Bab 65

12.2K 276 0
                                    

Adrina memandang wajah tersebut dengan penuh rasa geram.  Sekarang ni aku nak rasa hormat pada dia pun aku rasa dah tak ada gunanya! Kenapa dia ni perlu ada dekat sini hah?!
“Kau ni memang melampau Hatim! Aku tak sangka yang kau akan berperangai macam ni! Aku rasa macam aku dah hilang hormat dekat kau!” marahnya.  Hati aku ni dah bengkak.
“Adrina…saya mintak maaf.  Waktu tu saya memang tak boleh nak kawal.”
“Kau pergi mampuslah dengan maaf kau tu! Hey! Tak boleh ke hah kau hormat sikit aku ni sebagai isteri orang?! I’m a wife! Wife kepada Zahrif! Belajarlah terima hakikat! Please! I’m begging you!” aku dah penat hidup dalam keadaan macam ni.
“Aku rasa tak ada apa yang aku nak cakap dengan kau lagi kot and stop cari aku ataupun chat dengan aku! End all of this here!” Adrina pantas melangkah pergi meninggalkan Tengku Hatim yang terkaku di situ.
Argh! Lantaklah mak bapak dia tu nak jatuhkan hukuman ke apa tapi aku tak hairan! Janji hubungan aku dengan Zahrif tak terjejas!

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi untuk mengambil result SPM, akhirnya Sara pulang ke Malaysia bersama-sama dengan mama dan papanya.
Dia akui yang dia agak gentar untuk bersemuka dengan Naim.  Aku takut mama dan papa tinggal aku lepas tu perkara yang sama akan terjadi memandangkan papa cakap yang dia akan uruskan projek di Malaysia pula.  Ada masalah sikit di tapak projek.
Dan aku tahu mama akan ikut sekali.  Itu yang membuatkan aku risau.  Aku risau Naim akan mengambil kesempatan untuk kali yang kedua.  Aku tak nak benda yang dulu berlaku lagi.  Aku takut…
Pengumuman yang mengatakan mereka telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mengejutkan Sara dari lamunannya.  Kapal mula mendarat di landasan menambahkan lagi debaran di hati Sara.
Sara memerhati suasana KLIA yang sibuk dengan kapal terbang.  Banyak dengan kapal terbang yang parkir di situ.  Apabila kapal terbang yang dinaikinya berhenti di tempatnya, mereka mula berdiri.
Beg diambil di tempat meletakkan beg yang terletak di atas kepala mereka.  Sara melangkah keluar dari kapal terbang bersama mama dan papanya.  Mereka mengambil luggage lalu keluar dari balai ketibaan.
“Mama, papa…sapa yang datang ambik kita?” soalannya dijawab dengan tunjukan pada seseorang yang menunggu mereka di pintu luar lapangan terbang.
Matanya terpaku kepada sekujur tubuh yang sudah lama tak dijumpainya malah orang yang telah menghancurkan hidupnya dahulu.  Abang kandungnya sendiri.  Dia memandang mama dan papanya. 
“Ma…pa…”
“Sara…apa pun dia abang kandung Sara.  Dahlah…jangan takut ok?” Datin Muni mengusap perlahan bahu Sara.  Memberi sedikit semangat kepada Sara.
Naim cuma tersenyum ke arah mereka.  Lebih terarah kepada Sara.  Adik kandungnya yang dirindui.  Bukan rindu untuk membuat benda yang bukan-bukan tapi rindu dengan usikan adiknya yang dahulu.  Usikan antara adik dan abang.
Sara menundukkan mukanya bila Naim tersenyum ke arahnya.  Sejujurnya dia terasa seram dengan senyuman yang Naim berikan walaupun itu bukannya senyuman yang evil seperti dahulu.  Mungkin abang dah berubah tapi tak boleh percaya sampai bila-bila. 
“Jom?” ajak Dato Addin.  Mereka melangkah ke arah Naim.  Naim mengambil beg mama dan papanya kecuali beg Sara.  Sara melarikan begnya.  Tak nak susahkan orang.
Mereka berlalu ke kereta.  Sara melangkah masuk ke dalam kereta.  Datin Muni mengambil tempat di sebelah Sara.  Manakala Naim pula duduk di tempat pemandu dan Dato Addin duduk di sebelah tempat pemandu.
Kereta mula bergerak keluar dari kawasan lapangan terbang.
“Naim, boleh tak hantar papa ke ofis kejap? Papa nak inform dekat Aril yang papa akan masuk kerja esok.”
“Boleh pa…” dia memandu ke arah syarikat papanya.
Sampai di hadapan syarikat papanya, Dato Addin keluar dari kereta.  Sebelum menutup pintu kereta, dia mengajak Datin Muni sekali untuk masuk ke dalam ofis.
Sara pula membuat muka rayu supaya mamanya tak tinggalnya bersama Naim di dalam kereta.
“Mama pergi kejap je…” Datin Muni terus melangkah keluar dari kereta.
Pintu kereta ditutup rapat.  Kini hanya tinggal Naim dan juga Sara di dalam kereta.  Sara mula rasa gugup.  Takut dengan Naim sebenarnya.
“Sara…”
Panggilan Naim sahaja dah buat dia rasa seram lain macam.
“Aku tahu kau masih takut dengan aku kan?” pertanyaan dari Naim hanya dipandang sepi.
“Aku mintak maaf…aku tahu aku sebagai abang kau tak patut buat macam tu dekat kau.  Dahlah kita ni adik beradik kandung pulak tu.”
“Aku tahu mesti kau rasa jijik dengan aku kan? Aku yang dah rosakkan hidup kau.”
Air mata mengalir di pipi Sara.  Pantas dia menyeka air matanya pergi.
“Kau rasa siapa yang nakkan aku sekarang ni?” soalan dari Sara membuatkan Naim terdiam.
“Kau rasa siapa yang nak hidup dengan aku bila dapat tahu kesucian aku ni dah diragut oleh abang kandungnya sendiri?”
Kali ini Naim memang hilang akal untuk menjawab pertanyaan Sara.
“Kalau setakat maaf kau tu, tak mampu kembalikan maruah aku yang kau dah ragut Naim.  Aku tak ada apa-apa lagi.  Aku dah kotor…” ujarnya sayu.
“Aku yakin masih ada yang nakkan kau Sara.  Kau jangan macam ni…”
“Entahlah…aku dah tak ada rasa apa-apa.  Aku rasa kosong.  Mana mungkin zaman sekarang ni lelaki nak perempuan yang dah tak ada kesucian macam aku ni.”
Menambahkan lagi kekesalan dalam hatinya.  Andainya aku tak bertindak bodoh macam dulu, mesti hidup Sara takkan kucar-kacir.
Namun fikirannya terlintas pada Farah, seorang wanita yang dah lama pergi meninggalkan bumi ini.  Kerana dia juga wanita itu pergi meninggalkan dunia ini.  Semuanya salah aku.  Kenapa baru sekarang aku nak menyesal?
Tak ada gunanya aku nak menyesal.  Kalaulah Farah hidup lagi sekarang ni, aku akan jadikan dia isteri aku.  Kalau dia tak pergi, mungkin anak aku sekarang dah membesar.  Dia melepaskan keluhan kecil.  I’m sorry Farah.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now