Bab 28

11.2K 295 1
                                    

Adrina pantas masuk ke dalam biliknya.  Geram dengan Zahrif punya hallah.  Ada patut dia nak cium aku dekat warung tu! Sungguh tak masuk dek akal.  Dah lama tak minum asid agaknya.
Zahrif memandang Adrina yang berlari naik tangga menuju ke biliknya.  Marahkan akulah tu.  Sapa suruh cabar aku? Kan dah nak kena tadi.  Tapi, yang sebetulnya bukan betul pun.  Gila apa aku nak cium dia depan orang ramai? Malu weyh!
Zahrif duduk di sofa ruang tamu sambil membuka tv.  Tengok pilah apa yang ada.  Hari ni hujung minggu.  Bosan.  Esok aku dengan Adrina dah nak masuk sekolah.  Kena prepare muka siap-siap.
Aku yakin.  Start masuk je gate sekolah tu, pasti ada mata yang akan memandang mereka dengan pandangan sinis.  Aku yakin! Mesti Zafa ada bagitahu kawan-kawan dia pasal kejadian tadi.  Huh…mulut perempuan.  Jangan kata apa.  Semuanya nak digosipkan.  Kononnya mereka ni wartawan yang bertauliah.
Zahrif mengeluarkan telefonnya.  Amboi! Ada miss called daripada ayah.  Ada jugak mesej dari ayah.  Mesej ayahnya dibuka.
Ayah: Zahrif…call ayah balik.
Nak suruh aku call balik? Ada hal yang mustahak sangat ke ayah nak cakap dengan aku? Macam pelik je.  Zahrif membuka contact lalu nombor ayahnya didail.
Panggilan bersambut.  “Assalamualaikum ayah?”

MEREKA berkumpul ramai-ramai.  Semuanya pakat nak dengar news tentang Adrina dan Zahrif daripada si mulut Zafa ni.  Dia ni memang suka bawak mulut betullah.
So? Betul ke kau jumpa Adrina dengan Zahrif tadi?” soal Kaira tak sabar. 
“Yelah.  Korang tahu tak, bila aku persoalkan diorang kan? Korang tahukan si Zahrif tu pemalu kan?” semuanya mengangguk.  “The best part is semalam dia berani bertentang mata dengan aku dan back up Adrina!” dia buat suara ala-ala excited.
What?!” semuanya seolah-olah tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Zafa tadi.  Zahrif back up Adrina?
“Aku adalah cakap yang Adrina dan Zahrif dah gitu-gitu kan? Zahrif marah gilalah.  Dan aku pelik bila Adrina tenang je bila dia bidas aku.”
“Peliklah.  Tapi, biarlah.  Diorang nak cover macam mana pun tak boleh dah.  Sebab apa? Sebab dah kantoi!” tambah Kaira pula.  Dia ni memang penambah perisa fitnah.
“Tapikan…korang rasa apa yang Sara cakap tu boleh pakai?” dan semuanya diamkan diri pula.  Mungkin terfikir jugak.
“Mungkin?” kata Ju pula.
“Tapi aku takut kalau kita percaya apa yang Sara cakap, kita pulak akan jadi tukang sembur fitnah…” hah! Kau tahu pun takut wahai Zafa oi! Tadi masa cerita, kau tak rasa pulak nak takut ke apa?
“Tulah kan? Bukannya kita tak tahu yang Sara tu sebenarnya terhegehkan Zahrif.  Tak mustahil kan kalau cerita pasal Adrina dan Zahrif tu dia boleh reka kan? Manalah kita tahu apa yang terjadi dekat Adrina dan Zahrif adalah sebaliknya?” sambung Maira pula.
“Aku rasa kita kena stop buat spekulasi pasal Adrina dan Zahrif…kita kena cari cerita yang sebenarnya.  Kita kena dengar penjelasan daripada Zahrif dan jugak Adrina.  Lepas kita tahu daripada diorang, barulah kita boleh pertimbangkan balik apa yang Sara cakap…” tambah Maira lagi.
Semuanya mengangguk.  Ada betul jugak kata-kata Maira ni.  Dalam grup mereka, hanya Maira sahaja yang berfikiran positif.  Yang lain semuanya hampeh.  Negatif kesemuanya.

ZAHRIF berlari ke bilik Adrina.  Pintu itu dibuka tanpa diketuk dahulu.  Adrina yang tidak bertudung terkejut dengan kehadiran Zahrif terus menyorok di belakang almari.
“Dah kenapa kau terjah bilik aku suka hati kau je?!” marah Adrina sambil memakai tudung Ariani di kepalanya.
Pack barang kau dan pindahkan ke bilik aku.  Ayah dan mak nak datang!”
“Hah?! Sekarang ke?” aduh! Dahlah bilik aku ni berselerak.
“Taklah! Esok! Sekarang lah! Cepat!”
“Ok!” Adrina pantas keluar dari persembunyiannya dan membuka almari.  Semua baju dimasukkan ke dalam beg.  Semuanya ditimbun je dalam beg.
Selepas baju habis dikemas, Adrina menyerahkannya kepada Zahrif yang tercegat depan pintu.  Zahrif patntas menyimpannya dalam almari.
Minyak wangi, berus gigi, segala jenis barangnya dibawa keluar dan dia keluar dari bilik.  Kebetulan pula Zahrif keluar dari bilik dan dia mereka berlanggar antara satu sama lain.
Habis barang Adrina terpelanting.  Aduh! Sakit punggung aku dibuatnya.  Mamat ni pun dah nak keluar bagilah hon ke apa dulu.  Ini tak!
“Kau ni! Bagilah signal ke hon dulu.  Habis terabur barang aku!” Adrina mengutip semuanya dan pantas meletakkannya di dalam bilik Zahrif.
Ting tong! Ting tong! Loceng rumah bunyi.  Zahrif dan Adrina berpandangan.
“Mak ayah!” sebut mereka serentak.
“Kau turun pergi bukak pintu.  Aku nak kemas bilik aku tu!” Adrina menuju ke biliknya.  Novelnya yang berterabur semuanya diambil dan disusun elok di atas meja solek.
Nanti kalau mak atau ayah tanya, pandai-pandailah aku jawab.  Jawapan dah tersarang dalam otak.  Otak kena berjalan.
Selepas memastikan semuanya sempurna, dia turun ke ruang tamu.  Adrina menghadiahkan senyuman pada orang tua Zahrif lalu Adrina bersalaman dengan mereka.
“Mak dan ayah datang tak bagitahu awal-awal.  Kalau tak, Ina dah masak sikit…” kata Adrina.  Kenalah sopan gitu. 
“Kau pandai masak ke?” Zahrif memerlinya kembali.  Adrina cuma menjeling tajam.
“Tak apalah.  Mak dan ayah ni datang nak jenguk anak bertuah ni.  Manalah tahukan dia buat benda tak elok pulak dekat kamu ni…” ujar Puan Zuhaira sambil memerhati Zahrif.
“Mak ni, kira nak kenakan Zahrif depan menantu kesayangan mak ni eh?” Zahrif buat muka tak puas hati. 
“Sekali sekala kan? Kamu dengan Adrina macam mana? Ok duduk dalam rumah ni?”
Dua-duanya saling memandang satu sama lain.  “Emmm…ok sangat!” balas Zahrif sambil menyepak kaki Adrina perlahan.
Adrina menjeling Zahrif.  Suka hati dia je nak sepak kaki aku eh? “Ok je mak.  Zahrif ni pandai buat lawak!” perli Adrina mengundang rasa geram di hati Zahrif.
Oh…kau nak memerli aku pulak? Siaplah kau!
“Kamu dua ni kalau tak gaduh memang tak sah! Zahrif, kamu dah nak sekolah esok.  Ok ke?” soal Encik Saiful Zahri sambil memandang anaknya.
Errr…dah ready kot ayah? Alah, nak kena hadap orang-orang yang mulut memang tak boleh blah ni, memang macam tulah!”
Ye ke dia dah ready? Entah esok sampai sekolah, muka tu merah je nak hadap orang!
“Ina macam mana pulak?” soalan dituju kepadanya pula. 
“Oklah kot.” balas Adrina selamba.
“Kalau ada apa-apa masalah, kamu bagitahu je ayah.  Ayah akan bincang dengan pengetua sekolah kamu…” dua-duanya hanya mengangguk.
Ini sampai nak bincang dengan pengetua.  Care betullah ayah ni.  Namun, bila dia teringatkan abahnya…hatinya jadi tawar.  Entah kenapa aku kecik hati dengan abah.  Sampai sekarang aku masih tawar hati dengan abah.
Dia tahu aku tak bersalah dalam hal ni tapi dia menghukum aku seolah-olah memang aku yang memerangkap Zahrif supaya berkahwin dengan aku.  Entahlah.  Aku malas nak fikir semua ni.  Aku rasa macam tak guna.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now