Chapter 4 : Real Story

152 24 3
                                    

2 t a h u n k e m u d i a n

Taehyung Sayang, lepas awak pergi saya dah tak kenal diri saya lagi. Kenapa awak mesti pergi? Kenapa awak tak pergi sebelum kita kenal? Mungkin itu lebih baik...

ataupun.. . saya yang patut pergi.

"Sampai bila awak nak biarkan anak kita macam tu? Tak tentu arah, hidup dalam bayangan sendiri"

Ibubapa Jieun buntu, pelbagai cara mereka cuba. Bawa berjumpa pakar psychology, therapy, makan angin, macam-macam lagi la. Sampaikan Puan Lee mahu menjodohkan Jieun dengan Anak jiran sebelah yang tidak lama lagi juga akan bernikah. Tidak Kira la isteri kedua sekali pun. Tapi semuanya tidak berhasil.

"Awak nak saya buat apa? macam-macam kita dah cuba. Saya tak tahu nak buat apa lagi dah"

•••

"Kau tak kesian tengok Jieun tu? terkurung dekat rumah. Bukan baru semalam tunang dia pergi, 2 tahun dah" Park Jimin meletakkan cawan teh pudina yang dipesannya di atas meja.

Jungkook menghirup hot chocolate-nya. Sesekali dia teringat malam kematian Taehyung yang masih segar diingatan.

"Mungkin bagi dia baru semalam. Kita semua tahu betapa sayangnya dia dekat mendiang Taehyung" Namjoon meluahkan pendapatnya

"Kita pun sayangkan dia. Aku sayang dia, Hyung sayang dia, jungkook sayang dia, krys sayang dia, Momo sayang dia, Amy sayang dia. Senang cerita kita semua sayang kan Taehyung dan Jieun. Kita semua nak tengok dorang bahagia, tapi nak buat macam mana. Jodoh dorang sampai situ je" Terasa panas bola mata Jimin, cepat-cepat dia menyembunyikannya.

"Malam tu.."

"Malam bila ni Kook?" Jimin hairan Jungkook yang termenung dari tadi tiba - tiba sahaja bersuara . Tak faham pula tu apa yang dikatakan.

"Malam kita berkumpul dekat tasik"

"Malam tragedi taehyung tu?" Segera Namjoon bertanya.

Jungkook mengangguk perlahan, hot chocolate masih ditangan.

-Rumah Seokjin-

Malam tu mereka kecuali Jieun berkumpul di rumah seokjin untuk mendengar cerita sebenar dari Jungkook.

Seokjin membawa dulang berisi air Milo.

"Nah sorang satu" seokjin mengagihkan kepada semua.

[C] Between Relationship & FriendshipWhere stories live. Discover now