Bab 46

12.1K 273 0
                                    

Selepas menunaikan solat Subuh, Zahrif menapak keluar dari biliknya.  Mana Adrina ni? Dia tinggalkan aku macam tu je?
Kakinya melangkah ke ruang dapur bila terbaukan sesuatu yang mengenakkan.  Mesti dia tengah masak sekarang ni.  Bila dia tiba di dapur, dia melihat Adrina bertungkus lumus memasak sarapan.
Apa yang dia masak pun aku tak tahu.  Tapi, bila aku tengok dalam kuali tu, macam nasi goreng je? Macam nasi goreng je.
“Masak apa tu?” tegur Zahrif.
Teguran yang mengejut bagi Adrina membuatkan Adrina terloncat ke belakang sambil melatah, “oh mak kau punya dapur gas meletup!”
Oh…melatah rupanya minah ni.  Hahaha…dapur gas mak aku meletup? Agak-agaklah nak cakap macam tu pun.
“Yang kau ni nak melatah pahal? Siap buat marathon berloncat pulak tu?” Zahrif melangkah ke arah Adrina.
“Yang kau ni dah pahal nak tegur aku macam jin? Nasib baik aku ni tak ada penyakit jantung!” marah Adrina lalu mencedok nasi goreng dan diletakkan ke atas pinggan.
“Kau tak menyesal?” soalan Zahrif tiba-tiba membuatkan Adrina mengerutkan dahinya.  Apa yang dia cuba cakap ni?
“Maksud kau?” Adrina membawa pinggan berisi nasi goreng ke meja makan.
“Semalam tu?”
Adrina pantas menoleh ke arah Zahrif yang sedang memerhatikannya.  Menyesal ke aku?  Adrina mengherotkan bibirnya.
“Entahlah…aku tak rasa apa-apa pun,” kata Adrina sambil menjongketkan bahunya.
Bini aku ni memang hati batu betullah! Takkanlah dia tak rasa apa-apa kot?
“Kau…”
“Kau nak suruh aku rasa apa? Menyesal? Kalau aku nak menyesal pun dah terlambat.  So, baik aku rasa redha sebab lebih diberkati daripada Allah.  Aku nak masuk syurga pun senang!” kata Adrina sambil tersenyum.  Entah ikhlas ke tak tu.
“Ye ke kau redha?”
Emmm…dahlah! Malas nak cakap apa-apa.  Anggap jelah semalam tu hadiah untuk kau.  Jomlah makan!” Adrina menarik kerusi lalu duduk di atas kerusi.
Zahrif duduk berhadapan dengan Adrina lalu membaca doa makan.  Selepas mengaminkan doa makan, mereka mula menjamah makanan tersebut dengan penuh berselera.

SELEPAS membasuh cadar juga dengan baju-baju kotor yang lain, Adrina pantas menuju ke ruang tamu.  Aku tengok dah naik berhabuk meja letak tv tu.  Baik aku lap meja tu.
Adrina mengambil kain yang dikhaskan untuk membersih segala habuk dan juga air sabun.  Air sabun dipercikkan pada permukaan almari lalu dilap bersama tuala.
Kerjanya terganggu apabila loceng rumah berbunyi.  Adrina memandang ke arah pintu.  Siapa pulak yang datang? Dia menuju ke arah pintu lalu dibuka.  Dahlah si Zahrif ni keluar.
Bila terbuka je pintu, matanya membulat apabila kelibat Naim yang berada di depan pintu rumahnya.  Apa yang dia buat dekat sini? Macam mana dia boleh tahu rumah Zahrif?
“Hai sayang…kau buat apa sorang-sorang dalam rumah ni?” ujar Naim seraya tersenyum penuh makna yang tersirat.
“Kau buat apa dekat sini?! Macam mana kau tahu rumah Zahrif?” sudahnya aku mula rasa tak sedap hati dengan senyuman pelik dia tu.  Mesti ada tak kena kejap lagi ni.
“Aku datang nak jenguk kaulah.  Sejak kejadian kau malukan aku hari tu depan family kau dan family Zahrif, aku terfikir pulak macam mana aku nak malukan kau macam kau malukan aku hari tu!”
Serius Naim ni gila! Gila semuanya ada dekat dia.
“Apa yang kau nak buat hah?!”
“Aku nak buat macam aku buat dekat Farah dulu…” kata-kata terakhir itu, Naim terus meluru ke arah Adrina dengan pantas tanpa sempat Adrina menutup pintu.

BUKU yang dipegangnya terlepas dari pegangan.  Entah kenapa sejak tadi fikirannya asyik terarah kepada Adrina.  Hatinya berdebar-debar sahaja.  Kenapa dengan aku ni?
Zahrif mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Adrina.  Panggilannya tidak bersambung.  Manalah pergi minah ni? Aku call tak angkat.  Haish…Zahrif mencuba lagi namun sia-sia bila semuanya masuk voice mail.
Zahrif cuba pula what’s app Adrina. 
Zahrif: Kau ok ke? Call aku balik. 
Mesejnya tidak dilihat.  Sesibuk mana pun Adrina, dia pasti akan check phone.
Zahrif membuka laman contact lalu mencari nama Feruz.  Nama Feruz ditekan lalu telefon dilekapkan ke telinganya.  Panggilannya berjawab.  Feruz memberi salam di talian.
“Waalaikumussalam.  Feruz! Kau boleh tolong aku tak? Kau pergi rumah aku lepas tu kau check kan keadaan Adrina? Aku risaulah!”
Zahrif mendengus kecil bila Feruz mengusiknya.  “Feruz! Ini bukan masa untuk aku main-main eh?! Cepat Feruz!”
“Aku tengah belikan novel untuk Adrina sebagai hadiah! Please cepat!”
Zahrif mematikan talian bila Feruz bersetuju.  Mamat ni macam-macam betullah! Zahrif memilih novel yang agak Adrina akan bacalah.  Aku tengok novel dia semua novel sweet-sweet.  Novel cintalah.
Selepas memilih semua novel, dia menuju ke kaunter permbayaran.  Zahrif mengeluarkan 2 not RM50 lalu dihulurkan kepada penjaga kaunter tersebut.  Aku beli 4 novel ni pun dah nak dekat 100 ringgit.  Tak apalah.  Buang duit untuk isteri pun tak apa kan?
Baki diambil bersama plastik berisi novel.  Baru sahaja sampai di tepi motor, telefonnya berdering kuat.  Zahrif mengeluarkan telefonnya lalu melihat nama pemanggil.  Feruz?
“Apahal bro?”
Kata-kata dari Feruz menyebabkan Zahrif terkaku.  “Hah?!”

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now