Bab 17

13.2K 349 3
                                    

Sampai di rumah ayahnya, Zahrif pantas membuka bonet barang dan mengeluarkan barang-barangnya dan juga barang-barang Adrina.  Beg-beg Adrina dibawa masuk ke dalam rumah.  Jadilah gentleman kejap!
“Assalamualaikum!” ucap Zahrif.
“Waalaikumussalam! Dah sampai!” ujar Puan Zuhaira gembira.  Zahrif dan Adrina mencium tangan Puan Zuhaira.
“Ayah mana?”
“Ayah keluar ke kedai depan tu je.  Kejap lagi sampailah tu.  Jomlah masuk!” ajak Puan Zuhaira.
“Mak! Mak masak apa ni? Bau sampai luar!” ujar Zahrif teruja.  Sedap cek oi!
“Mak masak gulai ayam je.  Adrina…kenapa nampak pucat je ni?” dia perasan muka Adrina agak cengkung.
“Dia demam mak…semalam teringin sangat nak kawan dengan hujan!” dan sekelip mata dia terasa lengannya perit kena cubit.
Ouch! Sakitlah!” Zahrif mengusap perlahan lengannya yang terasa perit dicubit.
“Padan muka!” kata Adrina sambil menjelirkan lidahnya.
Puan Zuhaira hanya menggeleng sambil tersenyum dengan kerenah anak dan menantunya.
“Dahlah tu bergaduh.  Zahrif, bawak Adrina ni masuk bilik.  Kesian pulak tengok dia macam tak larat.”
Hmmm…tak laratlah! Tadi kena pang dengan abah dia! Tu yang jadi macam ni.  “Yelah mak…mak? Along dengan acik mana?”
“Along dia keluar kejap.  Katanya nak beli topup…acik macam biasalah.  Sekolah…”
“Oh lupa pulak! Tak apalah mak, Zahrif bawak Adrina masuk bilik dulu…” Zahrif memandang Adrina yang diam sahaja dari tadi.  “Jom?”
Adrina hanya mengikut.  Bilik Zahrif di tingkat atas.  Sampai di biliknya, pintu dibuka dan naik terlopong jugak tengok semua cadar dah ditukar.  Dari warna kelabu jadi warna merah.  Mak aiii! Ini mesti kerja maklah ni tukar cadar.
“Merahnya…” gumam Adrina.  Gila betullah.  Ini nak naikkan suasana romantik ke apa?
“Gila betullah mak ni…” Zahrif menggaru kepalanya yang terasa gatal.  Tiba-tiba pulak bulu ni meremang.
Begnya dan beg Adrina diletakkan di tepi almari.  Katil bersaiz queen itu dipandang dengan rasa yang…isy? Takkan kot?
“Kau serius ni bilik kau? Tak salah kan?” soal Adrina inginkan kepastian.
“Aku sure lah ni bilik aku.  Aku tak nyanyuk lagi.  Tapi, semua ni…” merah.  Euuu.
“Mak kau ingat kita ni nak romantik kot?” ujar Adrina selamba.
“Sapa nak romantik dengan kau?”  balas Zahrif.
“Amboi! Kau ingat aku nak sangat romantik dengan kau dengan tema merah ni?” suka hati dia je nak katakan aku eh?
“Eh! Kau tau tak semalam bukan main eh kau peluk aku?”
Jarinya ditundingkan tepat ke arahnya.  “Aku? Tidur peluk kau?”
“Aha…kemain sedap lagi kau peluk aku!” ceh! Walhal kau pun peluk dia jugak semalam.
Muka Adrina terasa kebas.  Aduh! Malunya…mesti gaya aku macam kingkong kan malam tu?
“Kenapa? Malu?” sengaja Zahrif nak usik.  Suka tengok muka tu malu-malu kucing.
“Kau ni! Tak payahlah mention! Anggaplah benda semalam tu tak ada apa-apa pun.”
“Takkan tak nak bagi aku reward kot?”
“Kau ni mengada betullah!” geram pulak aku dengan mamat ni.  “Kau nak apa?”
“Aku nak kiss.  Boleh?” dia menjongketkan keningnya berkali-kali.
Eiii! Dia ni seram betullah! Dahlah suasana bilik ni pulak merah.  Naikkan kegerunan aku betullah.
“Kau jangan nak mengada eh! Mulut kau ni kalau masuk kasut aku dekat luar tu, sakit tau!” dasar mengada! Gedik!
“Eh! Jaga sikit eh mulut! Mulut kau ni memang nak kena betullah! Nak kena sumbat dengan Roti John gamaknya!”
“Lagi sedap daripada selipar jamban aku! Mau?”
“Kau…!” dia bertindak mengejar Adrina.  Adrina apa lagi? Cabut lari arr! Tunggu lagi? Sampai di tingkat bawah, Adrina hampir berlanggar dengan Encik Saiful Zahri.
“Ayah!”
Zahrif yang sibuk mengejar Adrina turut terhenti.  “Ayah?”
Encik Saiful Zahri memandang mereka dengan pandangan tak padan dah besar.  Main aci ligan lagi.
Adrina dan Zahrif bersalaman dengan Encik Saiful Zahri.
“Seronok main aci ligan?” soal Encik Saiful Zahri sambil tersenyum.
Zahrif dan Adrina berpandangan sesama sendiri.  Kedua-duanya tersengih malu.  Ini semua Zahrif punya hal! Hesy! Buat malu aku je!
“Dah, sambung main kejar-kejar.  Ayah tak ganggu…” Encik Saiful Zahri tertawa kecil.
Zahrif melontarkan pandangan tak puas hati dekat ayahnya.  Adrina menoleh ke arah Zahrif lalu kepala Zahrif diketuk kuat.
Ouch! Kau ni dah kenapa?” dah kenapa ketuk kepala aku bagai? Daripada nak pandai, terus tak pandai.
“Kaulah! Yang kejar aku dah pehal? Kan dah malu dengan ayah!” naik tebal 2 cm muka aku ni.
“Assalamualaikum!” suara lelaki kedengaran masuk ke dalam rumah.
“Hoi along!” Zahrif menyapa abangnya.
“Woi! Dah balik angah the hero ni! Mana bini kau?” soalnya.  Jari Zahrif pantas menunjuk ke arah Adrina yang tercegat di tepi tangga.
“Boleh tahan! Dahlah! Aku nak naik dulu.  Nak mandi…” Azfar menuju ke arah tangga.  Sebelum tu, dia ada pesanan untuk Adrina.
“Hai Adrina.  Along ada benda nak cakap ni.”
“Apa?” lain macam je bunyi?
“Jaga baik-baik tau adik along tu.  Dia tu susah nak control sikit.”
Adrina tertawa kecil.  “Insha-Allah!”
“Oklah…along naik atas dulu!” Azfar segera menuju ke biliknya.
Zahrif menghampiri Adrina.  Nak tahu jugak apa yang along cakap tadi.  “Along cakap apa tadi dengan kau?”
“Adalah! Sibuk je nak tahu! Dahlah…aku nak ke dapur kejap!” Adrina bingkas berlalu ke dapur.
Zahrif menggumam geram.  Oh…pandai pulak along dengan Adrina ni berpakat eh?
“Mak!” sapa Adrina ceria.  Rasa macam dah tak demam.
“Ya Allah kamu ni! Buat terkejut mak.  Kenapa tak berehat ni? Kan Ina demam?” takkan tak demam dah kot lepas main kejar-kejar dengan Zahrif.
“Entahlah! Kebah dah kot…” walhal tipu je.  Kepala ni dok nyut nyut sakit lagi.
“Kamu ni Ina.  Kalau pengsan dekat sini macam mana?”
“Mak tolong angkat!” Adrina tertawa.  Puan Zuhaira menampar perlahan tangan Adrina.  Ada saja budak ni nak kenakan kita.
“Mak masak banyak ni sebab ada tetamu eh?”
Ha arrr…kan  malam ni ibu dan abah Ina nak datang?”
Entah kenapa hati Adrina tawar bila mendengar abah.  Aku masih terasa dengan kejadian tadi.
“Kenapa ni?” dia perasan perubahan riak wajah Adrina.
“Tak ada apalah mak.  Cuma, tiba-tiba rasa kepala ni sakit.”
“Lah…kan mak dah cakap? Pergi je berehat…degil!”
“Tak apalah mak.  Ina masuk bilik eh?”
“Yelah…” Adrina pantas beredar ke bilik atas.  Menuju ke bilik Zahrif.
Dia masuk lalu duduk di atas katil.  Hatinya belum bersedia untuk berjumpa dengan abah malam ni.  Aku rasa macam tak nak keluar bilik nanti.
“Ha! Ni dah kenapa?” sapaan Zahrif yang tiba-tiba menyentakkan Adrina.
“Kau ni! Tak reti nak bagi salam dulu eh? Terkejut aku!”
“Kau dah kenapa?”
“Aku nak tidur kejap eh? Nanti Zohor kejutkan aku…” Adrina membaringkan badannya di atas katil.
Aku tahu dia mesti ada sesuatu yang tak kena ni.  Zahrif turun ke bawah mendapatkan maknya.
“Mak…”
“Ada apa Zahrif? Ina tak sihat?”
“Kenapa dengan Ina?”
“Kenapa kamu tanya mak? Bukan kamu ke yang patut lebih tahu?”
“Memanglah mak tapi bila dia masuk bilik tadi macam ada benda yang dia fikir.  Mak tahu tak apa benda?”
“Entahlah.  Dia cuma mengadu dekat mak yang dia sakit kepala je.”
“Tak apalah mak.  Zahrif naik atas dulu?” Zahrif bingkas naik ke biliknya.  Ini mesti kes malam nanti.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now