Bab 24

10.9K 304 0
                                    

Ok…hari ni ialah hari yang membosankan.  Aku nak keluar pergi taman pun kena naik motor.  Kalau macam dekat rumah ayah atau abah, aku jalan kaki je.  Senang.
Adrina memandang kuali di atas dapur gas.  Apa yang aku nak masak eh? Apa yang mamat ni makan pagi-pagi? Kalau aku masak pedas-pedas, kang mamat tu cirit pulak pagi-pagi.
Kalau aku…aku makan roti bakar je ataupun roti celup telur lepas tu bakar.  Ataupun scramble egg.  Tapi, mamat ni ada ke nak makan macam menu yang aku cakap tu? Kalaulah aku masak menu-menu aku tu, entah dia nak makan ke tak.  Kalau dia tak makan, membazir je.
“Hah! Ini yang termenung dekat dapur dah kenapa?” sergahan daripada Zahrif membuatkan tanpa sengaja Adrina mengetuk kepala Zahrif menggunakan sudip yang dipegangnya.
“Aduh! Sakitlah woi! Kau dah kenapa?!” boleh benjol terus kepala aku.  Sikit punya kuat di ketuk!
“Padanlah muka kau! Yang dah sergah aku dah kenapa? Kerana mulut badan binasa!”
“Amboi! Sesedap hati kau eh buat pepatah macam tu.  Kau tak rasa ke kerana perbuatan kau, badan binasa? Hmmm?”
Dia ni dah kenapa nak menggoda segala? Makin lama makin gedik eh?
“Kau jangan nak macam-macam eh? Aku ketuk kepala kau sekali lagi? Mau?” dia buat gaya nak ketuk kepala.
“Dah! Daripada aku yang nak cerdik ni, jadi bengong terus! Kau nak masak apa?”
“Kau nak makan apa?”
Zahrif mengetuk-ngetuk dagunya.  Apa yang aku nak makan eh? Aku rasa macam nak makan roti.
“Kalau kau buat ala-ala western boleh tak?”
“Maksud kau?”
“Kau masak telur buat scramble egg lepas tu kau buat ala-ala western lah.  Letak sayur…mayonis…”
Emmm…tak palah.  Kau pergilah mandi apa dulu.  Aku buat kejap…”
Emmm…cepat!”
“Eh! Suka hati dia je! Yelah!” Adrina mula memecahkan telur sebanyak 3 biji dan menggorengnya serta mengacaunya sehingga hancur.
Selepas telur digoreng sehingga menjadi hancur, dia menutup api lalu telur-telur dicedok dan diletakkan dalam mangkuk.  Sementara menunggu telur sejuk, dia mengeluarkan mayonis dan jugak salad.  Tomato? Oh tidak! Aku tak sukakan tomato! Eyek!
Roti gardenia diambil lalu diletakkan salad.  Telur diletakkan diatas salah dan kemudiannya mayonis.  Kemudian, roti diapik dengan satu lagi roti gardenia.
Adrina mengulangi apa yang dibuatnya tadi sehinggalah telur habis.  Dan semuanya siap! Ada pun 5 roti je yang mampu buat.  Aku harap mamtu tu kenyanglah!
“Dah siap?” soal Zahrif bila turun ke dapur.
“Dah!” Zahrif melihat roti ala-ala western yang dipintanya tadi.
Perfect! Jom arr makan.  Aku lapar arr…” Zahrif membawa pinggan berisi roti dan dibawa ke meja makan.
Adrina membawa air yang dah dibancuhnya dan diletakkan ke atas meja makan bersama dua mug.  Aku tengok Zahrif dah makan dah roti tu.  Entah baca doa ke tak.  Tahulah lapar tapi bacalah doa dulu.
Adrina mencapai satu roti dan memakannya.  Zahrif dah masuk dua.  Amboi? Sedap sangat ke sandwich buatan isteri ni?
“Janganlah gelojoh sangat makan tu!” tegur Adrina.  Aku tengok sikit lagi kalau gelojoh, memang dia akan mati tercekiklah alamatnya.
“Nampak gelojoh ke?”
“Adalah jugak…” Adrina menyuap suapan terkahir.  Ergh…ini pun aku dah kenyang.
Zahrif meneguk air lalu mencapai satu lagi roti.  Maknanya dah 3 dia makan? Dahsyat gila Zahrif ni?
Weyh Zahrif.  Kau lapar sangat ke?” soal Adrina bila tengok Zahrif ni makan macam orang gelandangan.
“Taklah tapi sedap!” aku kembang 5 saat.  Hahaha…setakat sandwich yang tak berapa western sangat ni sapa pun boleh buat.
“Kau habiskanlah semua.  Aku nak basuh kuali kejap…” Adrina bangun bersama mug lalu menuju ke dapur.  Kuali dan mug nya dibasuh.
“Alhamdulillah!” ucap Zahrif bila perutnya memang tahap full nak meletup dah ni.  Gilalah! Aku makan banyak betul.
“Kau memang makan banyak eh?” soal Adrina apabila dia mengambil pinggan dan mug Zahrif.  Gila betul mamat ni makan kesemuanya.
“Agaklah…”
“Patut perut buncit!” kata Adrina selamba.
“Apa kau cakap?”
“Perut buncit!” kata Adrina lagi sambil membasuh pinggan.  Tak peduli dengan jelingan maut si Zahrif ni.  Tak heran!
“Aku nak keluar nak jumpa dengan Feruz kejap…”
“Bukan Feruz ke sekolah ke?”
“Tak…dia ceng hari ni.  Kalau kau nak keluar, kau keluarlah.”
Emmm…” malaslah nak keluar.  Duduk rumah baca novel lagi best!
“Aku keluar!”
“Ye!” selepas membersihkan dapur, Adrina menuju ke bilik Zahrif.  Bila dia masuk…
Masya-Allah! Bersepahnya! Memang dia ni spesis tak reti nak kemas katil ke apa? Dia memandang katil.  Berselerak betullah. 
Dia mengemaskan apa yang patut.  Baju pun dia main campak macam tu je? Pengotor betullah mamat ni.  Nama pun lelaki kan? Baju-baju Zahrif dikutip lalu diletakkan dalam bakul.
Bakul dah sedia ada tapi saja nak lempar merata.  Katil yang berselerak dikemas segera.  Bantal pun sampai masuk bawah katil.  Kata aku yang tidur ganas.  Dia pun naik sama kaki je!
Selepas mengemas bilik Zahrif, Adrina kembali ke biliknya.  Novel dibawa keluar dari begnya lalu membacanya.  Lagi best dari aku keluar dan tak tahu nak ke mana.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now