Bab 31

11.2K 320 0
                                    

Selepas memakirkan motornya, Adrina terus menghilangkan diri ke kelas.  Sengaja aku datang dalam pukul 6.45 pagi.  Aku tak nak terserempak dengan sapa pun.
Zahrif pun datang sama dengan aku.  Tapi, motor lain-lain arrr.  Kami masuk ke dalam kelas.  Adrina meletakkan begnya di kerusi lalu duduk.  Kalau nak lena, masih sempat ni tapi entah.  Aku rasa tak mengantuk pula.
“Wey!” Adrina menoleh memandang Zahrif.  “Kau rasa kita kena turun pergi perhimpunan pagi tak?”
“Kenalah.  Alah, buat biasa sudahlah…” sejujurnya aku pun berdebar.  Rasa macam nak lari pergi tandas.
“Assalamualaikum!” tiba-tiba suara pengetua kedengaran.  Adrina dan Zahrif berdiri tegak.  Terkejut dengan suara pengetua.
“Waalaikumussalam…” dua-dua tak berani nak pandang pengetua.  Adrina pun jeling sekilas je.
“Macam mana? Kamu berdua ok ke datang ke sekolah?” dua-duanya mengerutkan dahi.
“Maksud ustaz?” semuanya di sini panggil pengetua dengan panggilan ustaz.  Sebab pengetua ni cikgu jugak.
“Saya tahu berkenaan hal kamu berdua ni.  Saya faham kamu berdua mesti tak bersalah dalam kes hari tu kan? Cuma, saya nak tanya sejujurnya.  Kamu berdua memang tak buat benda tu?”
“Betul ustaz!” jawab mereka serentak.
“Baiklah…sebab saya dengar daripada seorang pelajar yang mengatakan kamu berdua ni memang saling sama suka.  Dan buat benda tu dalam dewan terbuka.”
Ada orang bagitahu ustaz yang aku dengan Adrina saling sama suka dan buat benda tu dalam dewan terbuka? Apa jangan-jangan Adrina?
“Sapa ustaz?” soal Adrina ingin tahu.
“Saya yakin yang kamu kenal mereka berdua tu…”
“Sara?” suara Zahrif.  Adrina turut mengatakan perkara yang sama.  Tapi, tak pasti.
“Ya…saya dengar daripada mulut dia.  Tapi, saya tak boleh nak percaya bulat-bulat sebab mungkin ada fakta atau auta.  Sebab itu, saya tanya kamu berdua.”
“Tak apalah ustaz.  Kami ok je.  Lagipun, biarlah si Sara tu.” balas Adrina dalam mood yang tidak senang.
“Yelah…tapi demi kesenangan kamu berdua, ustaz rasa baik kamu tak payah turun ke perhimpunan pagi sebab dalam keadaan cerita kamu berdua yang dah tersebar, ustaz tak rasa yang kamu berdua akan duduk dalam keadaan senang dalam perhimpunan tu.”
“Jadi, kami tak payah turunlah ni?”
“Tak payah…kalau ada pengawas yang suruh turun ke apa? Cakap aje yang ustaz perintahkan kamu berdua tak payah turun ke dewan.”
“Baiklah…terima kasih ustaz!” Adrina dan Zahrif memampang senyuman gembira.
“Tak turun pun…jangan buat sweet atas ni ye?” pesan pengetua.
“Mana ada ustaz!” balas mereka berdua serentak.  Pengetua tergelak melihat mereka berdua lantas meminta diri untuk beredar.
Hallo hallo hallo! Pengantin baru!” sapa Naura dengan muka tak boleh blahnya.
“Kau fikir elok panggil aku macam tu?” Adrina mencubit kuat lengan Naura.  Naura mengaduh sakit.
“Aku rindu kat kaulah weyh! Ni, Zahrif ada buat apa-apa tak kat kau?” Naura buat muka nakal.  Zahrif cuma mengerling.  Kalau aku layan, makin melampau.
Sekali lagi lengannya jadi mangsa cubitan Adrina.  “Kau ni? Kalau mulut tu bagi suci sikit boleh tak? Ini tak…nak mengotor je kerjanya.”
Hehehe…kau sekarang ni dah makin sensitif eh? Entah dah berisi…” kepala Naura ditolak kuat.
“Gila kau!” Naura ketawa kuat.  Lama tak tengok Adrina marah.
“Oh…pengantin baru ada dekat sini?” daripada gelak tawa bertukar jadi senyap bila mendengar suara Sara.
Zahrif memandang Sara dengan pandangan maut.  Ha! Mulut celupar ni datang dah.  Tunggut sat.  Kau tengok hidup kau lepas ni macam mana.
“Eh, eh.  Tiba-tiba pulak ada nenek kebayan di sini.  Dah datang tak bagi salam.  Lepas tu, nak mengata orang.  Dahlah langsung tak diundang!” Naura mengenakan Sara.  Dah lama aku sabar dengan minah ni.
“Kau dah kenapa? Yang kau nak terasa pehal?” Sara mula tak berpuas hati dengan Naura.
“Eh! Aku tak terasa tapi aku membela kawan aku yang tak bersalah ni.  Kau ingat aku tak tahu kau punca semua ni?!”
Zahrif memandang Naura dan Sara silih berganti.  Naura tahu? Apa yang Naura tahu.
“Apa kau cakap ni?!” Sara mula rasa tergugat.  Pagi-pagi yang suci ni pun aku dah rasa panas.
“Kau ingat aku tak tahu yang kau upah budak form 3 untuk hantar surat konon-kononnya Feruz nak jumpa Zahrif malam tu kan?!”
Degupan jantung Sara makin laju.  Macam mana Naura boleh tahu?
“Kenapa kau diam?!” tengking Naura.  Adrina yang disebelah hanya mendiamkan diri.
“Kau jangan nak main tuduh sembarangan eh! Kau ada bukti?”
“Ada! Kau jangan ingat aku tak ada bukti! Aku ada rakaman malam tu kau yang suruh si Fatin hantar surat dari kau kepada Zahrif! Aku ada bukti semuanya.  Cuma, aku tak tunjuk je dekat guru disiplin sebab apa? Aku nak tengok apa mainan kau lagi!”
Zahrif mengeluh lega.  Nasib baik aku kena tangkap dengan Adrina dan bukan Sara.  Kalau aku kena tangkap dengan Sara malam tu, memang habislah aku.
“Kenapa kau tak cakap dekat aku?” soal Adrina seakan tak puas hati.  Dia boleh dok diam je?
Sara yang tak puas hati dengan Naura terus keluar dari kelas tersebut.  Jahanam punya Naura!
“Rileks! Weyh…yang kau nak emosi sangat ni kenapa?”
“Habis tu?! Kau nak aku sengeh macam kerang busuk bila dapat tahu kau ada bukti? Kenapa kau tak tunjuk je dekat guru disiplin?!”
Wooo…kejap! Lek luh…dengar ni eh? Aku saja je kenakan dia tadi.”
“Huh?”
“Ye! Aku kenakan Sara kononnya aku rakam apa yang dia buat malam tu.  Aku tak ada bukti apa pun cuma yang aku tahu budak form 3 nama dia Fatin.  Sara suruh Fatin pergi hantar surat tu dekat Zahrif.”
“Kau serius ke ni?” giliran Zahrif pula bersuara.
“Ye!” aku tengok muka dia ni macam serius. 
“Kalau macam tu, aku nak jumpa Fatin kejap lagi.  Lepas perhimpunan, boleh tak kau cakap dekat Fatin yang aku nak jumpa dia?”
“Ok…boleh!” Zahrif angkat thumbs up.  Aku nak dengar sendiri daripada mulut Fatin.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now