Bab 68

13.1K 284 2
                                    

Azfar melangkah masuk bersama beg baju di tangannya.  Dah memandangkan Zahrif nak berkampung dekat hospital, so dia bawaklah baju spare.  Takkanlah sampai bila-bila dia nak pakai baju yang sama? Habis awek lalat datang dekat dia.
Dia memandang Zahrif yang lena beralaskan tangannya di sisi katil Adrina.  Hmmm…budak ni! Sofa ada tak nak tidur dekat sofa.  Beg baju bersama beg berisi makanan diletakkan di atas meja kecil berdekatan kepala katil Adrina.
Dia menepuk perlahan bahu Zahrif.  Kalau kejut kuat-kuat, kang menjanda pulak si Adrina ni.  Dua tiga kali tepuk, Zahrif mengangkat kepalanya.  Zahrif memisat-misat matanya.  Rasa berat.
Dia menoleh ke sebelah.  Naik terkejut Azfar bila melihat mata sembab adiknya.  Mai aii! Ini kalah bumper jalan ni.  Berapa tan dia menangis semalam sampai cenggini punya sembabnya?
“Kau dah kenapa?” soal Zahrif bila Azfar memerhatinya dengan tak berkedip.
“Berapa banyak baldi semalam kau guna untuk tahan air mata kau tu?” ini kalau mak nampak atau ayah, tak ke mamat ni kena bebel?
“Aku tadah 10 baldi semalam.  Semuanya full.  Nasib baik tak banjir…” dalam sedih, sempat lagi berloyar buruk.
Azfar pula mencebik meluat.  Sempat lagi buat lawak bodoh dekat sini.
“Ni…aku ada bawak baju dengan makanan untuk kau.  Pergi mandi, gosok pipi apa semua lepas tu makan! Mak risaukan kau…”
Hmmm…” pandangannya kembali melekap pada Adrina yang masih tidak sedarkan diri.  Lena je.
“Sudahlah Zahrif.  Kau tak bersalah pun dalam hal ni. Benda dah nak jadi pun.  Bukan kehendak kau dan Adrina benda ni nak jadi.”
“Tapi tetap aku rasa bersalah.  Disebabkan akulah benda ni terjadi.  Disebabkan akulah Adrina terlentang lemah dekat sini…”
“Apa kau cakap ni? Bukannya salah kau pun.  Kau tak sengaja kan?” tak nak adiknya berfikir yang bukan-bukan.  Di saat-saat macam ni, memang fikiran tak waras sikit.
“Tetap salah aku…”
No! Bukan salah kau! Please lah Zahrif.  Fikir positif! Janganlah disebabkan benda-benda macam ni kau asyik nak salahkan diri kau.  Ini jugak macam kau salahkan takdir!” parah kalau macam ni je kelakuan dia.
“Bukan macam tu tapi dia mengandung! Dia mengandung anak aku.  Anak aku mati macam tu je disebabkan kesilapan aku.  Kau rasa?”
Wait! Kau ni! Cakap tu biarlah ada wifi sikit.  Jangan skema sangat.  Anak tu datang dari mana? Cuba kau cakap?”
“Akulah!” takkan datang dari pokok pulak kalau bukan aku yang bersama Adrina.
“Amboi! Hello! Anak kau tu datang dari Allah dengan keizinan-Nya.  Kau kena fikir tu.  Kalau ditakdirkan anak kau hanya datang sekejap je dalam rahim Adrina, so? Apa yang boleh buat? Kau kena redha! Redha! Faham ke idok?”
“Huh…”

PINTU wad ditolak perlahan.  Kakinya menapak masuk ke dalam wad tersebut.  Sebenarnya dalam hati takut-takut sebenarnya.  Manalah tahu kedatangannya langsung tak diundang.
Zahrif memandang ke arah gerangan yang menapak ke arahnya.  Pandangannya dilarikan ke arah tersebut.  Matanya membulat bila melihat gerangan yang datang.  Buat apa dia datang sini?
“Zahrif…” ujarnya perlahan. 
“Apa yang kau nak?! Kenapa kau datang sini?! Kau nak bunuh isteri aku ke?!” ujarnya penuh emosi.
“Tak…aku datang nak jenguk Adrina.  Aku nak mintak maaf jugak dengan apa yang jadi.”
“Kau nak apa dari dia sebenarnya?!” kalau ikutkan hati aku yang sebal ni, nak je aku tumbuk muka dia ni.
“Aku tak nak apa-apa…” makin menebal rasa bersalahnya.
“Habis tu?! Kenapa kau merayu-rayu dekat dia hari tu! Apa yang kau rayukan sangat pada dia tu?!”
“Aku…aku…”
“Cakaplah!” kali ni muka Zahrif bertukar menjadi bengis.  Mukanya mula kemerahan menahan marah. 
“Aku…”
“Apa yang susah sangat kau nak cakap hah?! Kau cakaplah! Apa yang kau cakap dengan Ina hari tu?!” lembab betullah minah ni nak cakap pun!
“Aku mintak dia berkongsi kau untu aku.”
Ayat yang keluar dari mulut Sara membuatkan darahnya naik menyirap sampai tahap 200 d/c.  Ayat tu memang kurang ajar!
“Hey! Kau ni dah gila ke hah?! Cakap dekat Ina macam tu? Kau ni ada otak ke tak?! Kau dengar sini eh? Aku ni sampai bila-bila takkan terima kau jadi isteri aku sebab aku dah cintakan Adrina! Dan sebab kau jugaklah aku hilang anak aku!”
Jerkahan itu menyebabkan Sara menikus.  Tambah-tambah lagi bila dapat tahu anak mereka sudah tiada.  Ya…semuanya salah aku.  Kalau bukan kerana aku merayu dekat Adrina, semuanya pasti takkan jadi.
“Sekarang ni, apa yang aku tahu kau perlu jauhkan diri kau dari Adrina! Aku tak nak kau dekat lagi dengan Adrina!”
Amaran yang keluar dari mulut Zahrif membuatkan Sara rasa dirinya tak berguna lagi.  Baik aku pergi je dari jadi orang yang tak berguna.  Aku merayu, melutut macam mana pun aku takkan dapat Zahrif sampai bila-bila.
Dia pantas melangkah keluar dari wad lalu duduk di kerusi hospital.  Berteleku sebentar seorang diri.  Kenapa aku buat macam tadi tu? Kenapa aku perlu kacau hidup mereka? Apa yang kau dah buat ni Sara?
“Sara?” suara lelaki menegurnya.  Sara mengalihkan pandangannya melihat gerangannya.
Feruz? Dia buat apa dekat hospital ni?
“Feruz?”
Hmmm…kau buat apa datang sini?” soalnya lalu mengambil tempat di sebelah Sara.
“Aku datang melawat Adrina…” jawabnya lemah.
“Zahrif tak marah?” Sara melemparkan senyuman tawar.
“Tunggu lagi dia tak marah? Dia dah marah aku pun.  Herdik semuanya ada.  Tapi aku tak kisah sebab semua tu memang salah aku.  Kalau aku tak ganggu Adrina kelmarin, memang semua ni tak jadi.”
“Dahlah tu.  Tak payah nak fikir sangat.  Kau balik berehatlah.”
“Memang aku nak kena balik pun sebab malam nanti aku akan ikut mama dan papa aku balik ke London.  Aku akan stay dekat sana.”
“Oh…”
“Oklah…aku balik dulu.  Kirim salam aku untuk Zahrif dengan Adrina ya?” dia bangun dari tempat duduknya.
“Ok…” Sara bingkas berlalu keluar dari hospital.  Feruz pula segera bangun dan melangkah masuk ke dalam wad menempatkan Adrina.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now