Bab 34

10.6K 318 2
                                    

Mereka melangkah masuk dalam rumah.  “Assalamualaikum…” Zahrif memberikan salam bila keadaan rumah ni sunyi.
“Waalaikumussalam!” suara Arif menyapa mereka.  “Oi abang! Lama tak jumpa kau!” Arif menyalami abangnya. 
“Kau tu hah kira duduk dalam bilik je.” Zahrif mengusutkan rambut adiknya.
Puan Zuhaira menghampiri mereka bersama senyuman.  “Dah sampai! Jom makan?” Adrina dan Zahrif menyalami Puan Zuhaira.
“Zahrif? Sihat?” sapa Encik Saiful Zahri pula.
“Sihat ayah…macam nilah.”
“Adrina?” Adrina cuma tersenyum.
“Sihat jugak ayah.  Ayah dengan mak sihat ke?” Adrina berbicara.  Kalau aku tak cakap, mungkin mak dan ayah dapat tahu aku dan Zahrif tengah bermasalah.
“Lagi sihat kalau anak dan menantu balik.  Jomlah.  Pasti Zahrif dan Adrina dah lapar kan?” Puan Zuhaira menarik tangan Adrina ke dapur.
Bau semuanya sedap tapi bila melihat hidangan yang tersedia, seleranya terbantut.  Semuanya seafood.  Alamak! Mesti mak lupa.
“Mak…” panggilnya perlahan.
“Ya?”
“Ina tak boleh makan seafood…”
Puan Zuhaira menepuk dahinya.  Macam mana aku boleh lupa menantu aku ni tak boleh makan seafood?
“Maaflah Ina.  Mak lupa.  Semua orang dalam rumah ni suka makan seafood sampai mak lupa Ina tak boleh makan seafood.  Ina tunggu kejap.  Mak masakkan yang lain ye?”
“Tak payah mak.  Buat susah mak je.  Ina ok je.  Ina try makan.  Manalah tahu allergic tu lama dah kan hilang?” rasa macam menyusahkan pulak kalau suruh mak pergi masak yang lain.
“Tapi Ina kan tak boleh makan seafood? Tak apa…mak masakkan yang baru.”
“Mak…jangan susah-susah mak.”
“Tak susah pun Ina.”
Adrina memegang lengan Puan Zuhaira.  “Tak payahlah mak.  Insha-Allah Ina akan ok makan seafood ni.  Mak doakan Ina supaya Ina tak datang penyakit ye?”
“Ina…”
“Tak apa mak.  Kesian mak nak kena masak pulak.  Banyak mak masak ni.  Ketam…udang…udang galah lah.  Sotong lagi.”
“Ina…mak takut kalau kamu makan benda-benda alahan ni, kamu punya alahan tu lagi teruk.”
“Insha-Allah mak.  Ina akan ok…”
Encik Saiful Zahri bersama anak-anaknya berjalan ke arah dapur.  Pelik melihat Adrina dan Puan Zuhaira seakan-akan bertengkar.  Walahl bukan.
“Kenapa ni?” tanya Encik Saiful Zahri bila nasi belum terhidang di atas meja.
“Saya lupa yang Ina ni tak boleh makan seafood.” kata Puan Zuhaira.
“Lah…macam tu awak masaklah yang lain untuk Ina ni,” arah Encik Saiful Zahri.
“Tak payah mak, ayah.  Tak payah susah.  Kita makan je apa yang ada eh? Tak apa.  Insha-Allah Ina akan ok.” dia sedaya upaya menolak daripada mak memasak yang baharu untuknya.
“Ina…kalau jadi apa-apa?” suara Encik Saiful Zahri risau.
“Betul tu.  Kalau kau jatuh sakit macam mana?” giliran Zahrif pula masuk padang.
“Tak apa.  Tak baik membazir.  Tengok mak masak ni banyak.  Tak apa.  Ina akan ok.” Adrina mula mencedok nasi ke atas pinggan lalu dihidangkan di atas meja.
“Ina betul ke?” sekali lagi Puan Zuhaira bertanya.
“Mak…Ina ok.” tapi kalau kat rumah ibu ni, mampus aku kena marah.
Semuanya mengambil tempat duduk masing-masing.  Selepas doa dibaca, mereka mula makan.
Adrina mencedok masak lemak udang ke dalam pinggannya bersama sotong.  Dua-dua seafood nilah yang akan bagi affect paling awal.  Tapi aku tawakal jelah.
Zahrif pula memandang dari sebelah.  Dia ni sure ke boleh? Seriau jugak aku.  Kalau penyakit allergic dia tu datang, nak buat macam mana?
Adrina mula makan bersama nasi.  Mintak-mintaklah aku akan ok buat sementara waktu.  Lepas tu, nak allergic, allergic lah.  Aku tak nak susahkan mak disebabkan aku je.
“Ina…kalau rasa apa-apa, Ina bagitahu mak eh?”
“Ok mak.” Adrina meneruskan suapannya.
Bila sotong dah masuk dalam perutnya, dalam masa 10 saat sahaja, dia dah mula rasa macam sesak perut.  Aku serius.  Tapi, aku cuba buat biasa.  Udang pula disuap.  Udang lagi cepat affect.  3 saat je dan aku terus rasa macam sesak nafas dan mata aku mula gatal.
Tahan Ina…tahan! Kau jangan tunjuk.  Dia meneruskan lagi suapan.  Hidungnya mula berair.  Sudah! Dia mula dah.
“Ina? Ina ok ke?” soal Encik Saiful Zahri bila ternampak Adrina mengesat hidungnya.
“Ok ayah…” dia menyuap lagi nasi dalam mulut.
Kemudian, dia dah tak boleh dah.  Semuanya dah naik jadi semput.  Dia tak mampu nak bernyawa.  Aku semput…bukannya semput di tahap macam nak kena pam tu tapi aku kena minum air.
“Ina? Ina ok ke ni? Kenapa Ina nampak macam semput je ni?” Puan Zuhaira mula menyedari perubahan Adrina.
Adrina mencapai segelas air lalu diteguknya.  Tak mampu menghilangkan rasa semput.  Hidungnya dah ketat sebab berair.
“Kau ok tak ni?!” Zahrif mula memegang tangan Adrina. 
Akhirnya Adrina mengalah.  Dia menggeleng.  Ya Allah…aku betul-betul rasa sesak nafas dah ni.  Kepala pun dah mula berdenyut-denyut.
“Nak buat macam mana ni?” dia menyoal lagi.  CPR ke? Gatal kau eh?
Le…lemon.  Ada le…lemon t…tak?” suaranya sekat-sekat.
“Ada! Arif! Pergi dapatkan lemon dalam peti ais cepat!” Arif bingkas bangun lalu menuju ke peti ais mengambil lemon.
“Nak ubat tak? Along ada ubat…” Azfar menawarkan bantuan pula. 
“Boleh je along! Cepat!” Azfar bingkas berlari ke biliknya dan mengambil ubat allergic.
Lemon dipotong setengah dan diperah ke dalam gelas.  Adrina pantas meneguknya sehingga habis.
Azfar datang ke meja makan lalu memberi ubat tersebut. 2 pil diserahkan kepada Adrina.  Adrina dengan susah payah menelan ubat tersebut bersama tegukan air kosong.
Zahrif memimpin Adrina ke sinki.  Menolong Adrina untuk membasuh tangan.  Adrina memegang kepalanya.  Ya Allah! Sakitnya! Aku rasa aku tak larat nak langkah.
“Kau sakit kepala ke?” Adrina mengangguk.  Sejurus itu, Adrina jatuh rebah ke lantai.  Tak sedarkan diri.
“Adrina!” Zahrif menepuk pipi Adrina.  No respond.  “Adrina!” memang Adrina dah tak sedarkan diri ni.
Mahu tak mahu dia terpaksa angkat Adrina.  Walaupun berat, dia gagahkan juga. 
“Zahrif! Kenapa dengan Adrina ni?” soal Puan Zuhaira cemas.  Melihat keadaan Adrina yang sudah tidak sedarkan diri.
“Dia pengsan agaknya.  Zahrif nak bawak Adrina masuk bilik dulu…” Zahrif pantas memanjat tangga menuju ke biliknya.  Nampaknya, mereka kena bermalam di sini juga.  Nasib baik aku tergerak hati nak pack baju sikit tadi.
Tubuh Adrina perlahan-lahan diletakkan di atas katil.  Tubuh Adrina diperbetulkan supaya Adrina lebih selesa walaupun dia pengsan.  Dia memandang tudung Adrina.  Nak buang ke tak? Kalau aku buang, nanti dia kata apa pulak.  Tak payahlah.
Tubuh Adrina diselimutkan.  Zahrif berbaring di sebelah tubuh Adrina.  Memandang wajah yang bolehlah flawless tu.  Bekas jerawat masih ada.  Perlahan dia mengusap wajah itu.  Muka Adrina kelihatan sedikit pucat.
I love you…” tiba-tiba ayat itu terpacul daripada mulutnya.  Zahrif terkaku.  Apa yang aku kata tadi?  Betul ke aku sebut perkataan tu? Mungkin betul aku memang sayangkan dia.  Tak salahkan kalau aku sayang dan cinta Adrina kan?

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now