Bab 60

12K 273 0
                                    

Adrina menutup pintu sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.  Dipandang sekeliling rumah.  Hai…kenapa senyap je rumah ni? Mana pulak si Zahrif ni? Tadi iya-iya sangat nak aku balik.
Beg tangannya diletakkan di atas sofa.  Perlahan-lahan dia menuju ke ruang dapur.  Rasa macam nak minum milo pulak. 
“Dah balik?” tiba-tiba suara Zahrif mencecah ruang pendengarannya.  Adrina cuma memandang sekilas.
“Kau pergi mana? Aku masuk rumah ni senyap je tadi?” soalnya sambil tangannya lincah mengacau air milo di dalam cawan.
“Ada dekat belakang.  Aku basuh baju…” balas Zahrif sambil bersandar pada dinding.
Adrina mengerutkan dahinya.  Basuh baju? “Kau? Basuh baju? Serius?”
“Yelah, aku seriuslah.  Tak naklah menyusahkan kau pulak.”
“Sejak bila ni? Hmmm tak apalah.”
Zahrif menghampiri Adrina yang sedang minum milo di meja makan.  Ditarik kerusi lalu duduk di sebelah Adrina.  Wajah itu ditatap lama.
“Dah kenapa kau?” tak selesa dengan pandangan Zahrif sebegitu.
“Aku nak tanya kau, kau nak tak kalau kita keluar jalan-jalan?” soalan Zahrif dipandang dengan pelik.
“Keluar jalan-jalan? Untuk?” air milo dihirupnya lagi.
“Saja…sementara kita tengah cuti sekolah ni kan? Tak nak ke kita pergi cuti-cuti.  Rilekskan minda? Lagipun, aku kesian tengok kau.  Asyik terperap je dalam rumah.  Sekali-sekala kita keluar jugak,” Zahrif bermain-main dengan jarinya.
Errr…tak payah kot? Aku rasa ok je duduk rumah ni.  Tak ada apa yang aku rasa bosannya.  Lagipun, kau asyik belikan aku novel, memang aku tak rasa bosanlah!” air milonya dihirup sehingga habis.
“Alah…jomlah?”
Adrina menggaru kepalanya.  Sejak bila dia ni pandai merayu?
Isy…kau ni dah sampai tahap merayu.  Rasa macam pelik je? Kenapa pulak kau tiba-tiba nak berjalan bagai ni?”
“Kau tahu tak aku ni dah bosan duduk rumah ni.  Asyik hadap muka kau dengan keliling rumah ni.”
Jawapan Zahrif membuatkan Adrina membuntangkan biji matanya.  Bibirnya diketap geram.  What the…??? Jahat punya mulut! Dia cakap dia bosan tengok muka aku?
“Kalau dah bosan, buat apa termenung je dalam rumah ni?” eiii! Dia ingat aku tak terasa ke dengan apa yang dia cakap?
“Kau pergilah lepak dengan Feruz ke apa kan? Nak jumpa Sara pun boleh!” bidas Adrina geram.  Bukan main lagi dia cakap bosan tengok muka aku.  Tengok muka si Sara tu tak bosan kot?
“Apa kena mengena dengan Sara pulak? Emmm…nampaknya ada orang cemburu di situ!” usiknya sambil mencuit pipi Adrina.
“Bila masanya aku nak cemburu dengan kau dan Sara tu? Tak ada maknanya aku nak cemburu! Bukannya dapat apa pun!” Adrina mencebik.
“Dapat aku! Kau kan dah dapat aku?” keningnya dijongket berkali-kali.  Nakal eh kau Zahrif?
Perutnya dicubit kuat oleh Adrina.  Perutnya digosok perlahan sambil memandang Adrina yang berlalu ke ruang tamu.
“Ina…” tangan Adrina dipegang lembut lalu dia memusingkan badan Adrina berhadapan dengannya.
“Kau ni kenapa cepat sangat nak merajuk dengan aku ni? Kau marah eh?”
“Mana ada! Aku cuma malas nak layan kerenah kau ni.  Yelah, lagipun kan ada orang tu dah bosan tengok muka kita ni?” Adrina melepaskan pegangan Zahrif pada tangannya lalu duduk di sofa.
Zahrif mengambil tempat di sebelah Adrina.  Matanya melekat pada Adrina yang sedang menonton televisyen.
“Kau ni.  Yang tu pun nak terasa ke? Aku just melawak je.  Aku cuma kesian tengok kau saban hari terperuk je dekat rumah ni sejak habis SPM.  So, memandangkan lagi 2 minggu je result exam nak keluar, aku nak ajaklah kau keluar.  Apa salahnya kan?”
Adrina melepaskan keluhan kecil bila mendengar penjelasan dari Zahrif.
“Tak payahlah nak bazirkan duit kau tu.  Aku duduk rumah ni baca novel pun dah cukup seronok dah.  Tak perlulah nak travel apa segala ni,” dia cuba membatalkan niat murni Zahrif.  Aku ni bukannya suka sangat nak berjalan-jalan.
Please? Kali ni je?” dia merayu lagi!!!
Adrina menunduk lalu bermain dengan jarinya.  Kesian pulak dekat mamat ni.  Kalau aku tak ikut, mungkin dia bosan.  Tapi, kalau aku ikut isy! Aku rasa aku yang akan tarik diri dulu nak balik.
“Bolehlah…” kali ini Zahrif memujuk dengan nada yang lebih lembut.  Naik meremang bulu roma Adrina dibuatnya.
Isy! Ini tahap melampau sangat dah ni.  Ok, ok.  Aku akan ikut tapi kali ni je ok? No more travel lepas ni?”
Zahrif menarik senyuman panjang lebar.  “Yes! Aku janji! Kali ni je!” senyuman di bibirnya tidak lekang bila Adrina bersetuju untuk ikutnya pergi bercuti.
Pelik pulak aku dengan Zahrif ni.  Beriya-iya sangat nak pergi bercuti.  Jangan cakap nak perkenakan aku sudah.  Kalau betul dia nak kenakan aku, siap dia!

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now