Bab 39

11.6K 305 2
                                    

“Aku dulunya ada adik perempuan.  Nama dia Farah.  Dia adik perempuan yang kami ada.  Hari tu dia cakap dia nak keluar main dekat taman.  Tak apalah.  Ayah dan mak bagi kebenaran tapi waktu tu aku tak teman dia sebab aku ada kerja.  Waktu tu kita PT3.  Aku busy study mula tu.”
Zahrif menarik nafasnya.  Bukan senang aku nak imbaskan balik perkara yang dah berlaku.
“Sampai Maghrib, adik aku masih tak balik-balik.  Dia selalunya balik dalam pukul 6 macam tu.  Tapi, sampai ke malam tak balik.  Mak dan ayah suruh aku dengan abang Azfar pergi cari.  Bila dekat sana, tak ada sapa.  Aku try contact nombor dia tapi tak berangkat.”
Adrina pula mendengar cerita Zahrif dengan penuh tanda tanya.  Aku tak sabar nak tahu apa yang berlaku selepas tu.
“Aku dengan abang Azfar cari jugak.  Sampailah aku dengan abang Azfar terjumpa dia sembunyi dekat warung Mak Cik Biah.  Kau tahu kan? Kedai ais kacang kegemaran Feruz kan?” Adrina mengangguk.
“Kami jumpa dia dekat situ dengan tudung ke mana dan baju dia pun terkoyak rabak.  Keadaan adik aku waktu tu memang macam orang baru habis berperang.  Abang Azfar try tanya dia tapi Farah asyik menangis.  Farah rapat dengan aku dan aku orang pertama yang tahu apa yang dah jadi dekat dia lepas bawak dia balik ke rumah.”
“Dia terperap 24 jam dalam bilik tu dengan makan apa pun tak.  Malam tu, aku masuk bilik dia.  Adik aku kira menangis.  Aku cuba pujuk dia dan tanya apa yang dah jadi.  Tapi, aku terpandangkan kesan luka di tangannya dan juga ada kesan gigitan di leher adik aku.”
“Mulanya aku tak nak fikir bukan-bukan.  Aku tak nak fikir yang adik aku dirogol walaupun aku punya firasat kuat mengatakan yang adik aku memang dah dirogol.  Aku cuba pujuk dan pujuk…lepas tu baru Farah cakap yang dia kena rogol betul!” Zahrif menyeka air matanya.
Dia masih terbayang wajah Farah yang sayu ketika itu.  Hati aku tak kuat.  Adrina yang memandang Zahrif menangis turut terkesan. Adik sendiri dirogol kan?
“Siapa rogol dia?” aku tak faham zaman sekarang ni! Suka sangat main-main dengan anak dara orang.  Pergilah terkam dekat Chow Kit tu.  Punyalah berlambak tempat nak melempiaskan nafsu.
“Kau tahu orangnya.  Aku benci nak sebut nama dia.  Sebab dia adik aku mati.  Lepas Farah bagitahu aku yang dia memang kena rogol dengan setan tu, esoknya aku jumpa dengan setan tu.  Kau tahu tak? Setan tu buat muka tak bersalah malah gelakkan aku dan cakap aku tak pandai nak jaga adik!” Zahrif menggenggam penumbuk.
Kalau boleh, memang aku nak bunuh dah si setan tu tapi bila aku fikirkan mak dan ayah, aku batalkan niat.  Aku tak kisah kalau aku masuk penjara sekalipun janji kesakitan yang dia berikan kepada adik aku dulu dah terbalas!
Setan? Aku rasa aku tahu siapa gerangan setan tu.  Aku yakin sangat dia orangnya.  Siapa lagi kan kalau bukan Naim? Patutlah waktu aku pergi jogging dekat taman, dia asyik kacau aku.  Rupanya nak body.
“Bila dia tak mengaku, aku memang ajar dia cukup-cukup sampai dia lebam berbirat semua habis satu badan.  Aku takkan lepaskan dia waktu tu sampailah dia mengaku yang dia rogol Farah.  Aku jadi gila waktu tu sampai aku hampir rogol adik dia pulak.  Aku nak adik dia jadi tebusan lepas apa yang dia buat dekat adik aku.”
Dia nak rogol adik Naim? Biar betul Zahrif ni?
“Kau…”
“Ya! Aku hampir nak rogol adik dia! Aku jadi gila bila dia buat macam tu dekat adik aku.  Aku sakit Adrina…aku sakit bila adik yang aku sayang diperlakukan macam tu.  Nasib baik waktu tu abang Azfar sedarkan aku.  Kalau tak…aku tak tahulah macam mana.”
Muka Zahrif dah merah akibat menangis.  Mata hidung semuanya sekali.  Ini pertama kali aku tengok Zahrif menangis teruk macam ni sekali.  Kalau aku, mungkin aku buat benda yang sama sebagai seorang lelaki?

“Kau nak tahu adik Naim siapa sebenarnya?” pertanyaan Zahrif buatkan Adrina berasa ingin lebih tahu. 
“Siapa? Aku kenal?” suara Adrina penuh tanda tanya.
Hmmm…musuh kau.” perkataan musuh itu sudah cukup bermakna untuk Adrina.  Dia maksudkan ialah…?
“Sara?” lambat-lambat Zahrif mengangguk.
“Sebab tu Sara kacau kau?”
“Ya…tak apalah.  Sekarang ni dia takkan kacau aku dah.  Kalau kau nak tahulah, punyalah teruk nafsu si setan tu kan? Sara dah pernah jadi mangsa dia jugak.  Hebat tak setan tu?” Zahrif buat-buat ketawa walhal fikirannya masih terarah kepada adiknya.
Sebak rasanya bila mengenangkan nasib adik aku dulu.  Farah…aku mintak maaf sebab tak dapat jaga kau dulu.
“Kejap…macam mana Farah boleh meninggal?”
Zahrif mencapai tangan Adrina lalu digenggam erat.  Mungkin ingin sedikit kekuatan.  Adrina hanya membiarkan sahaja tangannya digenggam oleh Zahrif.
“5 bulan lepas tu dia dah ok tapi dia menjadi tak tentu arah bila dia dapat tahu yang dia mengandung 2 minggu.  Habis satu biliknya berselerak dengan barang-barang dia.  Aku cuba tenteramkan dia tapi aku pulak yang kena tempias dia.  Dia tampar pipi aku ni.”
“Mak ayah tahu?”
“Mak ayah tahu.  Mak ayah pun turut geram dengan perlakuan si setan tu.  Nasib baik waktu tu Naim budak sekolah dan ayah tak buat report dekat polis.  Petang tu, Farah hilang kawalan lalu dia lari keluar dari rumah.  Nasib dia tak baik bila ada sebuah kereta langgar dia di depan simpang padang bola tu.  Dan…adik aku mati dekat situ jugak.”
Tanpa Adrina sedar, dia mengusap perlahan belakang Zahrif.  Turut merasa simpati dengan keadaan Zahrif.  Aku pun tak boleh bayang apa yang jadi dekat aku bila aku duduk di tempat Farah ataupun Zahrif.  Dah gila gamaknya aku ni.
“Dah 2 tahun adik aku tak ada…” air mata mengalir lagi di pipi Zahrif.
Mungkin terlalu kasihankan Zahrif, Adrina menarik Zahrif masuk ke dalam pelukannya.  Kepala Zahrif diusap perlahan.  Gaya seorang ibu memujuk anaknya.
Namun, rasa terbit sedikit rasa kurang senang bila dia dapat tahu orang yang hampir dirogol oleh Zahrif dulu ialah Sara.  Kenapa Sara si gedik tu jugak?
Aku yakin yang Sara satu hari nanti akan menggunakan kenyataan yang hampir berlaku di antaranya dan Zahrif dulu sebagai senjata untuk mendapatkan Zahrif. 
Aku tak boleh biarkan benda-benda macam tu.  Kalau terjadi, aku macam mana? Mana mungkin aku nak serahkan Zahrif senang-senang macam tu je dekat Sara.
Aippp? Tak nak serahkan Zahrif kepada Sara? Apa maksud kau Adrina? Kau dah mula sukakan Zahrif ke? Entahlah…kadang-kadang aku rasa dia ni comel bila dia blushing.  Hahaha
“Kau ni memang berciri-cirikan seorang ibu eh?” tiba-tiba suara Zahrif menjelma.  Dia memandang Zahrif yang sedang terpandang ke arahnya.
“Maksud kau?” aku dalam keadaan blur dia tambahkan lagi blur aku ni.
“Yelah…cara kau nak pujuk aku tadi tu kan? Macam seorang ibu…nampaknya kau ni memang dah boleh jadi ibu,”  Zahrif tersenyum nakal ke arah Adrina membuatkan Adrina menjauhkan diri daripada Zahrif.
“Kau ni tak boleh nak bagi aku ni jadi baik kejap kan? Ada saja nak naikkan darah aku? Haish!” dasar gedik tak bertempat. 
“Yang kau nak gelabah sangat ni kenapa? Kau rileks dah arrr.  Takkanlah aku nak tuntut hak aku yang belum tentu jadi hak aku lagi kan?”
“Tahu pun!” Adrina bingkas keluar daripada bilik.  Kalau aku duduk lagi dalam tu, apa entah yang dia nak buat dekat aku ni.
Ketika dia turun ke bawah, abang Azfar segera menyapanya.  Takut adik dia tu buat benda yang tak eloklah tu dekat aku.
“Zahrif macam mana? Dia ok? Dia tak  buat Ina ke?” soal Azfar dalam keadaan risau.
“Ina ok.  Along janganlah risau ok?” Azfar dan Adrina saling tersenyum.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now