Jungkook melangkah masuk ke balai polis terbesar di Seoul.
Dia menghampiri kaunter.
"Ye, nama encik?" Penjaga kaunter itu senyum memandang Jungkook. Bukan dengan Jungkook sahaja, semua tetamu akan begitu.
"Jeon Jungkook imnida" Jungkook memerhati gerak geri penjaga kaunter itu menaip namanya di Komputer.
"Baik Encik , pegawai Park dan detektif Kim sedang menunggu encik di bilik mesyuarat sebelah sana" Perempuan itu menunjukkan bilik mesyuarat dengan tangannya.
"Ok, terima kasih" Jungkook berjalan menuju ke bilik mesyuarat itu.
Kelihatan Jimin yang duduk menghadap sebuah laptop dan Namjoon berdiri ditepi Jimin. Mereka sedang menonton sesuatu.
"Kook! Lama tak jumpa!" Jimin menyambut Jungkook dengan teruja. Jungkook membiarkan dan menghampiri Namjoon lalu mereka berjabat tangan.
"Jeon Jungkook, CEO Jeon Ent. And Co."
"Detektif Kim, Kim Namjoon imnida" Serius benar muka mereka berdua, seolah tidak mengenali antara satu sama lain. Jimin ternga-nga dengan kelakuan mereka.
"Uhm Encik Jeon,ini Pegawai Park-"
"Park Jimin imnida, Komander Park"
"Selamat berkenalan Komander" Mereka berjabat tangan sambil Jungkook merenung mata Jimin dengan tajam. Jimin menelan air liurnya. Dia gugup dalam suasana formal.
Sesudah itu Jungkook ketawa diikuti Namjoon.
"Korang ni! Aku cuak dah ni" Jimin kembali duduk di kerusinya.
"Bajet gila! Komander Jimin la sia! HAHAHAHAHA" Jungkook memegang perutnya, ketawa teruk.
"Dia ni dari dulu kuat berangan, nasib dapat jadi polis HAHAHAH" Namjoon sedikit bongkok kerana ketawa.
"Tau la korang punya kerja lagi hebat halah" Jimin hanya memandang mereka berdua silih berganti. Polis pun hebat okeh.
"Ada apa panggil kook ni?" Jungkook mengesat air matanya, air mata ketawa.
"Ha, Hyung dah check rakaman cctv Lampu isyarat tempat yang kook nyaris kene langgar haritu" Namjoon memegang tetikus laptop.
"Hasilnya?" Jungkook duduk di kerusi bersebelahan Jimin.
Jimin membetulkan kedudukkannya. "Ok, ni rakaman cctv 1. Traffic light utara. Detektif Kim, terangkan"
"Kook tengok eh, Lampu isyarat ni masih Merah kan? Tapi kereta hitam ni masih jalan jugak, tak berhenti dan langgar Lampu isyarat"
"Normal la tu Hyung, kan ramai pemandu dekat Korea ni yang macam tu. Langgar Lampu isyarat" Jungkook masih tidak percaya yang perkara ini dirancang.
"Okay, itu memang logik. Tapi Cuba kook tengok cctv 4. Cctv Lampu jalan dekat depan Mall ni" Jimin menyuruh Namjoon mengundurkan video itu.
"Kook hampir kene langgar sekitar jam 5:15 kan? Pukul 3 lagi kereta tu dah tunggu dekat parking lot tepi mall. Tengok tu dia masuk parking dekat tepi lorong ni" Namjoon menunjukkan kepada Jungkook.
YOU ARE READING
[C] Between Relationship & Friendship
Fanfic[COMPLETED] Cinta dan persahabatan, kedua benda ini amat penting buat Jungkook. Ianya saling berkait. Mana yang dia harus pilih? |Between Relationships & Friendship| Start [ 17Jul17 ] End [ 24Nov17 ] Cr cover📷 : @hye_mia 💕 Baby Blue Graphic