Epilog

32K 505 33
                                    

Selepas beberapa bulan…

Zahrif menghampiri Adrina yang sedang berteleku di kolam mandi belakang rumah.  Kolam tu dibina sejak mereka bercuti di Morib Gold Coast hari tu.  Cuma, Adrina saja yang tak tahu.
“Hey! Buat apa dekat sini?” dia mengambil tempat di sebelah Adrina lalu bahu itu dipeluk erat.
“Tak buat apa pun.  Cuma termenung dengan nasib diri…” suara Adrina kedengaran serius.
“Huh? Maksud kau?”
“Maksud aku.  Aku tengah fikirkan nasib diri aku ni yang kena hidup dengan kau sampai ke mati.  Apalah nasib aku…” Adrina mengukirkan senyuman jahat plus sinis.
“Amboi! Jahatnya bini aku ni.  Mentang-mentanglah dah ada peneman dalam perut tu, aku ni kau tak nak dah?” perut Adrina yang membesar itu dipegangnya.  Kandungan Adrina dah mencecah 6 bulan.
“Mana adalah kau ni! Aku saja nak berlawak dengan kau.  Itupun tak boleh ke?” pipi Zahrif dicuit.
“Sentap tau kau cakap macam tu.  Aku punyalah sayang kau sampai tahap gaban tapi kau boleh pulak cakap macam tu.  Sedih tau!”
“Alololo…baby tua ni merajuk eh? Janganlah merajuk.  Nanti baby dalam perut ni marahkan maknya sebab buat ayah dia ni merajuk eh? Jangan merajuk ok?”
“Yelah…nasib baik kau ni comel tahu tak?” pipi isterinya dicuit perlahan.
“Zahrif, kau ingat tak masa kita kena tangkap dekat sekolah dulu?” soalnya sambil memandang wajah putih suaminya.  Aku ni je yang hangit!
Hmmm…kenapa?”
“Kenapa kau tuduh aku yang plan semua tu eh?” serius soalan tu masih bersisa di dalam otaknya.
“Entahlah…aku pun tak ada jawapan untuk soalan kau tu.  Mungkin sebab aku nak kau jauhkan diri kau dari aku.  Sebab waktu tu kan Tengku Hatim crush kan kau?”
Adrina cuma mencebik.  “Sebab tulah kau tuduh aku?”
“Mungkin…tapi sekarang tak dah.  Aku sayang ketat sampai sendat kot dekat bini aku ni.  Hahaha…”
Pantas jari Adrina singgah di perut Zahrif lalu perut Zahrif dicubit kuat.  Zahrif pantas menangkap tangannya sebab tak tahan sakit dengan cubitan Adrina.
“Sakitlah sayang oii! Apa dah tak sayang dekat suami ke?”
“Sayanglah…sebab tu cubit!”
“Oh…kasih sayang dengan cubit pulak?” sedap je dia cubit aku tadi.
“Apa salahnya kalau disalurkan melalui cubitan yang penuh kasih sayang walaupun sakit kan?”
Zahrif memandang wajah Adrina dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.  Adrina pula memandang ke arah lain.  Dah kenapa pulak dia pandang aku macam tu?
“Kenapa pandang kot lain pulak? Pandanglah aku.  Aku tengah salurkan kasih sayang melalui panahan mata ni.”
Ceh! Dia nak main-main dengan aku pulak? Baik! Adrina pantas menikam mata Zahrif.  Tajam sahaja pandangannya.
Giliran Zahrif pula yang termalu.  Pipinya terasa kebas.  Argh! Mesti dah merah pipi aku sekarang ni.  Serius! Kalau aku lawan mata dengan Adrina, mesti aku akan kalah.  Apalah kau ni Zahrif.  Nama je lelaki.
“Kenapa blushing? Aku tengah salurkan kasih sayang aku melalui panahan mata ni,” giliran Adrina pula yang mengenakan Zahrif.
Amboi! Dia kenakan aku pulak? Bini aku ni memang nak kena betullah!
Adrina terkejut bila dengan pantasnya Zahrif mencium dahinya.  Serius weyh! Sepantas kilat kelakuan Zahrif.  Nasib baik aku tak jatuh dalam kolam ni.
“Sayang…jom mandi sama-sama nak?”
“Tak naklah.”
“Jomlah?” ajakan Zahrif membuatkan Adrina mengundur diri jauh dari Zahrif.
“Jomlah…” Zahrif mendekati Adrina dan bingkas menarik Adrina sekaligus dengan dirinya masuk ke dalam kolam.
Terjerit kuat Adrina dibuatnya dengan tarikan Zahrif.  Dua-duanya basah di dalam kolam.  Zahrif merenjiskan air ke muka Adrina.
“Apa ni? Eiiii! Kau ni! Suka betullah buat aku geram tahu tak?” habis basah baju aku! Ini alamatnya nak kena tukarlah.
“Apa salahnya sekali sekala mandi bersama-sama kan?”
“Sejuk!” Adrina memeluk tubuhnya.  Menggigil jugak aku kang.  Dahlah malam!
“Ya Allah budak berdua ni! Zahrif! Apa yang kamu buat ni! Kamu tarik Adrina berendam sekali dengan kamu ye?” suara Puan Zuhaira mula kedengaran.
Terkejut Zahrif dan Adrina dibuatnya.  Allah! Mak dan ayah datang!  Sejak bila diorang terpacak dekat situ.
“Bila mak dan ayah sampai?” soal Zahrif tergagap-gagap.  Turut menahan kesejukan kedinginan air kolam pada waktu malam.
“Dari tadi lagi.  Ya Allah kamu ni.  Adrina kan tengah mengandung.  Yang kamu rendamkan dia dalam kolam tu buat apa? Dah! Naik!” arah Puan Zuhaira sambil mencekakkan pinggangnya.
Encik Saiful Zahri pula menggeleng dengan telatah anaknya.  Suka betul nak buli si Adrina ni.
Zahrif menolong Adrina untuk keluar dari kolam.  Tangannya dihulurkan kepada Adrina.  Adrina menyambutnya.  Namun, bila akal jahat menerjah, dia menarik tangan Zahrif kuat.  Zahrif kembali termasuk ke dalam air kolam.  Padan muka!
Adrina pantas keluar dari kolam sambil ketawakan Zahrif.  Puan Zuhaira dan Encik Saiful Zahri turut tersenyum bila Adrina membalas dendam kembali pada Zahrif.
“Oh! Kenakan aku eh? Jaga kau!” Adrina bingkas bangun dan menuju ke bilik bila Zahrif pantas keluar dari kolam.
Zahrif mengejar Adrina lalu tubuh itu ditangkap dan dicempung masuk ke dalam bilik.  Adrina ketawa bila dirinya digeletek.  Encik Saiful Zahri dan Puan Zuhaira hanya menggeleng sekaligus tersenyum dengan gelagat anak dan menantunya.  Tak habis-habis nak membuli antara satu sama lain.

SETELAH 3 tahun berlalu, kehidupan Zahrif dan Adrina serba melengkapi.  Mereka dikurniakan anak perempuan yang bernama Nur Aisa Zurina.  Kehidupan cukup bahagia dan meriah dengan kehadiran si kecil yang berusi 3 tahun tersebut.
Si kecil itu cukup aktif.  Habis semua barangnya disepah.  Mainan berselerak sepanjang ruang tamu.
“Ya Allah Aisa!” suara Adrina mengaum.  Aisa apa peduli.  Dah lali dengan suara harimau maknya.
“Masya-Allah!” Zahrif yang melihatnya naik ternganga.  Terabur habis sana-sini mainannya.
“Anak kaulah ni!”
“Amboi! Anak kau jugak eh!” sama-sama bergaduh.
“Dahlah tu…” Naura mengambil Aisa lalu didukungnya.  “Korang ni…biasalah budak-budak.”
“Memanglah Naura oii tapi dia ni kalau bersepah, tak larat tau nak kemas.  Itu tak kira lagi dalam bilik.  Boleh mati aku macam ni Naura!” gumam Adrina sambil mengutip mainan anaknya yang bersepah.
“Lumrah beb! Macam nilah kalau dah ada anak!” balas Naura sambil bermain dengan Aisa.
“Kau cakap senanglah.  Kau tu bila nak kahwin?” soal Adrina.  Barang mainan yang dikutip diletakkan dalam kotak mainan yang khas untuk menyimpan barang mainan.
“Jodoh tak datang lagi…” jawapan yang sama dan cliché.
“Susah sangat.  Ambik si Feruz ni!” tukas Zahrif pula yang turut sama membantu Adrina mengutip barang mainan anaknya.
“Eh? Aku pulak?” tak pasal-pasal aku pulak yang kena.
“Tak nak aku! Feruz ni buat apa? Menyampah tahu tak!” omel Naura sambil mencebik.
“Eleh! Aku ni lagi menyampah tau dengan kau! Semak biji mata je!” mula dah pasangan merpati tak sejoli ni nak bergaduh.  Memang dulu mereka ni selalu je bergaduh.
“Dah! Kau ingat rumah aku ni gelanggang berdebat ke? Nak sambung berdebat, dekat luar ok?” suara Zahrif.
Feruz dan Naura sambil-sambil menjeling.  Menyampah betullah!
Eh! Kau ingat kau cantik sangat hah?! Kalau dibandingkan kau dengan badak, badak lagi cantik tau tak?!
Eleh! Kau fikir kau tu hensem sangatlah?! Kalau kau tu dibandingkan dengan atuk dinosaur, atuk dinosaur tu lagi hensem! Dasar bajet 1.50 sen!
Masing-masing berkata kau-aku.  Amboi! Dah main lawan panahan mata nampak?
“Ehem! Ehem!” Zahrif berdehem seketika.  Pakat main usha mata pulak? “Jaga! Boleh jadi zina mata tau! Silap hari bulan jatuh cinta!”
Dua-duanya memerhati Zahrif dengan pandangan geram! “Tak akan!” dua-duanya berkata serentak.
Adrina cuma menggeleng.  Kotak mainan anaknya disimpan dalam stor.  “Sudahlah tu.  Korang ni sama padan apa? Cubalah terima hakikat?”
“Takkanlah aku nak hidup dengan pak janggut ni? Sorry!” bantah Naura sambil menjeling Zahrif dan Adrina.  Feruz diberi jelingan maut.
“Eleh! Setakat muka macam kau ni berlambaklah aku boleh dapat!” amboi! Berlagaknya.
Adrina dan Zahrif pula menggeleng dengan perangai keras kepala dua-dua orang kawannya ini.  Eloklah! Keras kepala memang elok disatukan pun.  Sepadan sangat!
Janganlah ikut macam Naura dan Feruz ni ye? Dua-dua ni sebenarnya saling sama suka tapi ego tu tinggi melangit! Macam aku dengan Adrina lah kan? Hahahah…tapi at least aku ni taklah kejam sangat.  Sekarang ni, hidup aku dengan Adrina dah lengkap dengan kehadiran Aisa.
Cerita pasal Sara dan Adam, mereka dua dah sepakat nak berkahwin pada hujung bulan ni.  Dah bertunang pun dua bulan lepas.  Tak sangka akhirnya mat salleh jugak yang melekat dekat Sara ni.  Hmmm…kalau dah jodoh kan? Siapa kita nak menyangkalnya?
Macam aku dengan Adrina dululah.  Dulu saling tak suka.  Tapi, bila dah katakan jodoh ni, lari pilah ke Afrika sekali pun, kalau dah jodoh memang akan bertemu jugak.  Jadi, contohilah aku yang menerima Adrina seadanya.  Puih! Terlajak bajetlah pulak kan? Mesti korang menyampah kan? Hahaha
Apa yang aku nak cakap dekat sini ialah kita kena terima seadanya dengan apa yang dah ditentukan oleh Allah.  Jangan sesekali pertikaikan.  Awal-awal kena paksa kahwin tu memanglah kita marah tapi lama-lama kita kena terima jugak.  By hook or by crook lah orang putih katakan.  So, terimalah seadanya dan insya-Allah hidup korang akan bahagia.
Zahrif memaut bahu Adrina lalu dibisik, “I love you…”
Adrina tersenyum lalu dia turut berbisik, “I love you too…”
Dan Alhamdulillah, hidup kami bahagia.  Cuma, kena perlu saling memahami dan saling mengalah je.  Semoga kehidupan kami diberkati oleh-Nya.  Amin…

                            ~TAMAT~

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now