam rumah Puan Diah.
“Hah Akmal.  Nak jumpa dengan Hatim ke?” soal Puan Diah.
“Ye mak cik.  Ingatkan nak bawak dia keluar jalan-jalan kejap.  Takkanlah nak biarkan dia duduk dalam bilik tu je?”
“Tulah…elok jugaklah kalau Akmal bawak si Hatim tu jalan-jalan.  Mak cik pun risau tengok dia asyik terperap je dalam bilik.  Entah apa yang dia buat dalam bilik tu mak cik pun tak tahu.”
Akmal memandang ke arah kelibat Tengku Hatim yang sedang berjalan menuju ke arah mereka.
Hmmm…ingatkan kau mereput lagi dalam bilik tu.  Jomlah! Mak cik, kita orang pergi dulu eh?” Akmal menyalami Puan Diah.
“Mama, orang pergi dulu…” katanya selepas menyalami Puan Diah.
Senang hati tuanya bila melihat Hatim akhirnya mahu jugak keluar dari rumah.  Selama ni memanglah dia ada keluar rumah tapi itupun kejap je.  Dia akan keluar kalau aku suruh dia beli barang dapur sikit.
Hatim…Hatim…apalah yang difikirnya sampai nak keluar rumah pun susah?

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now