Bab 25

12K 318 0
                                    

Zahrif menepuk belakang Feruz menyebabkan Feruz tersedak ketika minum air.  Nasib baik aku tak tersembur.  Hesy! Dia ni kalau tak tepuk aku, memang tak sah! Kurang ajar Zahrif ni.
“Kau ni nak bagi aku mati awal ke?” Zahrif memandang Feruz dengan pandangan yang aku ada kisah?
Feruz menggigit bibirnya geram.  “Apahal nak jumpa aku ni?” Feruz menyedut air teh o ais limau di dalam gelasnya.
Weyh…aku nak tanya kau.  Apa yang kau bual dengan Adrina hari tu?” Feruz mencebik.  Dasar kaki nak tau!
“Kau nak buat apa nak tahu? Itu antara skandal aku dengan bini kau je.  Kau mana boleh tahu…” Feruz buat muka nakal.  Hahaha…aku nak tengok kau ni macam mana sebenarnya.
Zahrif tak senang duduk.  Skandal? “Feruz! Kau jangan main-main eh?”
Feruz ketawa.  “Rileks arrr bro.  Kau ingat aku ni gila sangat ke nak rembat bini kau hah? Aduh! Yang kau ni gelabah dah pehal? Emmm…kau dah mula sayang dekat Adrina eh?” saja nak sakat si Zahrif ni.  Mamat ni bukan tak tahu.  Pangkat EGO dia tu memang tinggi.
“Mana ada kau! Aku dengan Adrina kahwin paksa eh dan tak ada perasaan cinta langsung.  Kau jangan nak macam-macam,” mana mungkin aku dengan Adrina akan bersatu.
“Kau ni Zahrif…pilih sangatlah.  Aku rasa Adrina tu dah cukup cun dah untuk jadi isteri kau.  Kau dan dia sama-sama comel.  Dia chubby, dan kau pun boleh tahanlah nak sado jugak.  So? Come on lah Zahrif.  Kau tak takut ke kau akan terlepas dia nanti?”
Wey Feruz.  Aku datang ni nak sembang dengan kau tau.  Bukannya suruh kau ni kerja menyakat aku.”
“Zahrif, aku bukannya nak sakat kau ke apa tapi aku cakap benda yang kenyataann.  Tengoklah…dia isteri kau tau? Memang kau tak sukakan dia tapi kau jangan sisihkan dia.  Kesian dekat dia tau.”
Wait! Kau ni cakap macam kau ni dah kahwin?”
“Tak ingat ke PSI? Memanglah tak ada tapikan hari tu ceramah masa form 5 yang hanya untuk lelaki.  Kan dalam sekolah kita pun dah ada yang berkahwin selain kau.”
“Sapa?”
“Kau tahu tak Din kelas 5A tu?” Zahrif mengangguk.
“Dia dah kahwin tau.”
“Kau biar serius?!”
“Ye tapi tak ada sapa yang tahu.  Aku ni pun dapat tahu sebab aku terdengar daripada kawan baik dia hari tu.”
Wow! Biar betul! Dengan sapa?”
“Aku tak tahu tapi bukan dengan budak sekolah kitalah…”
Power arrr Din! Dah kahwin dalam senyap.  Tapi, kenapa Din kahwin tiba-tiba? Ini pelik! Aturan keluarga ke? Argh! Apa-apa jelah.
“Kau tahu tak Adrina adalah ngadu dekat aku yang kau ini kau itu…kau tak baiklah!”
Zahrif mengertukan dahinya.  Mengadu? Pandai dah nak mengadu! “Dia mengadu apa?”
“Tak kisahlah apa pun tapi cara kau tu tak eloklah Zahrif.  Dia tu isteri kau dan aku tahu dia tu di tahap bawah kaki kau Zahrif.  Yes, basically and normally kau ni husband dia tapi as a husband, kau tak boleh nak buat benda ikut suka hati sebab kau ketua keluarga and you have the power.”
“Jadi?”
“Bila kau buat macam tu, nampak sangat macam kau ni dayus.  Pondan! Kau takut Adrina buat itu buat ini.  Bro, kau tahu tak? Adrina takkan buat pasal kalau kau tak buat pasal.  Cukuplah dia dah kena buang dengan ayah dia.  Kau janganlah nak buat benda yang sama.  Kau sebagai suami, kau kena bimbing dia.  Bukannya nak judge dia disebabkan kejadian malam tu je.  Aku tahu kau masih form 5 dan masih mentah nak jadi suami misali.  But, kau kena try something new.  Something different dalam hidup kau selepas menjadi suami.  Aku tahu kau ada cakap yang Adrina punca semua ni kan? Kononnya Adrinalah yang plan semua ni kan?”
Wait! Macam mana kau tahu? Aku tak cerita dekat kau.  Adrina yang cerita?”
“Adrina tak cerita tapi aku tahu kaulah Zahrif.  Kau fikir kau tak bersalah dalam hal ni.  Lepas tu, kau letakkan kesalahan di atas bahu Adrina.  This is not fair bro.  Dia ada hati dan ada perasaan.”
“Tapikan malam tu kan aku dapat surat yang konon-kononnya daripada kau.  And sapa yang tulis lagi kalau bukan dia?”
“Ya Allah dia ni! Aku tak sangka kau memang foolish di tahap teruk macam ni.  Kau tak rasa ke ada orang yang nak memerangkap kau dengan Adrina? Kau jangan main tuduh macam tulah dekat Adrina.  Adrina cakap dia nak ambik kunci motor dan lama tu satu sekolah dan jugak rumah taman yang lain blackout.  Dan telefon dia tak berfungsi.  Dalam masa yang sama, kau pun ada.  Kalaulah aku dengan Adrina masa tu, aku rasa benda yang sama akan berlaku.”
“Kenapa kau back up Adrina eh? Kau sukakan dia?” pelik.  Back up Adrina lebih ni?
“Aku memang back up dia sebab aku dah sekelas dengan since form 1 sampai sekarang and I know her.  Dia ni hati pink.  Masa form 1 kami usik sampai dia menangis.  Dan mustahil hati dia yang pink tu akan buat benda-benda macam ni.  Kau tahu tak hati perempuan ni kalau kita dah guriskan sikit, terkoyaknya banyak.  Kau mintak maaf macam mana sekalipun, dia takkan pandang.”
Weyh…kau ni.  Nak takutkan aku ke apa? Lek arr…aku tahu Adrina tu takkan rasanya punya macam tu.  Dia tu hati batu.” nak sedapkan hatilah tu.
Hahaha…kau cakap dia hati batu? Yes.  Fizikal dia kita tengok wow kalau dia bidas lelaki tapi dalam masa yang sama hati dia pink.  Perempuan ni sekental mana pun dia, dia akan menangis jugak.  Dan, aku tak nak kau sakitkan hati Adrina sebab aku rasa she’s suit for you.  Dia ni the best.  Dia tak pernah merungut untuk sesuatu.  Aku bukannya nak bodek tapi this is the fact.”
“Kau sure ke apa yang kau cakap ni Feruz?”
“Ye…aku sure dengan apa yang aku cakap.  Kau tengoklah.  Sekali kau sakitkan hati Adrina, kau tengoklah apa yang dia boleh buat.  Kau jangan menyesal dah masa tu dan kau terhegeh-hegeh datang nak mintak nasihat aku sebab aku dah pun bagi tazkirah panjang dekat kau.  Terserah dekat kaulah sama ada kau nak dengar atau tak.”
“Tapi, kalau bukan Adrina, siapa lagi?”
Feruz menggaru kepalanya.  Serupa nak tercabut segala kepala.  Kalau boleh, rambut pun luruh.
“Kau ni kenapa ting tong sangat?! Kau tak pernah fikirkan Sara ke?!” aku dah tahap geram dah ni!
“Sara? Maksud kau?”
“Sara kan tergilakan kau! Kau cuba pikir logik sikit.  Mungkin malam tu surat tu dia yang tulis.  Kau tak perasan ke tulisan tu terlampau lawa sangat? Mustahil tulisan aku! Kau ni! Aduh…! So, secara teknikal daripada semua ni salah kau jugak.  Bukannya kau tak kenal tulisan aku.”
Zahrif terdiam.  Yelah! Kenapalah aku tak perasan tulisan dia malam tu? Ya Allah! Apa maksud semua ni?

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now