Bab 21

12.7K 335 3
                                    

Zahrif buat-buat bermain dengan telefonnya.  Kang kantoi pulak aku tengah stalk dia.  Aku pun nak tau jugak apa yang dia borak dengan Feruz tadi.
Adrina cuma memandang Zahrif yang sedang bermain dengan telefonnya di kawasan padang bola.  Langsung tak kisah dengan kau.  Aku malas nak ambik tahu pasal dia.
Weyh Adrina!” lah! Dia panggil pulak.  Haih…semak pulak aku.
“Apa?” kalau boleh aku tak nak cakap dengan dia.
“Kau borak apa dengan Feruz tadi?”
Eleh! Sibuk je nak tahu! “Yang kau sibuk sangat pehal? Tak ada kena mengena dengan hidup ataupun yang dah mati.”
Adrina berjalan pulang namun tangannya direntap kembali.  “Lepaslah!” Adrina menarik tangannya.  Zahrif melepaskan tangannya.
“Aku cuma nak tahu apa yang kau cakap dengan Feruz.  Itu je.”
“Yang kau sibuk pahal? Hey! Aku tak mengutuk pasal kaulah! Kau jangan risau sangat.”
“Tak! Masalahnya kau cakap dengan kawan aku, jadi aku berhak tahu.  Lagipun, kau isteri aku!”
“Dia kawan kau? Kenapa? Selama ni dia bukan kawan aku ke? And aku ni isteri kau? Ingat eh? Kita ni kahwin sebab terpaksa dan bukannya sebab atas dasar cinta! Lagipun, bukan ke kau ni sibuk nak cari kesalahan aku?”
Adrina pantas berlalu pergi.  Aku tak kisahlah apa yang dia nak rasa.  Lagipun, bukannya dia kisah pun apa yang aku rasa sekarang.  Dia dengan abah sama je!
“Adrina! Kau ni dah kenapa? Nak cari pasal?” tercabar jugaklah aku dibuatnya.
“Aku tak cari pasal but the answer is on you.  Kau yang tahu kenapa aku punca macam ni.  Aku tahu aku ni sapa untuk kau? Tak cantik macam Sara.  Tak kurus macam Sara! I know who I am.”
“Tak! Apa pulak kena mengena dengan Sara?”
“Kau tak payah faham pun tak apa.  Kau dengan aku kan saling sama tak suka.  Macam mana kau boleh mengaku aku ni isteri kau? Bukan aku ke punca kau berkahwin dalam keadaan terpaksa macam ni?”
Adrina terus berjalan pulang ke rumah.  Tak hirau dengan Zahrif yang memanggilnya.
“Assalamualaikum…” ujarnya ketika melangkah masuk ke dalam rumah.
“Waalaikumussalam…eh Ina? Mana Zahrif?” soal Puan Zuhaira bila Zahrif tiada bersama Adrina.
“Ada dekat padang bola tu…”
“Ina kenapa ni? Muka pucat lain macam je? Demam tak kebah lagi?”
“Rasa macam sakit kepala lah…tak apalah mak.  Ina naik atas dulu eh?”
“Yelah…” Adrina segera panjat tangga menuju ke bilik.  Lagipun, barang-barangnya tak dipacking lagi.
Zahrif melangkah masuk ke dalam rumah.  Baru sahaja nak naik tangga, maknya telah menegur dari belakang.
“Zahrif…Ina kenapa?”
“Kenapa?” saja je buat-buat tak tahu.
“Taklah…mak tengok Ina tadi tu macam tak sihat.  Muka dia lain macam.  Zahrif ada buat apa-apa ke?”
“Buat apa pulak mak? Zahrif tak buat apa-apa pun.  Yelah, demam dia kan tak kebah lagi.  Lepas tu, mesti sakit-sakit kepala tu.  Mak jangan risau eh? Zahrif nak check dia kejap.” Zahrif pantas berlari naik menuju ke biliknya.
Tiba di bilik, dia menghampiri Adrina yang sedang mengemas baju-baju miliknya ke dalam beg baju.
“Kau kenapa Adrina?” sergahnya.
Terkejut Adrina dengan sapaan yang tiba-tiba.  Nasib baik baju-baju aku ni tak terpelanting semuanya.
“Kau tu yang dah kenapa? Sergah aku.  Nak bagi aku mati awal?!” Adrina kembali menyambung melipat baju-bajunya.
“Kau tu yang dah kenapa?! Kenapa kau tunjuk muka kau yang buruk tu dekat mak hah?”
Dia cakap muka aku buruk? Kurang ajar punya bahasa! “Mulut kau tu jaga-jaga eh! Apa yang aku buat?!”
“Muka kau tu kalau tak buat muka simpati tak boleh ke?!”
“Apa yang simpatinya?!” kali ini Adrina bangun berhadapan dengan Zahrif.  Mai sini aku nak face to face!
Hah! Tahu pulak muka tu nak memerah! Ini baru aku pandang macam ni! Kalau aku dekat dengan dia, entah dah meletop!
Isy! Kenapa dia tengok aku macam tu? Sahih muka aku dah merah!
“Cakaplah!” sikit lagi aku nak luku dia ni.
“Tak ada apalah!” Zahrif berlalu ke bilik mandi.
Tadi kemain sangat berani.  Ini aku baru usha sikit mata tu, dah tak berani! Dasar jambu!
Selepas siap packing, Adrina keluar menuju ke bilik mandi yang berada di sebelah bilik Zahrif.  Nak ambik air sembahyang.  Aku kena sembahyang.  Biar sejuk sikit hati aku ni.
Lepas ambik air sembahyang, Adrina kembali ke bilik dan bersedia untuk sembahyang.  Namun, dirinya ditegah.  Apa lagi yang dia tak puas hati lagi ni?!
“Apa?! Aku nak sembahyanglah!” tolonglah jangan rosakkan mood aku.
“Sembahyang dengan aku…” Zahrif menghamparkan sejadahnya di hadapan Adrina.
Huh…semak betullah dia ni.  Dah pehal nak jadi imam aku tiba-tiba? “Demam?”
Zahrif menoleh memandangnya.  “Aku? Demam? Mana ada.  Aku rasa demam kau kot paling teruk? Kau tak pernah dengar ke sembahyang Jemaah ni dapat 24 pahala tau.  Tambah-tambah lagi kalau kau sembahyang dengan suami sendiri.  Lagi banyak pahala kau!”
“Tazkirahlah pulak! Cepatlah!”
Zahrif mula mengangkat takbir dan mereka mula mendirikan sembahyang.

SELEPAS mengaminkan doa, Zahrif menoleh ke belakang dan menyuakan tangannya.  Adrina memandangnya pelik.
“Dah kenapa nak kena sua tangan?” nak suruh aku cium? Memang taklah!
“Ciumlah! Eh…berkat tau kalau cium tangan suami!” eleh! Aku ni nak berkat macam mana kalau kau ni selalu buat aku jadi nusyuz!
“Perlu ke?” lagi bodoh kau rupanya Adrina.
“Tak nak pahala tak apa…”
Dalam keadaan terpaksa, Adrina mencium jugak tangan Zahrif.  Dapatlah kot berkat?
“Aku nak kau tolong aku boleh?”
Aku dah agak dah! Kalau baik macam tadi tu, mesti ada ubi yang tumbuh! Ada saja nak bodek!
“Apa?”
“Aku nak kau tolong pack kan baju-baju aku boleh?”
Sedapnya hati dia arahkan aku eh? “Kenapa? Tangan tu dah patah?” panjang muncungnya ke arah tangan Zahrif.
“Tak…tergeliat sebab kau cium aku tadi.  Saraf lari.  Tolong eh?”
Kurang ajar punya mulut.  Dah tak sayang mulut agaknya? Kena penyepak baru tahu!
“Tak kuasa aku nak kemas.  Dengan boxer kau segala! Kemaslah sendiri!”
“Eh? Kau dahlah kutuk suami dalam hati, lepas tu kau kutuk boxer suami.  Itu pun dah dikira berdosa tau!”
Jari Zahrif yang ditunding kepadanya ditarik dan hendak digigit.  Nak tunding jari sangat eh? Zahrif pantas menarik tangannya.
“Dasar kaki bodek! Yelah! Kejap lagi aku kemas!” ujar Adrina lalu membuka telekung dari kepalanya.  Semuanya disimpan ke penyidai.
Beg baju Zahrif diambil dan almari dibuka.  Segala pakaian Zahrif dimasukkan ke dalam beg baju. 
Zahrif memerhati dengan senyuman yang menyakitkan hati Adrina.  Eleh! Senyuman macam tu memang senyuman nak mengata aku.  Macamlah aku tak kenal kau Zahrif! Dah 3 tahun aku duduk sekelas dengan kau.  Dah boleh detect perangai kau jenis macam mana.
“Macam nilah isteri solehah!” kata-katanya lagi menambahkan sakit hati di hati Adrina.  Ada jugak yang kena sodok masuk bawah katil ni kang.
“Hotak kau!”
“Nak buat apa dengan otak aku? Sup?”
“Ha arrr buat sup! Sedap pun sedap!” perlinya kembali.  Zahrif cuma mencebik.  Dasar tak berperikemanusiaan.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now