Bab 30

12.8K 316 2
                                    

Kau gila betullah Zahrif! Wake up Zahrif! Kau dah kenapa?! Kau dah gila ke buat macam tu tadi? Aku yakin yang kau dah dicop ambik kesempatan oleh Adrina.  Macam mana kau boleh lost control tadi?
Sengal betullah kau ni Zahrif.  Bukan ke niat kau tadi nak usik dia je? Yelah! Memang niat aku nak usik dia tapi aku tahu kenapa bila aku menatap mata dia tadi, macam ada satu sensasi baharu.  Yang aku nak daripada Adrina.  Tapi, aku tak tahu apa yang aku nak?
Apa aku nakkan hak aku sebagai seorang suami? Hesy…tak tak! Gila ke apa aku nak mintak hak aku yang satu tu? Agak-agaklah.  Tapi, memanglah.  Bila aku tengok mata dia, aku rasa macam aku nak sangat Adrina.
Gilalah kau weyh! Kau dah gila Zahrif.  Mana mungkin kau yang tak sukakan Adrina akan rasa macam ni.  Serius aku cakap kali kuasa dua, kau da gila.  Sekian, harap maklum.
Zahrif menghempaskan badannya ke atas katil dan memandang siling yang kosong.  Macam hidup dia.  Hidupnya terasa kosong.  Namun, kata-kata abangnya kembali mengiang di telinga.
“Paksaan pun? Bro, kita kena ingat.  We are man dan lelaki ni sebatu mana dia pun dengan perempuan tu, kau kena ingat one day dia akan cair jugak.  Tambah-tambah lagi perempuan tu bini kau.  Sebab perempuan ni ada 99 daya menarik perhatian lelaki.”
“Alah bro.  Sekarang ni kau boleh cakaplah kau tak terpikat, tak itu tak ini.  Tapi, kau tengoklah masa depan kau nanti.  Lambat atau cepat, aku yakin kau akan falling in love dengan Adrina jugak.  Trust me.”
“We will see…aku nak tengok setera mana aku ni merepek tentang kau dan Adrina?”
“Jaga dia elok-elok.  Protect her dan jangan ada niat nak sakitkan hati dia.  She is the best for you.  Jangan sia-siakan dia.”
Betul ke aku dah jatuh cinta dengan Adrina?  Kalau betullah aku tak cintakan dia, kenapa aku rasa lain macam bila dekat dengan dia?
“Tak kisahlah apa pun tapi cara kau tu tak eloklah Zahrif.  Dia tu isteri kau dan aku tahu dia tu di tahap bawah kaki kau Zahrif.  Yes, basically and normally kau ni husband dia tapi as a husband, kau tak boleh nak buat benda ikut suka hati sebab kau ketua keluarga and you have the power.”
“Bila kau buat macam tu, nampak sangat macam kau ni dayus.  Pondan! Kau takut Adrina buat itu buat ini.  Bro, kau tahu tak? Adrina takkan buat pasal kalau kau tak buat pasal.  Cukuplah dia dah kena buang dengan ayah dia.  Kau janganlah nak buat benda yang sama.  Kau sebagai suami, kau kena bimbing dia.  Bukannya nak judge dia disebabkan kejadian malam tu je.  Aku tahu kau masih form 5 dan masih mentah nak jadi suami misali.  But, kau kena try something new.  Something different dalam hidup kau selepas menjadi suami.  Aku tahu kau ada cakap yang Adrina punca semua ni kan? Kononnya Adrinalah yang plan semua ni kan?”
“Hahaha…kau cakap dia hati batu? Yes.  Fizikal dia kita tengok wow kalau dia bidas lelaki tapi dalam masa yang sama hati dia pink.  Perempuan ni sekental mana pun dia, dia akan menangis jugak.  Dan, aku tak nak kau sakitkan hati Adrina sebab aku rasa she’s suit for you.  Dia ni the best.  Dia tak pernah merungut untuk sesuatu.  Aku bukannya nak bodek tapi this is the fact.”
Kenyataan dari Feruz.  Ya…mungkin Feruz dah kenal Adrina lebih lama dari aku sebab Feruz dah satu kelas dengan Adrina sejak tingkatan 1.
Abang aku…Feruz…mak ayah…cakap Adrina sesuai dengan aku.  Betul ke Adrina memang jodoh aku? Tapi aku tak tahu sama ada Adrina akan balas perasaan aku suatu hari nanti?
Argh! Serabut!!! Zahrif menekup mukanya dengan bantal.

SELESAI menggosok bajunya, baju sekolah Zahrif pula diambil dan digosok.  Dah memang rutin aku macam ni kan? Kenalah terima.
Selepas menggosok baju, hanger diambil dan baju digantung di dalam almari.  Seluar Zahrif pula diambil dan digosok.  Selepas menggosok semuanya, dia menoleh untuk menghantar baju Zahrif ke bilik.
Nasib baik tak luruh jantung Adrina bila tengok Zahrif dah cegat depannya.  Kus semangat! Nasib baik aku tak melatah.
“Hah nah!” Adrina menyerahkan baju kepada Zahrif.  Baru sahaja nak melangkah pergi, Zahrif memegang tangannya.
“Nak apa?”
“Adrina…aku nak tanya kau.  Kau sayangkan aku tak?”
Adrina mengerutkan dahinya.  “Soalan jenis apa ni? Kau demam eh?” tiba-tiba nak soal aku dengan soalan cenggitu pulak.
“Jawablah…”
Sah! Zahrif demam plus dalam mood gila.
“Zahrif.  Kau ni menakutkanlah…” Adrina pura-pura ketawa.  Nak menyedapkan hati je.
“Adrina! I’m serious!” Zahrif bersuara tegas.
“Ok, ok.  Aku jawab.  Dah terdesak sangat eh? Yes.  Memang aku sayangkan kau tapi sebab kau ni suami aku je.  Bukannya sebab aku ni ada feeling dekat kau.  Puas?” Adrina memandang wajah Zahrif. 
“Jadi, kau memang sayangkan aku?”
“Sebagai suami aje…”
Zahrif mengorakkan senyuman yang mungkin bagi Adrina pelik.  Kebelakangan ni dia lain macam.
“Ok…” Zahrif berlari naik ke biliknya.  Dia sayang aku!
“Dah kenapa jadi beruk?” pening aku dibuatnya dengan perangai dia ni.  Asrina menyimpan seterika ke tempat asalnya.
Baju sekolahnya dibawa ke bilik.  Selepas selesai segala tugasnya, Adrina tidur.  Esok nak sekolah kan? Moga-moga hati aku tabah.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now